Wednesday, November 18, 2020

Syirik

-us Fadzil kuliah Maghrib Ahad 18-Jan-2015

Surah An-Nisa Ayat 4:48 (klik sini utk paparan ayat)


(إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا) 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
 
- Ugama adalah wahyu dari langit.

- perpecahan umat Islam kpd 73 golongan, hanya 1 sahaja yg benar-benar mengikuti ajaran Rasulullah,

Dlm surah Al-Baqarah ayat 2:137
 (klik sini utk paparan ayat)

(صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ)

"Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Sebelum keNabian Rasulullah, penduduk Mekah mengikuti ajaran Nabi Ibrahim dlm beberapa perkara spt melakukan tawaf dan, haji.

Sebelum Rasulullah di utuskan, Kaabah pernah rosak akibat banjir. Penduduk Mekah ketika itu (Kafir Quraisy) pada ketika itu mengambil keputusan utk membaiki kerosakan yg dialami Kaabah, dengan syarat dana yg digunakan utk membaiki kerosakan mestilah dari sumber yg bersih. Akibat kekurangan dana maka binaan Kaabah dikecilkan menyebabkan Hajr Ismail terpisah dari binaan berbentuk kiub Kaabah.

Disebabkan inilah tawaf perlu mengililingi Hajr Ismail. Sekiranya tawaf mengililingi Kaabah sahaja, maka tawaf tersebut tidak sah.

Di zaman itu penduduk Mekah meletakkan berhala-berhala mereka diletakkan di keliling Kaabah.
  • Lata, uzza dan manat adalah 3 nama berhala yg biasa kita dengar. 
  • Hubal juga berhala mereka yg tangannya telah patah. 
  • Mereka meminta izin kpd berhala hubal meminta izin utk melakukan pembaikan kpd tangan berhala itu utk digantikan dgn tangan yg diperbuat dari emas.

- 600 tahun selepas Nabi Isa di angkat ke langit, pengikut Nabi Isa melakukan syirik.

- Surah Nuh Ayat 71:23 
(klik sini utk paparan ayat)


(وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا)

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.


- Nama-nama yg disebutkan oleh surah ini adalah para alim ulamak sebelum diutuskan nabi Nuh. Kelima-lima ulamak tersbt dimatikan hampir serentak oleh Allah. Taksub kpd ulamak menjurus kpd syirik.

- Syaitan membisikkan kpd pengikut yg kehilangan / kematian para ulamak itu utk melukiskan gambar para ulamak yg lima tersbt. 
  • Gambar2 itu dijadikan motovasi utk melakukan ibadah
  • Beberapa generasi selepas itu maka cucu-cicit mereka menganggap ibadah kpd Allah mestilah melalui patung2 yg disabitkan kpd para ulamak (menjadikan mereka syirik kepada Allah).

Pd thn 1999 hingga 2004, hampir

No comments: