Sunday, November 22, 2020

Ujian kematian bagi Rasulullah terhadap anak-anak baginda

- us Mohd Al-Ihsan kuliah Maghrib Ahad 21-Jul-2019

Ujian terhadap Rasulullah dlm urusan kematian

- semua anak Rasulullah meninggal di awal usia, kecuali Fatimah. Fatimah meninggal selepas dari kewafatan Rasulullah.


- Rasulullah dikurniakan 6 org anak hasil perkahwinan dgn Khadijah. Seorang lagi anak hasil perkahwinan dengan dihadiahkan oleh Raja Mesir.

(1) Al-Qasim
  • meninggal waktu kecil sebelum baginda dilantik menjadi Rasul.

(2) Zainab
  • Zainab berkahwin dgn Abu Ash. dlm peperangan Badar, Abu Ash adalah antara tawanan perang tentera Islam. Zainab menghantar harta (kalung yg diberikan oleh ibunya ie Khadijah) sebagai tebusan. 
  • Anak Zainab adalah Umamah. Zainab meninggal pd thn ke 8 Hijrah. Kalung tebusan itu kemudiaannya Rasulullah hadiahkan kpd Umamah.

(3) Ruqaiyah
  • Dikahwinkan dgn saidina Uthman. Ruqaiyah meninggal pd thn ke 9 Hijrah.

(4) Umi Kalsom
  • Dikahwinkan dgn saidina Uthman setelah kematian Ruqaiyah.

(5) Fatimah
  • Suatu ketika Abu Lahab mengarahkan org meletakkan besi buruk pd unta tunggangan Rasulullah. Selepas itu dia dan rakan²nya mengejek Rasulullah kerana membawa besi buruk. Apabila diketahui oleh Fatimah, dia membuangkan besi buruk tersebut dan terus menemui Abu Lahab dan kawannya dan memarahi mereka. Fatimah terserlah keberaniannya ketika masih kecil. Setelah diketahui oleh Rasulullah akan kejadian itu, baginda pun berdoa 3 kali (ulang 3x) supaya dibalas kpd kaum Quraisy. 

  • Dikahwinkan dgn saidina Ali, pd tahun ke 2 Hijrah. Dikurniakan 2 anak lelaki ie Hassan dan Hussin. 
  • Aisyah mengatakan cara berjalan Fatimah seperti baginda Rasulullah. Kedatangan Fatimah disambut oleh Rasulullah. Kemudian Fatimah dibawa duduk rapat dgn baginda. Aisyah melihat Fatimah menangis dan dlm masa yg lain dia lihat Fatimah ketawa.

  • Fatimah merahsiakan perbualan itu dr Aisyah, hinggalah Rasulullah wafat. Fatimah menceritakan bhw dia mengangis kerana Rasulullah memberitahu bhw pd Ramadhan tahun itu baginda mengkhatamkan 2 kali bersama Jibrail. Pd thn² sebelumnya hanya sakali. Itu menandakan saat kewafatan baginda telah sgt hampir. Manakala ketawanya Fatimah adalah kerana diberitahu bhw selepas kewafatan baginda akan disusuli pula oleh Fatimah.
  • Fatimah meninggal 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah.

(6) Abdullah
  • Dilahirkan selepas Rasulullah dilantik menjadi Nabi. Abdullah meninggal sewaktu kecil.

(7) Ibrahim
  • Rasulullah beri nama anak ke7 hasil perkahwinan Rasulullah dgn gadis yg dihadiahkan oleh Raja Mesir.

  • Ibrahim meninggal pd usia 18 bulan. Pada waktu itu berlaku gerhana matahari. Rasulullah maklumkan bhw gerhana matahari itu adalah tanda kebesaran Allah, bukannya ada kaitan dgn kematian Ibrahim.

  • Baginda bersedih hingga mengalir air mata dgn kematian Ibrahim. Mengalirnya air mata itu sebagai tanda sayang kpd seseorang.
 

No comments: