Sunday, November 8, 2020

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:172

Firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah Ayat 2:172 (Klik sini utk paparan ayat)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.


- Akibat dari makan makanan yang haram dan syubhat

  1. Dijanjikan api neraka, tidak masuk syurga.
  2. Tidak diberi petunjuk utk melakukan amalan. Disibukkan oleh perkara lain.
  3. Tidak khusyuk semasa solat.
  4. Ditegah dari melakukan kebaikan.

Zikir yang dibacakan perlu mengikut bilangan yang diajarkan oleh Rasulullah. Sebagai contoh bacaan zikir kita laju dan telah 33 kali, sedangkan imam masih belum selesai, maka berhenti. Jangan ditambah bilangan zikir semata-mata hendak bersama imam mencukupkan kiraan 33 nya.

  • Begitu juga sebaliknya, sekiranya kita (makmum) lewat sedangkan imam telah selesai berzikir 33 kali, maka kita teruskan berzikir hingga genap kiraan 33 kali.

  • Tujuannya adalah utk mendapat fadilat amalan tersebut.


- Jaga makanan yg kita makan, elakkan makan makanan yg sumber yg syubhat. Begitu juga memilih makanan, elakkan membeli jenama makanan yang sohih (jelas) bukan Islam.

Nabi saw mengajar umatnya menjauhi perkara syubhat sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis;

الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَ ذَلِكَ أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَدْرِي كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ أَمِنَ الْحَلاَلِ هِيَ أَمْ مِنَ الْحَرَامِ فَمَنْ تَرَكَهَا اسْتِبْرَاءً لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. [HR Tirmizi, No.1205]


No comments: