Saturday, November 7, 2020

Kewafatan Rasulullah

- us Muhd Al Ikhsan kuliah Subuh Jumaat 1-Jan-2016

Sifat-sifat sakitnya Rasulullah.

- Rasulullah gemar bhgn shoulder (lamb). Selepas dari Peperangan Khaibar, kaum yahudi berdendam dengan Rasulullah dan mencari apakah makanan yang paling disukai oleh baginda. Setelah mengetahui baginda amat gemar lamb shoulder, mereka berkomplot utk meracuni Rasulullah. 
  • Seorang perempuan yahudi telah meracun daging lamb dan menghadiahkan daging tersebut kpd Rasulullah (untuk menjamu Rasulullah dan para sabahat yang telah menewaskan tentera yahudi dalam perang Khaibar). 
  • Perang Khaibar berlaku pada tahun ke-7 Hijrah.

- Rasulullah menjamah daging tersebut dan kemudiaanya meluahkannya semula. Kemudian baginda bertanya kpd perempuan tersebut "Adakah perempuan itu meletakkan racun pd daging tersbt", perempuan itu terkejut dan bertanya siapa yg memberitahu akan hal racun pada daging tersbt. Jawab Rasulullah, daging (lamb shoulder) tersbt dengan izin Allah. Ada riwayat mengatakan perempuan itu kemudiannya dihukum bunuh.

- Rasulullah melakukan bekam utk menghilangkan kesan bisa racun yg dimakan.

- Kesan racun tersbt ambil masa 3 tahun.

- Di penghujung hayat Rasulullah, baginda melakukan 2 kali khatam Al-Quran. 

- Rasulullah menunaikan haji sekali dan 4 kali umrah seumur hayat baginda.

- Dlm tempoh sebulan sebelum kewafatan Rasulullah, baginda telah menghimpunkan seluruh ahli keluarga baginda di rumah Siti Aisyah, dan menyampaikan pesanannya.

1. Jangan bongkak dan sombong di atas muka bumi
2. 
  • Baginda menjawab "perpisahan semakin dekat. Aku akan pergi ke tempat para syuhadah. Org mukmin"
  • Baginda jawab, "kafankan dgn baju yg baginda pakai atau kain dr Yaman"
  • Baginda jawab "mandikanlah aku, dan tinggalkan aku sebentar, para malaikat akan menziarahi aku kemudiannya."
  • Baginda berpesan supaya disampaikan salam kpd sahabat2 baginda yg tiada dlm majlis pertemuan tersbt.

Tanda-tanda kewafatan Rasulullah
1. Rasulullah berasa sakit kepala yg amat sangat kesan dari racun tersbt.

2. Semakin dekat dgn kewafatan, Baginda melawat kubur2 para syuhadah, kata baginda "kamu mendahului aku, dan aku akan mengikuti jejak kamu tidak lama lagi "

3. Rasulullah kerap menangis menyebabkan para sahabat bertanya apa halnya, baginda menjawab "Aku amat merindui saudara-maraku". Sahabat Nabi bertanya siapa mereka, jawab baginda adalah umat2 baginda yg sayangkan baginda walaupun tidak pernah bertemu dgn baginda.
  • Tanda kita sayang, ingat kpd Rasulullah, adalah dgn berselawat 10x di waktu pagi dan 10x di waktu petang

4. Tiga (3) hari sebelum kewafatan, baginda mengumpulkan isteri-isteri baginda di rumah Maimunah, Ketika itu baginda masih berada di rumah Siti Aisyah. Abu Bakar melihat baginda tidak berupaya utk bangun, lalu dipapahnya baginda. Siti Aisyah melihat baginda berpeluh-peluh.
  • mana-mana org mukmin yg ditimpa sakit, maka Allah ampunkan dosa-dosanya.

    • Dari Ibnu Abbas ra. bahwasanya Nabi saw. datang kepada seorang Badui untuk menjenguknya. Ketika ada orang masuk menjenguknya, beliau bersabda: “Tidak apa-apa, mudahmudahan penyakit ini menjadi pencuci dosa; Insya Allah.” [HR. Bukhari]

  • Kita mesti bersabar dan bertahan dlm menghadapi saat-sat kesakitan ketika hampir mati.
  • Rasulullah membasahkan tangannya dgn air dan menyapukan kpd muka baginda sambil berdoa " Ya Allah tabahkan hatiku utk menghadapi sakaratulmaut"

    • Dari Aisyah ra., ia berkata: “Saya melihat Rasulullah saw. pada waktu beliau hampir wafat, dimana di situ ada sebuah gelas yang berisi air. Beliau memasukkan tangannya ke dalam gelas itu kemudian mengusap mukanya dengan air serta berdoa: ALLAHUMMA A’INNII ‘ALAA GHAMARAATIL MAUTI WASAKARAATIL MAUTI (Ya Allah, bantulah saya di dalam menghadapi beratnya maut dan kesukaran sakaratul maut).” [HR. at-Tirmizi]

  • Sesungguhnya org yg paling berat ujiannya adalah para Nabi, baginda menolak cadangan dr keluarga baginda agar baginda berdoa kpd Allah utk meringankan beban sakit yg dihadapi.

5. Rasulullah prihatin dgn para sahabat, dan ingin bertemu dgn mereka. Baginda bertanya kpd para sahabat, " Adakah kamu rindu kpd aku?" jawab para sahabat "Ya", jawab baginda "sebenarnya tempat kita bukannya di dunia, kita akan bertemu di telaga Al-Kauthar"

6. Baginda berpesan, solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dlm keadaan sakit.

7. Baginda mengatakan lagi, "manusia diberi dua (2) pilihan kpd manusia sama ada pilih dunia atau mengikuti perintah Allah".

8. Dua (2) minggu terakhir sebelum kewafatan, baginda bersolat jemaah di masjid. Kecuali 3 hari terakhir, di mana baginda tidak mampu ke masjid, kerana sakit demam yg berat.

9. Rasulullah berpesan kpd Aisyah utk memberikan derma 7 dinar yg masih ada padanya. Namun sebelum sempat Aisyah memberikan derma, baginda pengsan, lalu tidak jadi Aisyah utk meninggallkan baginda. Baginda pengsan 3 kali. Dan setiap kali sedar baginda bertanya Aisyah sama ada telah didermakan duit yg baginda ada. Kerana baginda malu utk menjawab kpd Allah hartanya yg tidak didermakan.

10. Suatu pagi, Fatimah masuk ziarah ayahandanya, namun sedih beliau kerana Rasulullah terbaring dan tidak dpt merasakan keadaan kebiasaannya, spt mengajak Fatimah duduk dekat baginda.
  • Rasulullah memanggil Fatimah dan meminta dia menundukkan pandangannya, dan rapat dgn baginda, spt utk berbisik. Kelihatan Fatimah bersedih dan kemudiannya gembira sewaktu dibisikkan sesuatu oleh baginda.

  • Tanya ahli keluarga kpd Fatimah, jawab Fatimah, dia bersedih kerana baginda akan meninggal pada hari itu. Itu yg menyebakan Fatimah bersedih. Fatimah gembira kerana diberitahu oleh ayahandanya, bhw Fatimah adalah ahli keluarga baginda yg akan mengikuti kewafatan baginda (ie akan menyusul kematian Fatimah selepas dari kewafatan baginda Rasulullah), dan adakah Fatimah tidak redho menjadi penghulu penghuni syurga. 

  • Fatimah kemudiannya meminta diberikan ruang utk ziarah para malaikat spt pesan Nabi.

  • Di waktu Dhuha, masuk malaikat Jibrail yg ketika itu malaikat Maut berada di pintu.

  • Malaikat Maut bertanya kpd Rasulullah, Allah bertanya apa yg patut dilakukan olehnya. Sekiranya Rasulullah suruh dia pulang semula kpd Allah maka Malaikat Maut akan patuh arahan baginda. Namun baginda meminta malaikat Maut utk menjalankan tugasnya.

  • Malaikat Maut menyeru roh Rasulullah utk keluar dan meninggalakan jasad. Sebelum itu Rasulullah berdoa 3x terhadap umatnya.

  • Aisyah berkata, ketika roh baginda keluar dr jasad baginda, maka bau harum memenuhi ruang rumah (ie rumah Aisyah; baginda Rasulullah wafat di rumah saidina Aisyah ra).

- Hadis berkaitan:

Daripada Aisyah ra., ia berkata : Ketika kami, para isteri Nabi saw, berada di sekelilingnya, datanglah Fatimah ra. yang jalannya mirip Rasulullah saw. Ketika beliau melihatnya, langsung disambut seraya bersabda : “Selamat datang anakku.” Beliau menyuruhnya duduk di sebelah kanan atau kiri beliau seraya membisikkan sesuatu di telinganya.

Kemudian Fathimah ra. menangis keras sekali. Beliau kasihan melihatnya, lantas membisikkan sesuatu lagi dan ia (Fatimah) tertawa. Maka saya berkata kepadanya : “Rasulullah saw mengistimewakan kamu dengan rahasia-rahasia melebihi kepada isteri-isterinya, tetapi lalu kenapa kamu menangis. Ketika Rasulullah saw telah pergi, saya (Aisyah) bertanya kepadanya : “Apa yang dibisikkan Rasulullah saw kepadamu ?” Fatimah menjawab : Saya tidak akan menyebarluaskan rahasia Rasulullah saw. 

Setelah Rasulullah saw wafat, Aisyah mengulangi pertanyaannya : “Saya benar-benar ingin mendengar tentang sesuatu yang pernah Rasulullah saw sampaikan kepadamu ? “Fatimah menjawab : “Kalau sekarang, baiklah akan saya katakan. Pada bisikan pertama, beliau memberitahu bahwa malaikat Jibril saw setiap tahun datang untuk mengulangi bacaan Al-Qur’an sekali atau dua kali. “Tapi dalam waktu dekat ini, ia telah datang dua kali, dan aku yakin kalau ajalku sudah dekat. Oleh karena itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah ! Aku adalah sebaik-baik orang yang meninggalkan kamu.” Oleh sebab itu, saya menangis seperti yang engkau lihat. Melihat yang demikian, beliau merasa kasihan dan berbisik untuk kali kedua. Beliau bersabda : “Wahai Fatimah, apakah kamu tidak ridha menjadi penghulu penghuni surga ?” Oleh kerana itu saya tertawa seperti yang engkau lihat.” [HR.Bukhari dan Muslim]

 

No comments: