us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 6-Jul-2020
Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:146 hingga 148
Ayat 2:146 (klik ini utk paparan ayat)
ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَOrang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
- Tanda wakaf "sod lam ya" bermaksud "al woslu au la" ie baca sambung lebih utama dari waqaf. Maksud mampu adalah kita ada cukup nafas utk meneruskan bacaan ayat.
- Ayat ini adalah sambungan dari ayat sebelumnya ie perintah perubahan arah kiblat utk bersolat, dari menghadap ke Baitulmaqdis ke Baitullah (Kaabah).
- Sewaktu Rasululah dan para sahabat sedang bersolat Asar, turun wahyu supaya tukar arah kiblat. Ada riwayat mengatakan 2 rakaat pertama menghadap arah Baitulmaqdis, dan dua rakaat terkahir mengahap Kaabah. Cara mana solat itu dilakukan pada masa itu tidak dibincangkan kerana para ulamak sependapat bahawa ianya tidak memberi apa-apa faedah. Tetapi yang lebih utama adalah perintah menghadap ke Kaabah utk bersolat.
- Dalam ayat 146 ini adalah sikap manusia yang menentang perintah Allah. Ahli kitab yahudi dan nasrani tahu perintah ini seperti yang disebutkan dalam kitab Taurat dan Injil, tetapi mereka merahsiakan perkara ini.
- Apa yang ada dalam Al-Quran, ianya tetap kebenaran. Penilaian sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada ugama dan Al-Quran, bukannya hasil dari fikiran/otak semata-mata.
ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَKebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
-
وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَاۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ أَيۡنَ مَا تَكُونُواْ يَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞDan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
- Tanda wakaf "sod lam ya" bermaksud "al woslu au la" ie baca sambung lebih utama dari waqaf.
- Tanda wakaf "jim" bermaksud "ja iz" ertinay harus. Bermaksud harus utk berhenti, ie dibenarkan berhenti tetapi boleh sahaja utk meneruskan bacaan.
- Pada ayat 148 ini, wakaf "jim" dinamakan "wakaf Jibrail", bacaan diberhentikan di sini.
- Terdapat 17 tempat dlm Al-Quran wakaf Jibrail.
- 10 daripadanya disepakati oleh para ulamak. 7 lagi tidak disepakati (khilaf) oleh para ulamak.
- Kenapa dipanggil wakaf Jibrail? kerana apabila malaikat Jibrail membaca ayat Al-Quran ini, Jibrail akan wakaf pada tempat itu.
- "Musabaqah" bermaksud berlumba-lumba.
- Kenapa kebaikan itu ditunjukkan dalam bentuk "plural" utk perkataan "khairot"? Kerana perlu lakukan banyak kebaikan.
- Cari kekuatan kita utk lakukan kebaikan, sebagai contoh, kita ada masa selepas Isyak kerana siang bekerja hingga maghrib baru pulang ke rumah. Jadi gunakan waktu selepas Isyak utk lakukan kebaikan, spt membaca Al-Quran selepas solat Isyak. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja maka kita tidak membaca Al-Quran.
- Di mana shj kita berada, Allah akan kumpulkan kita semula, iaitulah hari Akhirat. Bila Allah bangkitkan kita dari kubur, Allah pisahkan ahli keluarga kita kerana mereka tidak beramal dengan yakin penghakiman Hari Akhirat (berlaku kufur kepada Allah).
Surah Yasiin Ayat 36:59 (klik sini utk paparan ayat)
وَٱمۡتَٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَDan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
- balasan kepada orang-orang yang berdosa adalah siksaan dalam neraka.
- kita sedih bila mana ada ahli keluarga tidak dapat pulang berhari raya. Kita perlu takut jika ada ahli keluarga yg tidak berada bersama kita apabila dibangkitkan di Padang Mahsyar, kerana dia melakukan dosa dan telah kufur kepada Allah.
- Jagalah ahli keluarga dari bakaran api neraka.
No comments:
Post a Comment