Friday, November 20, 2020

Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib

 - us Nor Azam Abdullah kuliah Subuh 5-Sep-2020

Sahabat Rasulullah: saidina Hamzah bin Abdul Mutalib

  • Keturunan Bani Hashim
  • Persaudaraan dgn Rasulullah: 
    • Bapa saudara kpd Rasulullah saw. Hamzah bin Abdul Mutalib dan bapa Rasulullah ie Abdullah bin Abdul Mutalib adalah adik beradik. (klik sini utk catatan kuliah Abdul Mutalib bin Hashim ie datuk Nabi) 
    • Saudara susuan dgn dua (2) ibu: 
      • (i) Thuwaibah ie hamba kpd Abu Lahab 
      • (ii) Halimah ie ketika Rasulullah di agihkan kepada ibu susuan di kawasan perkampungan, mengikut adat orang-orang Arab ketika itu bayi perlu diagihkan kpd keluarga di perkampungan agar tidak hilang jati diri mereka (suasana, badan yg kuat, bahasa yg asli, etc.).

  • Gelaran: Abu Umarah, Abu Ya'la (bapa kpd 2 orang anaknya ie Umarah dan Ya'la)
    • Anak-anak Hamzah ditakdirkan tidak panjang umur.  
  • Beza umur dgn Rasulullah: 2 tahun, Hamzah lebih tua 2 thn dari Rasulullah.
  • Beza umur saidina Abu Bakar as-Siddiq dgn Rasulullah:  2 thn 1/2 lebih muda dari Rasulullah saw
  • Hobi: Suka berburu seorang diri, cekap berburu dan sering berjaya bawa pulang haiwan buruan. 
  • Karektor: Digeruni kerana sikap dan kehebatan dalam peperangan. Kerap keluar (dari Mekah) sama ada berburu atau berperang.
    • Amalan bangsa Arab ketika itu, apabila kembali dari bermusafir, mereka akan bertawaf di Kaabah, bersilaturrahim dgn mereka yang berada disekitar Kaabah, dan bertanya khabar dgn kabilah-kabilah mereka yg bersantai di sekitar Kaabah. 
    • Apbl Hamzah tiba, mereka akan memberi ruang dan tempat kepadanya sebagai tanda hormat terhadap seorang yg hebat.

Saidina Hamzah memeluk Islam:
  • Saidina Hamzah tidak meyahut seruan Islam pd awal dakwah Rasulullah, seawal Abu Bakar, Khatijah, Abdul Rahman bin Auf, etc. Namun dia tidak menentang dakwah Rasulullah. Sebagai seorang bapa saudara kpd Rasulullah, seperti juga Abu Talib, Hamzah melindungi Rasulullah seadanya.

  • Pada suatu hari, ketika pulang dari berburu, seorang wanita ie hamba kpd Abdullah bin Juda'an, seorang saudagar Arab, menahan Hamzah dan berkata "Wahai Abu Umarah, tidakkah kamu tahu apa yang Abul Hakam (ie Abu Jahal) lakukan kepada anak saudaramu?" Hamzah bertanya apa yg berlaku. Katanya "Abul Hakam mengutuk, mencaci dgn teruk kepada anak saudaramu ketika dia sedang duduk di Kaabah, dan anak saudaramu tidak berkata apa-apa (berdiam diri)". Hamzah mendapatkan kepastian berita itu, dan wanita itu mengatakan ianya benar.

  • Hamzah kemudiaannya kembali ke Kaabah (bukan utk melakukan tawaf seperti kebiasaannya) tetapi utk mencari Abul Hakam. Apbl dia sampai, orang mempelawanya dan memberi penghormatan kepadanya. Tibanya di hadapan Abul Hakam, dia membawa bersamanya busur panah, dan dgn busur panah itu dihempapnya kepala Abul Hakam, hingga berdarah kepada Abu Hakam. Ahli keluarga dan kumpulan yang berada disekitar Abul Hakam terkejut dgn peristiwa itu dan marah. Namun mereka gerun dgn Hamzah. Abu Hakam memberi isyarat supaya tidak mengapa-apakan saudaranya Hamzah, dan mengakui kesalahannya mengutuk anak saudara mereka (ie Rasulullah) dgn makian dan cacian.

  • Semasa Hamzah memukul Abul Hakam, Hamzah seoalah-olah hilang pertimbangan, dan mengatakan (secara tidak sengaja), "engkau caci maki anak saudaraku sedangkan aku ini seagama dengannya, dan aku kata apa yg dia kata, cuba engkau balas balik jika sungguh engkau berani."
    • Pada ketika itu Hamzah masih belum memeluk Islam.

    • Kemarahan itu menyebabkan dia berkata demikian.

    • Dia marah kerana Abul Hakam (Abu Jahal) mengutuk Rasulullah saw, kerana Rasulullah membawa ugama Islam.

    • Dalam peristiwa yang lain, Abu Bakar as-siddiq berkata apa masalahnya kamu hendak membunuh hanya menyebutkan "Tuhan aku adalah Allah"? - Abu Bakar melindungi Rasulullah kerana ugama yg dibawa oleh Rasulullah. 

  • Selepas dari itu Hamzah pulang ke rumah dlm perasaan marah. Datang perasan sesal, was-was memikirkan bagaimana dia boleh menyebutkan kata-kata sewaktu memukul kepada Abu Jahal. Seolah-olah telah keluar dari ugama nenek moyangnya, dan masuk/beriman kepada ugama yang dibawa oleh Rasulullah.

    • Hamzah pergi ke Kaabah, dan berdoa kepada Allah di hadapan Kaabah agar diberi petunjuk kepadanya.

    • Keesokan harinya dia terus berjumpa dgn Rasulullah, dan minta diterangkan tentang Islam.

    • Bila diterangkan oleh Rasulullah, Hamzah rasa tenang dan puas hati. Kemudiaanya dia memeluk Islam.

    • Apbl Hamzah memeluk Islam, kekuatan Islam bertambah.

  • 4 hari selepas peristiwa itu, saidana Umar Al-Khattab pula memeluk Islam. Apabila Umar memeluk Islam, kekuatan Islam bertambah kuat. 
    • Apbl Umar datang ke rumah Arqam bin Abi Arqam, semua yang berada dalam rumah itu ketakutan, kerana yang datang itu adalah pahlawan Quraisy yang digeruni.

    • Hamzah yang berada bersama kumpulan itu memberi tahu kpd Rasulullah, sekiranya kedatangan Umar dgn niat baik, maka mereka akan sambut dgn baik. Sekiranya dia ingin lakukan kejahatan, Hamzah akan penggal kepalanya.

    • Rasulullah menepis dan menolak Hamzah ke tepi, dan baginda mencekak baju Umar dan menggoyangkan Umar sambil berkata, "Sampai bila wahai Umar kamu ingin kekal bersama dengan ugamamu ini?" -- sepahlawan Hamzah, baginda Rasulullah lebih gagah dan lebih berani berhadapan dgn panglima musuh (ie Umar). 

    • Apbl Umar memeluk Islam, mereka bertakbir dgn kuat, dan berarak ke Kaabah dgn laungan takbir. 

Hijrah ke Madinah
  • Hamzah turut berhijrah ke Madinah. 

  • Kebiasaanya Rasulullah mempersaudarakan mereka yg berhijrah dgn orang Ansar. Namun Hamzah tidak dipersaudarakan dgn seorang Ansar (orang Madinah), sebaliknya dipersaudarakan dgn seorang Muhajirin, ie Zaid bin Haritsah. Zaid adalah hamba kpd Rasulullah. 

Perang Badar:
  • Sebelum peperangan Badar, di atas kepahlawanan Hamzah, baginda Rasulullah memberikan panji-panji Islam dalam serangan kepada kumpulan Quraisy yang berdagang utk mengambil semula harta-harta mereka yg ditinggalkan sewaktu berhijrah ke Madinah.

  • Semasa peperangan Badar,  
    • Adat dalam peperangan adalah kedu-dua belah pihak tentera akan menghantar wakil utk mubarazah iaitu pahlawan dari kedua belah pihak akan cabar-mencabar dan bertarung (hidup dan mati). Jika hidup, pasukan tentera akan naik semangat, sementara yang kalah akan melemahkan semangan pasukannya. 

    • Dari pasukan Quraisy, 3 orang hulubalang mereka ie Utbah bin Abi Rabiah, Syaibah bin Abi Rabiah dan Al Walid bin Utbah (anak kpd Utbah). 

    • Beberapa orang Ansar keluar utk menyahut cabaran mubarazah, tetapi mereka diminta pulang kerana wakil tentera Quraisy itu ingin berlawan dgn orang Muhajirin.

    • Rasulullah kemudiaanya memerintahkan sepupu baginda i.e. Ubaidillah bin al-Harith bin Abdul Mutalib,  dan seorang lagi sepupu baginda ie Ali bin Abi Talib, serta bapa saudara baginda i.e. Hamzah bin Abdul Mutalib pergi mencabar3 hulubalang Quraisy tsbt.

    • Adat mubarazah adalah utk saling memperkenalkan diri. Apabila Hamzah memperkenalkan dirinya dia berkata "Aku Hamzah, singa Allah dan singa Rasulullah"

    • Dalam mubarazah itu, ketiga-tiga wakil Quraisy itu dibunuh.

    • Kemudian berlakulah perang Badar, di mana tentera Islam berjaya mengalahkan tentera kafir Quraisy. 

Peristiwa Selepas Perang Badar:
  • Hamzah membunuh seorang tentera Quraisy yang ingin mendapatkan/minum air di telaga. Selepas itu berlaku peperangan di mana 70 tentera kafir Quraisy dibunuh dan 70 lagi ditawan.

  • Setahun selepas peristiwa itu, orang Quraisy masih lagi berdendam. Apbl mereka pulang ke Mekah, mereka bersedih dan ada upacara memperingati kematian saudara mereka. Mereka mencari-cari peluang utk berperang semula dgn tentera Islam, dan peperangan seterusnya adalah Perang Uhud.

Perang Uhud:
  • Dalam menyusun strategi perang, orang Quraisy menyenaraikan saidina Hamzah sebagai orang yang paling dikehendaki (utk dibunuh) kerana 11 orang dibunuh oleh Hamzah dlm perang Badar. 
    • Kematian Utbah, Syaibah dan al-Walid, dimana dua daripadanya dibunuh oleh Hamzah sendiri.

  • Orang Quraisy mencari helah dgn mencari orang Quraisy yang paling hebat bermain lembing. Orang Arah tidak mahir berlembing, tetapi orang Habsyah amat mahir. Wahsyi bin Harb adalah hamba kpd salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Jubair bin Mut'am.  Bapa saudara Jubair ie Tu'aimah bin Ali adalah salah seorang yg dibunuh oleh Hamzah dlm Perang Badar. Jubair amat berdendam dgn Hamzah, dan memberi janji kpd Wahsyi akan membebaskannya jika dia dapat membunuh Hamzah.

  • Hindun binti Utbah bin Abi Rabiah ie isteri kpd Abu Sufyan (bapa dan sudara lelaki Hindun di bunuh oleh Hamzah dlm perang Badar). Hindun memberi jaminan kpd Wahsyi, dia akan hadiahkan rantai dan gelangnya jika Hamzah berjaya dibunuh.

  • Peristiwa ini diceritakan oleh Wahsyi sendiri kpd Rasulullah selepas dari keislamannya.
    • Dia memabawa tombaknya dlm Perang Uhud utk mencari dan bunuh Hamzah.

    • Hamzah memakaikan bulu burung kasawari pada bhgn dada baju perangnya, sebagai tanda beliau. 
      • Hamzah telah membunuh 31 orang kafir Quraisy dlm perang Uhud.

    • Wahsyi menunggu masa selepas bertemu dgn Siba' bin Abdul Uzza, yang berhadapan dgn Hamzah, yang belum sempat berbuat apa-apa telah dipancung oleh Hamzah. Pada ketika itu Wahsyi melibat ada satu bukaan pada pakaian perisai di bhgn perut dan kaki. Wahsyi mengambil peluang itu utk melemparkan tombaknya dan menembusi perut Hamzah hingga ke belakang badannya. Hamzah sempat berjalan mara ke hadapan 2 atau 3 langkah utk membunuh Wahsyi. Namun Hamzah rebah dan Wahsyi pergi kpd Hamzah dan memerhatikan Hamzah menghembuskan nafas terakhir. Dia kemudiannya mencabut tombaknya dan kembali ke khemah pasukannya. Dia duduk di sana hingga tamat peperangan.

    • Setelah tersebar berita Hamzah telah syahid, Hindun datang mencari mayat Hamzah,  Hindun belah perut Hamzah dan keluarkan hati dan hendak dikunyahnya. Namun diluahkan kerana tidak dapat menelan hati Hamzah.
      • Adat orang Arab adalah rosakkan mayat, seperti potong hidung, telinga, kemaluan.

    • Rasulullah mencari jenazah para sahabat yang syahid dan apbl melihat keadaan jenazah Hamzah, baginda menjadi sedih dan marah. Baginda bersabda, "Demi Allah, aku akan buat kepada 30 orang dari kalangan orang kafir". Para sahabat juga berkata yg sama utk lakukan kepada 30 mayat yg lain sebagai membalas kejahatan yg dilakukan kepada jenazah Hamzah. Pada ketika itu  juga Allah turunkan ayat (dalam surah An-Nahl Ayat 16:126) 
Surah An-Nahl Ayat 16:126 (klik sini utk paparan ayat)

وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّٰبِرِينَ

 
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

    • Allah menegur Rasulullah, jika hendak membalas kejahatan seseorang maka balaslah yg setimpal bukannya berlebihan.  Namun jika bersabar, maka itu adalah lebih baik.

    • Para sahabat memilih utk bersabar. Apbl datang perintah Allah, mereka terus beriman tanpa mencari helah utk membantah.

Solat Jenzah Perang Uhud:
  • Semua 70 orang yg syahid di Uhud, jenazah mereka dikebumikan di Uhud. Dua (2) jenazah dalam satu (1) liang. 
  • Istimewa kpd jenazah Hamzah, dia disolatkan 70 kali oleh Rasulullah. Pada ketika Uhud, jenazah Hamzah diletakkan dihadapan, selepas selesai solat jenazah Hamzah, di bawa pula jenazah ke2. Setelah selesai solat jenazah ke2, ianya dikebumikan. Begitulah seterusnya hingga semua jenazah disolatkan, jenazah Hamzah diletakkan di hadapan dari jenazah yg disolatkan. Jenazah Hamzah hanya dikebumikan setelah semua jenazah lain dikemumikan.
    • Berbeza dgn kaedah solat jenazah yang biasa dilakukan (juga ketika ini), jika berlaku kematian yang ramai, jenazah dikumpulkan dan solat jenazah dilakukan sekali utk kesemua jenazah. 
  • Hamzah diberikan gelaran "ketua para syuhada".

Kisah Wahsyi bin Harb
  • Selepas perang Uhud, dia bebas dan membawa diri ke Taif. 

  • Selepas Rasulullah perangi puak Hawazin (di Taif), Wahsyi ingin melarikan diri ke Syam. Orang berpesan kepadanya, "kamu nak lari kemana? Jika kamu bertemu dgn Muhammad dia akan maafkan kamu". 

  • Setelah beberapa tahun, Wahsyi kemudiannya bertemu dengan Rasulullah. Dia duduk di hadapan Nabi, dan ditanya oleh Rasulullah. "Adakah kamu Wahsyi?" Dia menjawab "Ya, saya Wahsyi" dan dia mengucap dua kalimah syahadah. 

  • Rasulullah minta Wahsyi ceritakan bagaimana dia bunuh saidina Hamzah. Wahsyi menceritakan kpd Rasulullah (spt di atas). Rasulullah sedih mendengar cerita Wahsyi. Baginda menerima Wahsyi sebagi seoarang Islam, dan berpesan kepada Wahsyi baginda tidak mahu melihat Wahsyi (kerana dia akan teringat kepada Hamzah dan sedihnya terhadap apa yang dilakukan oleh Wahsyi terhadap Hamzah). 
      
  • Kata Wahsyi, selepas dari peristiwa itu, aku akan mengelakkan diriku dari berjumpa Rasulullah. Taatnya kepada arahan Rasulullah kepadanya.

No comments: