-us Muhammad Ihsan kuliah Maghrib Sabtu 11-Jan-2020
Tiga (3) Golongan Yang Disebutkan Dalam Al-Quran
1) golongan as-syabul syimal (golongan kiri) ie org² yg kufur akan dihalau ke neraka, dihina dan diazab.
a) mereka ini menzalimi diri mereka sendiri.b) Surah Al-Balad Ayat 90:19-20 (klik sini utk paparan ayat)
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.
Ayat 90:20 (klik sini)
عَلَيۡهِمۡ نَارٞ مُّؤۡصَدَةُۢ
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
2) golongan as-habul yamin (golongan kanan) ie mereka diiringi oleh malaikat memasuki syurga. Mereka ini melakukan perkara² yg wajib (difardukan) oleh Allah, namun masih kurang dlm melakukan perkara-perkara sunat.
a) Surah Al-Balad Ayat 90:18 (klik sini)
أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
3) gologan mukarrabun ie org² yg mendahului org lain memasuki syurga, tanpa dihisab. Mereka melakukan perkara-perkara wajib (fardu) dan perkara-perkara yg sunat.
a) Surah Al-Waqiah Ayat 56:10 (klik sini)
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
- Golongan ke3 ini:
- semasa hayatnya berluma-lumba bersegera melakukan amal ibadah. Berlumba-lumba melakukan kebaikan walaupun perkara yg kecil.
- ditempatkan di syurga dikedudukan tertinggi.
- kualiti ibadah mereka seolah-olah sedang beramal di hadapan Allah.
- melakukan perkara² sunat.
- cara utk menjadi wali Allah adalah:
- mendahului kehendak Allah dari kehendaknya sendiri.
- mendahului kehendak saudaranya melebihi kehendaknya.
- Golongan kanan dan golongan ke3 adalah wali Allah.
- Allah mencintai umatnya melakukan perkara² sunat. Balasannya dipermudahkan urusan hambaNya itu.
- Ganjaran kpd golongan ke3:
a) golongan mukarrabun akan diberikan ganjaran dgn minuman yg dicampurkan dgn Tasnim ie berasal dari matair dlm syurga.
- Surah Al-Mutaffifin Ayat 83:27-28
ayat 83:27 (klik sini)
وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسۡنِيمٍ
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
ayat 83:28 (klik sini)
عَيۡنٗا يَشۡرَبُ بِهَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
b) Ditempatkan di tempat yg teratas dlm syurga,
- Surah Al-Waqiah Ayat 56:10-16
Ayat 56:10 (klik sini)
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Ayat 56:12 (klik sini)
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Ayat 56:15 (klik sini)
عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Ayat 56:16 (klik sini)
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
- Sambutan kpd golongan kiri:
a) api neraka yg menjulang.
- hadis:
Golongan pertama yg masuk syurga, wajah mereka bersinar-sinar.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1444.
Dari Sahl bin Saad r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umat ku akan masuk syurga dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut-turut, sedang rupa mereka sebagai cahaya bulan pada malam purnama".
- dalam hadis yg lain, dari setiap seribu itu ada 70 ribu.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2554.
Maksudnya : Al-Hasan bin Arafah menceritakan kepada kami, Ismail bin Ayyasy memberitahukan kepada kami, dari Muhammad bin Ziyad Al-Hani berkata :"Aku mendengar Abu Umamah berkata :"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Tuhanku menjanjikan kepada ku akan memasukkan syurga dari ummat ku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab dan tanpa seksa, beserta setiap seribu orang ada tujuh puluh ribu tiga genggaman dari genggaman Tuhanku". Ini hadis hasan gharib.
- Jumlah org yg masuk syurga tanpa dihisab (mengikut kiraan kita). Walaubagaimanapun, kita tidak tahu ukuran bagi 3 genggaman yg dimaksudkan dlm ayat ini, Allah shj yg lebih mengetahui bilangan sebenar:
= 70 ribu + (bagi setiap seribu ada lagi 70 ribu)= 70 ribu + (70 x 70 ribu)= 4.97 juta (sebagai panduan shj. bukan jumlah yg tepat)
- Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0170.
Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r .a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Nanti akan masuk syurga satu rombongan umat ku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama. Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi serta-merta berdiri sambil menunjukkan tangannya dan berkata: "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan mereka." Lalu Rasulullah saw. mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkan dia di antara mereka." Kemudian berdiri pula seorang lelaki Ansar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Sabda Rasulullah saw., "Ukasyah telah mendahului anda."
No comments:
Post a Comment