Tuesday, January 14, 2020

Tafakur

- us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 12-Jan-2020

- Huzaifah bin Yaman adalah seorg yg diamanahkan oleh Rasulullah utk menyimpan senarai nama org yg munafik. Saidina Umar cuba utk mendapatkan senarai org² yg munafik, namun tidak diberikan oleh Huzaifah, kerana menjaga amanah yg diberikan oleh Rasulullah. Akhirnya dia mencuba dgn bertanya, adakah dia termasuk dlm senarai yg disimpan oleh Huzaifah itu.

- imam Shafie terdiam lama dan kemudiannya mengalirkan air mata apbl ditanya kpdnya apakah amalan yg paling disukai oleh Allah. Penerimaan yg mutlak adalah yg diterima oleh Allah, kerana amalan yg bukan kerana Allah, maka ianya tidak memberi makna kpd pelakunya.
  • a) kita perlu perbetulkan niat dlm amalan yg kita lakukan, agar ianya tidak menjadi rutin semata-mata.

Tafakur

  • Tafakur ie berfikir dgn bersungguh-sungguh dan memerhatikan sesuatu.

  • Akal adalah proses permulaan utk mengagungkan Allah. Bermula dari pemikiran, maka akan tiba ketikanya akal akan bertanya bukti iaitulah wahyu. Dari wahyu itulah akan menyimpulkan kekuasaan Allah.

a) hal ini berlaku spt kisah Nabi Ibrahim. 
(i) Nabi Ibrahim berfikir tentang tuhan² yg disembah oleh kaumnya termasuk juga bapanya sendiri. 
Nabi Ibrahim bertanyakan kpd ayahnya kenapa sembah patung yg tidak boleh memberi apa² malah patung itu sendiri dibuat oleh ayahnya.

Surah Al-Ambiak Ayat 21:52 (klik sini utk paparan ayat)

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا هَٰذِهِ ٱلتَّمَاثِيلُ ٱلَّتِيٓ أَنتُمۡ لَهَا عَٰكِفُونَ

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

-(ii) Nabi Ibrahim kemudiannya berfikir tentang bintang², bulan dan matahari.

Surah Al-Anam Ayat 6:76 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيۡهِ ٱلَّيۡلُ رَءَا كَوۡكَبٗاۖ قَالَ هَٰذَا رَبِّيۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَآ أُحِبُّ ٱلۡأٓفِلِينَ

Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

Surah Al-Anam Ayat 6:77 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَمَّا رَءَا ٱلۡقَمَرَ بَازِغٗا قَالَ هَٰذَا رَبِّيۖ فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمۡ يَهۡدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلضَّآلِّينَ

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".


Surah Al-Anam Ayat 6:78 (klik sini utk paparan ayat)

فَلَمَّا رَءَا ٱلشَّمۡسَ بَازِغَةٗ قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَآ أَكۡبَرُۖ فَلَمَّآ أَفَلَتۡ قَالَ يَٰقَوۡمِ إِنِّي بَرِيٓءٞ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


b) dlm falsafah Hindu, tuhan itu esa, namun tuhan itu berbilang. Patung² yg disembah itu mewakili sifat² tuhan yg disembah. Patung² itu diukir mengikut saiz² tertentu kemudiannya melalui proses rendaman (penyucian), kemudian melalui proses penyempurnaan ie memberi nyawa ie dgn sami melukis mata kpd patung itu.

Jika penganut Hindu berfikir dgn mendalam maka logik akal akan menolak apa yg disembah kerana patung² itu bukannya tuhan yg esa yg disembah.

c) Rasulullah mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Dlm proses pengasingan itu baginda berfikir dan memerhatikan kaumnya. Hinggalah turun wahyu kpd baginda.

d) org kafir Quraisy menuduh Rasulullah seorg yg gila. Rasulullah diminta oleh Allah supaya memberitahu kpd org kafir itu berfikir tentang tuduhan bhw Nabi Muhammad adalah seorg gila.
Oleh kerana org kafir Quraisy ini tidak menerima saranan Rasulullah supaya berfikir, maka mereka tidak dpt memahami dan menerima kerasulan Nabi Muhammad, dan bukannya baginda Rasulullah itu seorg yg gila.

Surah Saba' Ayat 34:46 (klik sini utk paparan ayat)
 

۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).

e) syair Arab lebih sukar dari pantun Melayu. Setiap baris syair perlu ada disiplinnya. Begitu juga baris dgn baris yg seterusnya. Ada disiplin dan peraturannya. Sekiranya org kafir Quraisy berfikir tentang Al-Quran pastilah mereka yakin bhw Al-Quran bukannya syair² ciptaan manusia. Malah Rasulullah sendiri bukanlah seorg yg boleh menulis dan membaca. 

Dlm masalah keimanan, berfikir adalah cabang dakwah. 
  • Us Ahmad Dedat menggunakan ilmu berfikir dlm dakwahnya utk mematahkan hujah² org² kafir akhirnya mereka tertarik dgn Islam hingga masuk Islam.

- Golongan Atheis mengatakan alam ini terjadi secara semula jadi. 

(Berikut ini adalah suatu kisah antara seorg Atheis dan ulamak. Namun kisah ini sebagai kisah perbincangan).

Dikatakan, golongan Atheis mengajak seorg ulamak utk berdialog disuatu tempat yg dipersetujui. Pada hari yg dijanjikan, org Atheis itu tiba awal ditempat berdialog, didapatinya ulamak Islam telah lewat. 

Setelah lama menuggu akhirnya tiba ulamak tersebut. Atheis itu bertanya mengapa lewat? 

Ulamak itu menjawab bhw dlm perjalanannya dia tiba di sebatang sungai, namun tiada jambatan atau perahu utk menyeberang. Tiba² tumbang sebatang pokok, pokok itu terbelah dua, sebahagian menjadi perahu dan sebahagian lagi menjadi dayung. Dgn itu dptlah dia menyeberang sungai dan tiba ke tempat dialog itu. 

Jawab org Atheis itu bhw ulamak itu berbohong. 

Ulamak itu menjawab mana boleh org Atheis itu tidak menerima perkara aneh yg berlaku spt itu, begitulah juga persoalan bhw bumi ini berlaku secara sendiri tanpa dicipta oleh penciptanya ie Allah, bagaimana org2 Atheis boleh percaya ianya wujud secara sendiri.

No comments: