Perang Khaibar
- Dlm peperangan Khaibar tentera pimpinan Rasulullah menang dan menewaskan tentera golongan yahudi. Selepas kemenangan itu, Rasulullah berkahwin dgn seorg perempuan yg berketurunan yahudi (bernama Sofia). Seorg wanita yahudi (isteri Sallam bin Mashkam) menghadiahkan hidangan kambing kpd Rasulullah, dan Rasulullah menerima pemberian wanita ini dan menjamah hidangan daging kambing itu, dan mengeluarkan semula. Baginda bertanya kpd wanita itu sama ada daging tersebut telah diracun, mengaku wanita itu kerana terkejut dgn kebijaksanaan Rasulullah mengetahui hidangan yg telah diracun. Kesan racun kambing itu kekal dlm diri Rasulullah, dan menyebabkan sakit yg memudaratkan.
Kesan racun ini di sebutkan oleh saidina Aisyah ra iaitu semasa baginda Rasulullah hampir wafat:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: يَا عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ، فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ
Maksudnya: Adapun Nabi saw pernah berkata di saat berada dalam kesakitan yang menyebabkan Baginda saw wafat: “Wahai Aisyah! Aku masih berasa sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar. Maka kali ini aku merasakan seolah-olah uratku terpotong disebabkan racun tersebut.” [HR al-Bukhari (4428)]
- Sebaiknya panggilan utk para Sahabat Nabi adalah "rodiallahuan" berbanding "saidina". Kerana dlm Al-Quran disebutkan para sahabat yg berbaiah kpd Rasulullah, mereka disebutkan dlm Al-Quran sebagai "rodiallahuan". Panggilan "saidina" adalah panggilan spt "tuan" dan "puan" spt yg digunakan oleh merujuk kpd org yg dimuliakan dlm masyarakat.
- Kemudian Siti Aisyah mendapatkan ubatan yg digunakan secara turun-temurun golongan arab. Namun Siti Aisyah tidak sebutkan nama-nama ubatan yg digunakan. Ketika itu org arab menggunakan herba spt habbatus saudah, madu, minyak zaitun.
- Apa yg kita boleh pelajari kaedah perubatan sunnah adalah jampi (dgn ayat2 Al-Quran) dan juga ubatan berjalan secara selari.
- Hadis Nabi, doa Rasulullah adalah "Ya Allah berikanlah kami ilmu yang bermanfaat". Hadis ini membuktikan bhw Rasulullah mengharapkan ilmu dari Allah yg bermanfaat. Kita boleh mengambil pengajaran dr hadis ini, bhw kita perlu belajar semua ilmu yg beemanfaat. Tidak dikhususkan ilmu Islam atau tidak Islam.
- Pd hari terakhir hayat Rasulullah, adik lelaki kpd Siti Aisyah (bernama Abdul Rahman) ziarah Rasulullah. Dia dtg membawa siwak. Aisyah lihat Rasulullah memandang tajam (renung) kpd siwak tersbt, lalu ditanya adakah baginda hendak bersiwak. Siti Aisyah memotong hujung siwak dan membersihkannya, lalu diberikan kpd Rasulullah dan bersugilah baginda. Setelah bersugi, Rasulullah berkata "Aku akan kembali kpd kekasihnya". Sirah mencatatkan bhw Rasulullah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Siti Aisyah.
- Jika kita hendak mencintai Rasulullah, maka pelajari ilmu. Selain dr itu akan membawa kpd kesesatan.
No comments:
Post a Comment