- Kuliah Subuh Sabtu 13-Jun-2015
Kontrak tabaruat (unilateral contract) ie kontrak tanpa mengharapkan apa2 kerana Allah Taala
- Dlm Islam, apbl beri pinjam kpd org, kita hanya boleh harapkan agar si peminjam memulangkan semula jumlah yg dipinjam. Sekiranya ada dikenakan lebihan ke atas jumlah yg diberi pinjam, maka ini sudah melibatkan riba.
- Tabaruat ie kontrak kebajikan harta, pelaburan utk kegunaan org lain kerana Allah Taala.
- jika pinjaman diberi berdasarkan profit sharing ratio maka ini dibenarkan. Pelaburan ada risiko untung dan rugi.
Dalil tabaruat Surah Al-Baqarah Ayat 261:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
- Beri pinjam sesuatu yg bernilai tanpa memberi sebarang manfaat (duit, kemudahan, bantuan, etc) kpd si pemberi pinjam.
Pinjaman kpd Allah, dalil nya:
- Al-Maidah Ayat 12
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"
- Surah Al-Muzammil Ayat 12
- Sedekah digandakan 10x, ada yg digandakan hingga 700x.
- Hibah boleh diambil oleh si pemberi pinjam, kerana ianya tidak disebutkan atau disyaratkan sewaktu berlakunya transaksi pinjaman.
- Tempoh pinjaman, pandangan jumhur bersetuju tiada tempoh utk byr balik pinjaman. Namun, mazhab Maliki meminta diberikan tempoh tertentu utk si peminjam melunaskan pinjaman. dlm perniagaan ada tempoh tertentu sebelum perniagaan dpt pulangan, oleh itu dlm hal pinjaman, elok ditetapkan tempoh byr balik.
- sepatutnya kos pengurusan pinjaman adalah sekitar 3% shj.
- pengurangan dlm pinjaman,
(a) pinjaman pelajaran yg mana jika capai cgpa 4.0 maka peminjam/pelajar tidak perlu byr jumlah pinjaman tersbt, jika cgpa 3.5 hingga 3.9 perlu byr 75%, dan sebagainya maka transaksi pinjaman pelajaran ini dibenarkan dan tidak melibatkan riba. Dlm kaedah ini si pemberi pinjam tidak dpt sebarang faedah malah rugi sekiranya semua pelajar capai cgpa 4.0
- Fixed Deposit (FD) dlm perbankan Islam dikira mudarabah, dibenarkan dan tiada unsur riba. Ianya berkonsep jual beli.
Jualan komoditi (ringgit) dgn rate tetap dijual kpd pihak bank dan di byr semula dlm tempoh tertentu.