Monday, March 2, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:40 hingga 46

-us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib isnin 2-Mac-2015

Surah An-Naziat Ayat 79:40 hingga 46

Ayat 79:40: (klik sini utk paparan ayat)

(وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ)

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

Lawan kpd org yg dimasukkan dlm ayat 40 ini adalah dlm Ayat 37, ie org yg melampaui batas.

Ayat 79:37: (klik sini utk paparan ayat)

(فَأَمَّا مَنْ طَغَىٰ)

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), 

Iman adalah lawan kpd nafsu. Iman memandu seseorg muslim, ianya memberi kesan kpd perlakuan dan bicara seseorg. Pertembungan di antara iman dan nafsu tidak akan tamat, hinggalah seseorg itu meninggal.

Utk memastikan iman sentiasa menguasai nafsu, maka iman perlukan:
  1. (i) Makanan utk iman
  2. (ii) Makanan yg berzat
ie dgn perbanyakkan membaca Al-Quran, mengkaji Al-Quran.

Ayat 79:41: 
(klik sini utk paparan ayat)

(فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ)

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

(يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا)

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
 
(فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا)

Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

(إِلَىٰ رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

(إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا)

Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
(كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا)

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Org Musyrikin Arab Mekah bertanya kpd Rasulullah bila belakunya kiamat. Pertanyaan tersbt adalah sindiran dan ejekan kpd Rasulullah, kerana seorg Nabi tidak tahu bila kiamat akan berlaku.

Rasulullah pernah ditanya oleh malaikat Jibrail tentang bila belakunya kiamat, Jibrail atas perintah Allah SWT menjelma sebagai seorg lelaki dtg ketika Rasulullah memberi kuliah kpd para sahabat Baginda, berlakulah spt sesi soal-jawab antara Jibrail dan Rasulullah, ditanya apakah Islam, apakah iman, apakah ihsan, hingga terakhir adalah bilakah kiamat. Rasulullah menjawab semua pertanyaan Jibrail tersebut dan Jibrail mengiyakan jawapan Rasulullah. Hingga kpd pertanyaan terakhir, Rasulullah menjawab bhw org yg bertanya adalah lebih tahu akan jawapannya (menunjukkan Rasulullah sendiri tidak tahu bilakah tarikh kiamat). Kemudian lelaki itu pun meninggalkan majlis kuliah Rasulullah. Lalu Rasulullah pun bertanya kpd para sahabat siapkan lelaki tersbt, para sahabat menjawab bhw Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Maka Rasulullah pun memberitahu bhw lelaki itu adalah malaikat Jibrail.

1) Org yg kuat beramal, rajin berpuasa, sering menginfakkan hartanya: jangan riak dan takbur dgn amalan yg telah dilakukan.

2) org yg malampaui batas, jangan berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan bertaubat kpd Allah, berdoa dan menangis, merayu utk diterima taubatnya, utk mendptkan syurga.


Nota:
Surah An-Naziat mempunyai 46 ayat.
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat:



No comments: