Sunday, March 29, 2015

Tafsir Al-Quran Surah Al-Mulk Ayat 67:1 hingga 20

- us Zahazan Mohamed kuliah Maghrib Ahad 29-Mac-2015

Surah Al-Mulk (surah ke-67 muka surat 562-564)


Amalan surah Al-Mulk dan surah Sajadah (32 ms 415-4 8) sebelum tidur, menyelamatkan kita dari azab kubur.

Surah Al-Mulk adalah surah Makkiah, yg di dlmnya adalah penekanan kpd akidah.

Permulaan surah Al-Mulk  Ayat 1-5, menceritakan keberkatan dan kehebatan Allah.


Ayat 67:1:

A001

(تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) 

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


Teguran terhadap tafsiran utk ayat 1, bagi perkataan pertama ie "Maha Berkat" bukannya "Maha Suci". Sekiranya ada tafsiran yg menulis sebagai Maha Suci, maka tafsiran ini tidak tepat. Dlm konteks surah Al-Mulk ini, Maha Berkat adalah tafsiran yg tepat.


Org yg bertemu dgn bomoh, maka amalannya tidak diterima selama 40 malam. Oleh itu jangan terpedaya dgn saranan mana2 org utk bertemu atau meminta pandangan dr nujum, kerana mereka akan menyebabkan amalan kita tidak diterima selama 40 hari.

Penyakit yg jika tidak dpt dirawat di dunia, perlulah kita redho akannya dan teruskan ikhtiar utk mencari penawarnya.


Ayat 67:5:

A005

(وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ) 

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.


Bintang ada 3 fungsi ie:
(i) sebagai kompas (buruj petunjuk arah perjalanan/payaran/pengembaraan)
(ii) penghias langit
(iii) pelontar iblis yg cuba mencuri pendengaran makhluk di langit. Dikatakan tahi bintang sebagai pelontar iblis tsbt, bukanlah bintang.


Ayat 67:12:

A012

(إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ) 


Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


Ketaatan kpd Allah amat payah utk dilakukan secara istiqamah, namun utk melakukan dosa amat mudah.

Malapetaka/Fitnah hari ini, manusia sudah hilang sifat malu. Dgn cara menceritakan perkara2 yg dilakukan (seharian) di dlm media sosial (spt facebook, whatsapp).

Awasi dan pantau penggunaan Internet dan media sosial dlm keluarga kerana maksiat boleh berlaku dan sangat hampir dgn ahli keluarga kita, smartphone dan tablet kini barangan biasa kpd anak2.

Berbanding masa lampau, utk melakukan kemaksiatan terhadap Allah perlukan pembantu/kawan, tempat dan masa yg sesuai. Kini bila bersaorangan kemaksiatan boleh dan mudah berlaku di hubungkan oleh Internet dan media2 sosial.

Benarlah ayat ini (ie 12) bhw org yg beriman kpd Allah adalah mereka yg takut melakukan perkara kemurkaan Allah walaupun ketika itu bersaorangan dan tidak diketahui oleh org lain.

Jangan mengulas atau memberi pandangan sekiranya kita tidak mempunyai kefahaman dlm sesuatu perkara, lebih-lebih lagi berkenaan hukum yg diturunkan oleh Allah, iaitulah hukum hudud. Tiada hukum yg lebih baik melainkan hukum yg diciptakan oleh Allah.

Pd zaman Saidina Umar, ditangguhkan hukuman hudud, kerana pd ketika itu dilanda kemarau yg panjang. Saidina Umar menjustifikasikan bhw pd ketika itu syarat utk melaksanakan hudud tidak cukup syarat. Kemarau yg berpanjangan menyebabkan rakyat jelata tiada wang dan pekerjaan, dan mendorong mereka melakukan jenayah, mencuri.


Ayat 67:20

A020


(أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ جُنْدٌ لَكُمْ يَنْصُرُكُمْ مِنْ دُونِ الرَّحْمَٰنِ ۚ إِنِ الْكَافِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ) 

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


Rezeki yg diperoleh dr sumber yg haram, maka kesudahannya rezeki ini akan hilang, ditarik balik tanpa disedari, spt ditimpakan kesakitan kpd ahli keluarga, dia dikenakan caj lebih atau midnight charge, berturutan sakit kpd anak yg lain, kos perjalanan yg tinggi, etc.

Jadi, jangan menipu dlm melaksanakan tugasan, dan jangan mengambil hak org lain semata-mata utk mendapatkan rezeki lebih.

Ulamak hadis ie Daklaj bin Ahmad bin Daklaj dia menhimpunkan kekayaan melalui ilmu. Dia meminjamkan kpd org ramai wangnya dan dlm satu riwayat, anak muridnya menceritakan kepayahan salah seorg peminjam utk melunaskan pinjaman kpd sheik Daklaj. Daklaj meminta anak muridnya memanggil org it dtg ke rumahnya dan Daklaj menyajikan jamuan. Setelah disemak jumlah pinjamannya (5 ribu dinar) dan memahami kesusahan yg dialami, Daklaj telah menghalalkan pinjaman tersbt.  Namun setelah ditanya sama ada tindakannya itu memudahkan org tersbt, dia terdiam. Bila ditanya lagi oleh Daklaj, barulah diceritakan pula hutang2 lain yg berjumlah hampir 5ribu dinar. Daklaj kemudiannya memberikan jumlah yg disebutkan dan bertanya jika pemberian tersbt melepaskan org itu dr hutang2nya. Barulah dia menjawab mengiyakannya.

No comments: