Keutamaan Malu
Hadis:
Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rafi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Rib'iy bi Hirasy, dari 'Uqba bin 'Amr, Abu Mas'ud, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya diantara apa yang didapatkan manusia dari 'ucapan nubuwwah yang pertama ialah: "Apabila engkau tidak -punya- malu, maka kerjakanlah apa yang engkau suka.". [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4183]
a) Sifat malu itu bagi menjaga maruah.
b) kata Imam Nawawi apbl Allah memerintahkan sesuatu yg wajib atau sunat maka hendaklah kita berasa malu utk meninggalkannya.
- Allah sering perintahkan nabi² sebelum dari Nabi Muhammad saw, utk berasa malu.
- Seorg yg beriman berasa malu utk melakukan perkara² yg dilarang oleh Allah.
- Dlm bab fekah, kita perlu elakkan perkara fitnah terjadi. Contoh, kita mencari lot pakir, tetapi yg ada hanya depan kedai nombor ekor, bagi org yg beriman, dia malu utk parkir di situ kerana mengelakkan dari timbul fitnah bhw seorg Islam memasuki kedai nombor ekor atau lebih teruk difitnah membeli nombor ekor.
- sekiranya manusia sudah tiada sifat malu, maka dia lakukan perkara² yg tidak sepatutnya dilakukan, lebih² lagi di khalayak ramai, atau di media sosial yg ditonton oleh ramai.
- a) contoh seorg perempuan berjoget dgn tidak menutup aurat, ataupun berpakaian ketat/menjolok mata dan merakamkan perbuatannya di media sosial.
- b) contoh seorg membuat tempahan makanan, bila makanan lewat tiba dia lemparkan makanan dan terbalikkan meja sebagai tanda protesnya.
- Setiap manusia didampingi oleh dua (2) malaikat yg mencatatkan segala perbuatan, dan percakapan. Malaikat ini tidak cuti malah tidak sesaat pun meninggalkan manusia. Dalil: Dlm Surat At-Toriq ayat 86:4 (klik sinii utk paparan ayat)
{ إِن كُلُّ نَفۡسٖ لَّمَّا عَلَيۡهَا حَافِظٞ }
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).
. Malaikat sentiasa mencatatkan perbuatan kita, dan akan dibentangkan buku catatatan itu di akhirat utk diadili oleh Allah.
- Malu dgn hak makhluk.
- Malu menjadi satu sifat seorg Islam
Hadis: Saidina Ali bin Abi Talib malu utk bertanyakan kpd Rasulullah akan masalahnya yg sering keluar mazi, lalu dia menyuruh sahabat utk bertanyakan kpd Rasulullah.
Dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. katanya: "Aku sering keluar mazi. Tetapi aku malu menanyakan hukumnya kepada Rasulullah saw. kerana hubunganku dengan puteri beliau. Kerana itu ku suruh Miqdad bin Al Aswad menanyakannya. Jawab Rasulullah saw., "Suruh dia mencuci zakarnya, dan sesudah itu suruh dia berwuduk." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0251]
- malu yg dilarang adalah malu dlm perkara kebaikan, spt menuntut ilmu, mempelajari ugama, memberi bantuan kpd org lain.
- apbl Allah benci seseorg, maka Allah cabut sifat malu dari org itu. bila tiada sifat malu, seseorg akan lakukan kemaksiatan terhadap Allah, dan menjadikan dia seorg yg berdosa, maka layak baginya diazab dlm neraka.
Hadis:
Mewartakan kepada kaffli Muhammad bin Al-Mushaffa, mewartakan kepada kami Muhammad bin Harb, dari Sa'id bin Sinan, dari Abuz-Zahiriyah, dari Abu Syajarah, yaitu Katsir bin Murrah, dari Ibnu 'Umar, bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla, bila hendak membinasakan seorang hamba, maka Dia mencabut rasa malunya. Maka bila Dia telah mencabut rasa malu dari orang itu, maka kamu tidak akan menjumpainya kecuali dia dalam keadaan sangat dimurkai. Bila kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berkhianat. Maka bila kamu tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan sangat dimurkai, maka akan dicabut suatu amanat dari orang tersebut. Maka bila amanat telah dicabut dari orang itu, maka kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berkhianat, maka dicabut rasa belas-kasih dari orang itu. Maka bila telah dicabut rasa belas-kasih dari orang itu, maka kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang sangat dilaknat. Maka bila kamu tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang sangat dilaknat, maka dicabutlah ikatan keislaman dari orang tersebut". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Sa'id bin Sinan, dia itu daif. Dia diperselisihkan namanya. [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4054]