- us Syukri Ahad 4-Jun-2023
Buku Fiqh Aulawiyyat (Faham Keutamaan) oleh Dr Yusuf Al-Qardawi
Maksud fiqh aulawiyyat adalah keutamaan dlm melakukan sesuatu, baik antara sesuatu itu sendiri dan sesuatu yg lain atau antara perkara² dalam sesuatu yg hendak dilakukan.
- sebagai meletakkan segala seauatu pada tangga dan peringkatnya yg sebenar dgn pertimbangan keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum² dan nilai akhlak mulia.
- Dalil akhirat lebih baik dan lebih kekal,
(i) surah Al-Ala ayat 87:17 (klik sini)
{ وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ }
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(ii) surah Al-An'am ayat 6:32 (klik sini)
{ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٞ وَلَهۡوٞۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ }
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
- menentukan keutamaan masing² berdasarkan kpd pertimbangan syarak yg betul dgn berpandukan dalil² Al-Quran dan as-sunnah.
- semua perkara diletakkan pd tempatnya berpandukan ukuran keadilan.
- Fiqh aulawiyyat ini penting kpd para ulamak dan pendakwah, supaya menyampaikan Islam dan ilmu mengikut keutamaan. Juga interaksi dgn jemaah yg pelbagai/kumpulan, supaya tidak berlaku perselisihan.
-- Jangan bawa perkara² furuk kpd masyarakat.
-- Jangan melampau, begitu juga jangan terlalu lemah hingga melalaikan sesuatu.
No comments:
Post a Comment