Monday, June 19, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:233

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 19-Jun-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:233

- Surah Al-Baqarah ayat 2:233 (klik sini)
{ ۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


- "كَامِلَيۡنِۖ" apbl ayat ini diwakafkan maka ia menjadi "Mad Lin" ie dibaca dgn 2, 4 atau 6 harkat. Sekiranya bacaan diteruskan maka ianya menjadi "Lin" sahaja.

- "تُضَآرَّ" dibaca 6 harkat ie selepas tanda mad panjang ada sabdu selepasnya.

- "تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ" dibaca dgn 4 atau 5 harkat kerana selapas tanda mad panjang tiada tanda sabdu. Begitu juga dgn "مَّآ ءَاتَيۡتُم" dan juga "وَٱعۡلَمُوٓاْ".

- "أَرَدتُّمۡ" dzal tidak dibaca sebaliknya dimasukkan dlm "ta" bersabdu.

Ayat ini berkenaan perceraian dan anak masih menyusu badan.
- Sekiranya bekas suami itu meninggal dunia, sedang bekas isteri masih menyusu dlm tempoh menyusu (2 tahun), maka waris kpd bekas suami bertangggungjawab utk menggalas tanggungjawab memberi nafkah menyusu. Waris itu adalah adik-beradik lelaki atau bapa (datuk bayi).

(i) tempoh menyusu tidak semestinya 2 thn, bergantung kpd keadaan. Ada bayi yg berhenti menyusu kurang dari 2 tahun. Ada juga disebabkan ibu telah kering susu, atau atas sebab kesihatan/perubatan. Bila perkara ini berlaku maka bekas suami tiada lagi tanggungjawab memberi nafkah susu kpd bayi.

- Nafkah kpd anak² adalah sehingga mereka akil baligh.


No comments: