Sunday, July 9, 2023

Perkara-perkara yang membatalkan solat akibat dari rosak rukun solat

- us Azmi Hasan kuliah Maghrib Ahad 9-Julai-2023

Perkara-perkara yang membatalkan solat akibat dari rosak rukun solat

- Syarat sah solat, antaranya:
i) menutup aurat
ii) bersih dari hadas kecil dan hadas besar -- mandi junub sekiranya berjunub dan mengambil wuduk sekiranya berhadas kecil.

Terdapat 21 perkara yg menjadi syarat sah dlm melakukan rukun takbirratul ihram.
- Kitab Safinatan mensyarahkan terdapt 19 perkara dlm mengangkat takbirratul ihram.

Sekiranya solat tidak sah maka tidak ada apa bhgn dlm amalannya yg mengatakan dia bersolat.

Hadis 1: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. masuk ke dalam masjid. Tidak lama kemudian, masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Sesudah solat dia datang kepada Rasulullah saw. sambil memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya sambil bersabda : "Ulanglah solatmu, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Lalu orang itu mengulang solatnya seperti solat yang mula-mula tadi. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. sambil memberi salam. Jawab Rasulullah, "Wa, 'alaikassalam." Kemudian beliau bersabda pula, "Ulang lagi solatmu!" Sesungguhnya engkau belum solat." Akhirnya orang itu mengulang solatnya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata, "Demi Allah yang telah mengutus anda dengan agama ini, sesungguhnya aku belum tahu bagaimana caranya solat yang bagus. Kerana itu ajarilah aku." Sabda Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, bacalah takbir lebih dahulu. Sesudah itu baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Sesudah itu rukuk sehingga rukukmu itu sempurna sekali. Sesudah itu bangkit dari rukuk sehingga engkau kembali berdiri dengan sempurna. Kemudian sujud dengan sempurna sekali. Kemudian duduk sehingga dudukmu sempurna sekali. Perbuatlah seterusnya seperti itu setiap kamu solat." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0352]

Hadis 2: `Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Isma'il bin Ja'far menceritakan kepada kami dari Yahya bin 'Ali bin Yahya bin Khallad bin Rafi' Az Zuraqi dari datuk lelakinya dari Rifa'ah bin Rafi' "bahawasanya Rasulullah saw pada suatu hari sewaktu duduk di masjid --Rifa'ah berkata: dan kami bersama beliau-- tiba-tiba ada seorang Badui datang kepada beliau. Ia mengerjakan solat dan meringankan (mempercepat) solatnya, kemudian meninggalkan tempat solat itu lalu mengucapkan salam kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda: "Dan untukmu juga (salam itu). Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat". Maka ia pun kembali lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang lagi kepada Nabi saw dan mengucapkan salam, lantas beliau bersabda: "Dan untukmu juga. Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat". Beliau mengulanginya dua atau tiga kali. Setiap kali ia datang kepada Nabi saw dimana ia mengucapkan salam kepada Nabi saw, maka Nabi saw bersabda: "Dan untukmu juga. Kembalilah lantas kerjakanlah solat, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Maka orang-orang (yang ada di situ) bingung dan menganggap berat bahawa orang yang meringankan (mempercepat) solatnya bererti ia belum solat. Kemudian pada akhirnya orang Badui itu berkata: "Maka beritahukanlah, dan ajarilah saya; kerana sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang boleh benar dan boleh salah." Beliau bersabda: "Baiklah, apabila kamu mendirikan solat maka berwuduklah sebagaimana wudhuk yang Allah perintahkan kepada mu, kemudian bacalah tasyahhud (doa sesudah wudhuk) lantas dirikanlah solat. Apabila ada Quran padamu (maksudnya kamu hafal ayat-ayat Al-Qur'an) maka bacalah. Jika tidak, maka bacalah hamdalah, takbir dan tahlil. Kemudian rukuklah maka tenanglah (thuma'ninah) dalam rukuk itu, kemudian bangkitlah (i'tidal) dengan berdiri tegak, kemudian sujudlah maka tegaklah dalam sujud, kemudian duduklah maka tenanglah (thuma'ninah) dalam duduk itu, kemudian berdirilah. Apabila kamu mengerjakan yang demikian itu maka sempurnalah solatmu, akan tetapi bila kamu mengurangi sedikit saja dari yang demikian itu maka solatmu itu kurang, dan tidak akan diterima seluruhnya." Ia berkata: "Dalam hal ini ada hadis dari Abu Hurairah dan 'Ammar bin Yasir." Abu 'Isa berkata: "Hadis Rifa'ah bin Rafi' itu adalah hadis hasan". Hadis ini diriwayatkan pula dari Rifa'ah bin Rafi' itu adalah hadis hasan". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0301]

  • solat sahabat itu tidak sah kerana tiada tomakninah. Dia bersolat di mana Nabi Muhammad saw menjadi hakim solat yg dilakukannya. Utk kita hari ini, Rasulullah saw sudah tiada tetapi ilmu shj yg menjadi hakim.

- kadar bacaan suara makmum dlm solat perlulah didengari oleh telinganya sendiri
  • Menjadi makhruh ie sehingga org ke2 di kiri atau org ke2 di sebelah kanan saf boleh dengar bacaan. 
  • Menjadi haram sekiranya bacaan boleh didengar oleh jemaah yg berada di kedudukan ke3 sebelah kiri atau sebelah kanan.

- 21 perkara menjadi syarat sah takbiratul ihram:

1 ) Ditakbir (dilafaz) dengan bahasa Arab (hal keadaan) bagi orang yang kuasa (mampu) (bertutur) dengan dia (bahasa Arab), dan jika tiada (kuasa) (nescaya) diterjemah akan dia (takbiratul ihram) dengan barang apa bahasa ada ia (walau apa pun bahasa selain bahasa Arab).

2 ) Dan dengan lafaz الله

3 ) Dan dengan lafaz أكبر

4 ) Dan dengan tertib antara keduanya (dahulukan lafaz الله sebelum lafaz أكبر )

5 ) Dan pada ketika berdiri (betul) (bagi yang mampu berdiri) pada sembahyang fardhu.

6 ) Dan ketiadaan mad (panjang 2 harkat atau lebih, mesti dibaca pendek iaitu satu harkat sahaja) akan hamzah (wasol) lafaz الله

*satu alif = 2 harkat

satu harkat = 2 gerak anak jari buka dan tutup dari genggaman.

8 ) Dan ketiadaan mad akan ba’ أكبر

*contoh : أكبار

9 ) Dan ketiadaan tasydid akan dia (ba’ أكبر)

*contoh: أكبّر

10) Dan ketiadaan menambah wau sakin atau yang berbaris antara 2 kalimahnya ( الله dan أكبر ).

*contoh: اللهو أكبر

الله وَأكبر

11) Dan ketiadaan wau dahulu daripada lafaz الله

*contoh: والله

12) Dan ketiadaan menukar hamzah (أكبر) dengan wau.

*contoh: الله وكبر

13) Dan ketiadaan menukar kaf أكبر itu dengan hamzah (أكبر)

*contoh: كأبر

14) Dan ketiadaan memanjang akan alif yang antara lam dan ha’

(الله) itu lebih daripada 14 harkat.

15) Dan ketiadaan diam yang panjang antara dua kalimahnya (takbiratul ihram) iaitu diam yang lebih daripada kadar bernafas dan penat atau diam yang pendek yang diqosad dengan dia memutus akan takbirnya.

16) Dan memperdengar akan dirinya akan sekelian hurufnya

17) Dan masuk waktu

18) Dan padahal menghadap qiblat

19) Dan dita’khir akan dia (takbiratul ma’mum) kemudian daripada takbiratul ihram imamnya pada hak makmum

20) Dan ketiadaan mempaling akan dia daripada takbiratul ihram kepada takbir yang lain daripadanya

21) Wajib dimuqoronah ertinya diserta akan niat sembahyang itu dengan dia (takbiratul ihram).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

No comments: