Saturday, February 4, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Rabu 25-Jan-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22

{ يَكَادُ ٱلۡبَرۡقُ يَخۡطَفُ أَبۡصَٰرَهُمۡۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوۡاْ فِيهِ وَإِذَآ أَظۡلَمَ عَلَيۡهِمۡ قَامُواْۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَٰرِهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

- sifat org² munafik bila dia berjanji, dia berjanji dgn nama Allah, tetapi sebenarnya mereka mempermain-mainkan janji tersbt.
- Rasulullah saw melarang dlm muamalat utk bersumpah dgn nama Allah. Penjual banyak menggunakan sumpah utk melariskan jualan mereka. Mereka mempermainkan nama Allah dlm urusan perniagaan
- Allah membiarkan org² munafik dgn pancaindera mereka, walaupun xxx
- dari ayat ke8 hingga ke20 ini disebutkan sifat² org munafik, supaya kita muhasabah diri agar tidak memiliki atau melakukan sesuatu yg menyerupai sifat org² munafik.

Ayat 2:21 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

- manusia di sini merujuk kpd org² Islam, musyrikin dan org kafir.
- "Kho la ko" bermaksud Tuhan yg menciptakan daripada tiada kpd ada, dan juga ratusan, ribuan generasi manusia sebelum itu.

Ayat 2:22 (klik sini)
{ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

- Jangan jadikan tandingan atau seteru kpd Allah.
- Golongan musyirikin Mekah apabl ditanya siapakah yg menjadikan alam ini, mereka kata Allah. Namun apbl diseru supaya sembah Allah, mereka ingkar sebaliknya sembah patung² berhala.

Kesimpulan:
1. Gambaran kpd org² munafik yg mana mereka beriman utk kepentingan diri mereka.
2. Alllah menumbuhkan dan memberikan rezeki kpd manusia.


Nota Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25 (klik sini)

No comments: