Saturday, February 4, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25

- us Dr Zawawi Ismail kuliah Maghrib Khamis 2-Feb-2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:23 hingga 25

{ وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ }

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

- syak sekiranya wujud keraguan shj.
- ganti nama "na" ie Kami adalah Allah hendak menunjukkan Kekuasaan-Nya
- Al-Quran itu diturunkan utk memuliakan umat Nabi Muhammad.

Ayat 2:24 (klik sini)
{ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ }

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

- ayat ini diturunkan di Madinah. Org² Arab Mekah lebih hebat bahasa Arab mereka. "لَّمۡ " merujuk kpd perkara yg tidak boleh dibuat sebelum ini, "لَن تَفۡعَلُواْ" sekarang dan pd masa akan dtg, juga tidak akan berlaku (ie tidak boleh bawakan satu surah utk tandingi Al-Quran).

Ayat 2:25 (klik sini)
{ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا قَالُواْ هَٰذَا ٱلَّذِي رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَٰبِهٗاۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٰجٞ مُّطَهَّرَةٞۖ وَهُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ }

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

Abu Aswad al-Duali
- pd Zaman saidina Uthman, Islam berkembang hingga ke India. Saidina Uthman berijtihad himpunkan mushaf Al-Quran utk disalin semula dan diverify oleh para hafiz, menjadikan buku naskah Al-Quran. Kemudiannya 7 salinan diagihkan. Namun versi Al-Quran ini masih tiada baris dan titik, menjadikan org² bukan Arab tidak dpt membacanya. Titik dan baris dikategorikan sebagai "ikon", Abu Aswad al-Duali adalah tokoh Islam yg berusaha meletakkan titik dan baris menjadikan Al-Quran yg ada hari ini dan pada masa akan dtg boleh dibaca oleh bukan hanya kpd org² Arab.

- Al-Quran menjadikan otot² muka bergerak, maka org yg membaca Al-Quran menjadikan wajah mereka berseri dan nampak muda.


Nota Kuliah Berkaitan:
  • Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:20 hingga 22 (klik sini)

No comments: