Tuesday, May 29, 2018

Muhasabah Diri Sempena Ramadhan

- tazkirah Suboh Selasa 29-Mei-2018 (12 Ramadhan 1439H)

- Petikan dr 2 ayat yg dibacakan oleh imam, ada kaitan dgn 3 ayat yg akan dibincang:

Surah An-An'am Ayat 6:15 (klik sini utk paparan ayat)

قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".

Ayat 6:16 (klik)

مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata.

- Kaitan dr ayat yg dibaca bhw setiap perbuatan manusia akan dipertontonkan di Akhirat nanti, spt dijelaskan dlm ayat 30 surah Ali-Imran.

- Surah Ali-Imran Ayat 3:30 (klik)

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.

- kita akan menyesal dan malu pd ketika itu dan merasa hendak melarikan diri dr tempat dipertontonkan segala perbuatan yg kita lakukan.

- Lihat juga ayat berikut, di mana perbuatan manusia walau sekecil biji zarah yg tersorok (dr pandangan org lain), walau terpencil (hanya pelaku shj yg tahu), maka ianya akan tetap dibentangkan oleh Allah di Akhirat nanti.

Surah Lukman Ayat 31:16 (klik)

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

- disebutkan juga dlm ayat berikut, walau sekecil zarah (atom) ianya tetap akan dibentangkan.

Surah Al-Zalzalah Ayat 99:7 (klik)

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Ayat 99:8 (klik)

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

- dr ayat² yg di atas, maka ada keperluan utk kita melakukan muhasabah diri.

Surah Al-Hasr Ayat 59:18 (klik)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

- Kelebihan muhasabah:

  1. kenalpasti kelemahan diri kita, dan berusaha utk tidak mengulangi.
  2. kenalpasti kelebihan yg tlh dilakukan dan berazam utk terus melakukan, dan berazam utk melipat gandakan usaha pd masa hadapan.
  3. jika kita melakukan kesalahan/kemaksiatan kpd Allah, maka kita berpeluang utk membetulkan keadaan kita utk keluar dr kesilapan/kemaksiatan kpd Allah, dan bertaubat.

Surah Ali-Imran Ayat 3:135 (klik)

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


- Apa yg perlu kita muhasabah dlm bulan Ramadhan?

1. Niat

  • adakah puasa kita itu kerana ikutan tradisi, atau malu kpd kawan?. Adakah kerana bulan Ramadhan, atau adakah kerana amalan bermusim?
  • perbetulkan niat kita utk segala amalan yg dilakukan kerana Allah utk mencari keredaanNya.

2. Tadarus Al-Quran

  • antara tujuan tadarus utk memperbetulkan bacaan dan hukum tajwid bacaan kita.
  • maka kita dituntut utk menimba ilmu utk memastikan kita melakukan amalan dgn cara yg betul.

3. Hawa nafsu

  • hadis: pd bulan Ramadhan syaitan dibelenggu.
  • tafsiran #1 syaitan dibelenggu dr menggoda manusia utk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.
  • tafsiran #2 semua syaitan dibelenggu dr mengganggu manusia.
  • tafsiran #3 hanya syaitan ketua shj dibelenggu manakala syaitan dr kalangan kecil tidak dibelenggu.

maka setelah syaitan dibelenggu, manusia tinggal bersama hawa nafsu. Jika kita melakukan kemaksiatan pd bln Ramadhan bermakna kita tlh tunduk pd kemahuan nafsu kita sendiri (inner).

4. Amalan yg tertinggal

  • peluang utk memperbaiki amalan yg tidak sempat dilaksanakan atau yg tidak kesampaian (pd Ramadhan thn lalu).

5. Penambahbaikan

  • tingkatkan amalan spt khusyuk dlm solat, tingkatkan nilai amalan spt infaq dan sedekah, kekerapan baca Al-Quran, membaca tafsiran.
  • jaga anggota kita dr melakukan kemaksiatan, jaga pandangan mata, jaga kata-kata (dlm percakapan dan komunikasi maya - apps sosial)
  • elak pembaziran, jaga adab ketika berbuka puasa agar tidak membazir.
  • rasa dekat dgn Allah. Adakah Ramadhan ini kita rasa dekat dgn Allah berbanding Ramadhan thn lalu?

No comments: