- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 3-Ogo-2024
Sahabat Rasulullah: Habib bin Zaid bin A'sim Al-Ansari
- masuk Islam semasa masih kecil. Dia tidak sertai Perang Badar dan Perang Uhud kerana usianya yg sgt muda.
- Dia memeluk Islam semasa Perjanjian Aqabah ke2 (tahun ke 12 kerasulan Nabi Muhammad saw). Rombongan 70 org dari Yathrib ada sebuah keluarga Zaid, Habib, saudara lelakinya (Abdullah bin Zaid), ibunya dan ibu saudaranya datang bertemu Rasulullah saw. Keluarga Habib telah memeluk Islam hasil dari Perjanjian Aqabah pertama, yg mana Rasulullah saw mengutuskan utusan utk mengajarkan Islam kpd penduduk Yathrib ie Mus'ab bin Umair.
- Catatan kuliah:
- Semasa Peperangan Uhud, keluarga Habib terlibat sama. Ibu Habib ie Musaibah binti Ka'ab, membantu di barisan belakang dlm memberikan bantuan kpd pasukan tentera. Namun dikatakan terdapat 13 kesan luka pd tubuh Musaibah, membuktikan dia juga turut berjuang dlm peperangan.
- Abdullah juga terlibat dlm perang Uhud, dgn menyertai benteng mempertahan Rasulullah saw. Abdullah bin Zaid terlibat dlm Perang Yamamah dan syahid dlm peperangan itu.
- Pd tahun ke 9 hijrah ie di gelar tahun Ummul Ufud, ie kabilah² arab dtg ke Madinah utk memeluk Islam, ada juga dtg utk belajar Islam. Pd tahun ke9 itu kerajaan Islam pimpinan Rasulullah saw berkembang dan kuat, maka banyak golongan² arab yg ingin menyertai pihak Islam, dan berpihak kpd pihak yg kuat.
- Bani Hanifah dtg dgn satu rombongan dan berkhemah di pinggir Madinah. Bani Hanifah tinggal di tengah padang pasir kawasan tengah² arab. Setelah bertemu Rasulullah saw dan mempelajari Islam, mereka pulang ke perkampunagn bani Hanifah. Dlm rombongan itu, Musailamah al-Kazzab ditugaskan menjaga khemah ketika mana rombongannya keluar masuk ke Yathrib mempelajari Islam.
Nabi Palsu:
- Apbl rombongan Bani Hanifah pulang ke perkampungannya, Musailamah al-Kazzab, yg tidak pernah bertemu Rasulullah dan mempelajari Islam secara langsung dari Rasulullah, selepas pulang dia menggelar dirinya sebagai nabi. Ramai juga penduduk bani Hanifah yg mengikutinya. Musailamah juga mengirimkan surat kpd baginda Rasullah saw, dan menghantar 2 org utusan membawakan suratnya, mengatakan:
- Separuh bumi adalah miliknya, dan sebahagian lagi dimiliki Quraisy (merujuk kpd Rasulullah), namun orang Quraisy membolotnya.Maksud surat Musailamah al-Kazzab, Rasulullah menjadi nabi di sebahagian bumi, dan dia sebagai nabi sepatutnya diberikan sebahagian lagi bumi, tetapi perkara ini tidak berlaku.
- Rasulullah saw bertanyakan kpd ke2-2 utusan Musailamah dan bertanyakan pendirian mereka. Utusan itu mengatakan perkara yg sama spt isi kandungan surat Musailamah. Jawab Rasulullah, jika bukan kerana adanya aturan Islam, ingin sahaja kepala mereka dipenggal.
- Rasulullah benarkan 2 utusan itu pulang ke bani mereka.
- Setelah beberapa ketika, Rasulullah saw mengutuskan surat kpd Musailamah al-Kazzab, berbunyi,
- daripada Muhammad Rasul Allah kepada Musailamah si penipu besar, salam dan selamat kepada mereka yg mengikut Islam. Bumi ini adalah milik Allah, Dia akan mewariskan bumi ini kepada sesipa yang dikehendakiNya, dan pengakhiran yg baik itu adalah utk yg bertakwa kpd Allah.
- Surat ini disampaikan oleh Habib bin Zaid. Mungkin ketika itu Habib berumur dlm belasan tahun, berjumpa dgn musuh Islam yg berani mengaku sebagai nabi.
- Habib ditangkap dan diikat. Berbeza cara Rasulullah melayani utusan yg dihantar oleh Musailamah bertemu Rasulullah. Pada keesokkan Musailamah bertanya kpd Habib, wahai anak muda adakah bersaksi bhw Muhammad itu nabi. Jawab Habib, ya aku bersaksi bhw Muhammad itu rasul Allah. Musailamah bertanya adakah Habib bersaksi Musailamah sebagai nabi. Jawab Habib, ada benda dlm telinganya, yg menyebabkan dia tidak dengar apa yg disebutkan oleh Musailamah. Musailamah perintahkan penyiksanya memotong anggota badan Habib, maka bergolek anggota badannya jatuh. Selepas itu ditanya lagi adakah Habib bersaksi bhw Musailamah itu nabi, Habib menjawab tidak dengar apa yg disebutkan. Penyiksa Musailanah kemudiannya diarah memotong anggota badan yg lain. Penyiksaan ini berterusan hinggalah Habib syahid.
- Peristiwa ini tidak dapat diperangi kerana berlaku di akhir hayat Rasulullah.
- Setelah kewafatan Rasullah, Khalifah Abu Bakar as, menghantarkan tentera Islam memerangai Musailamah nabi palsu. Pd ketika itu tentera Musailamah berjumlah 40 ribu. Tentera muslimin sekitar 13 ribu orang.
- Ramainya pengikut Musailamah ketika itu adalah kerana bersifat perkauman. Jawapan pengikut² Musailamah adalah mereka menyanjungi kabilah Robiah berbanding kabilah Mudar. Susur galur Nabi Muhammad ada moyang bernama Mudar.
Kematian Musailamah, nabi palsu:
- Wahsyi bin Harb berjaya membunuh Musailamah. Dlm peperangan itu ibu Habib dan saudaranya ie Abdullah.
Wahsyi sebelum keislamannya membunuh dan mencacatkan jasad saidina Hamzah. Selepas keislamannya, dia berasa bersalah dan dgn dapat membunuh Musailamah dia berasa lega kerana dapat membunuh seorang musuh Islam.
- Catatan kuliah
- Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib (klik sini)
No comments:
Post a Comment