Monday, February 2, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:25 hingga 28

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib isnin 2-Feb-2015

Surah An-Naziat ayat 79:25 hingga 28 


Ayat 79:25 (klik sini utk paparan ayat)


(فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ) 

Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

Allah menjanjikan 2 azab, ie azab akhirat dan azab dunia. Kenapa azab akhirat dijanjikan terlebih dahulu dr azab dunia, adalah kerana kehebatan dan tempoh azab yg dikenakan ke atas firaun di akhirat mengatasi azab di dunia.


Ayat 79:26 (klik sini utk paparan ayat)

 

(إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ) 

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

Siksaan yg diberikan ke atas firaun sengaja Allah ceritakan dlm Al-Quran, supaya ianya menjadi pengajaran kpd manusia ie kita!

Firaun di akhir hayatnya ketika dilambung oleh ombak laut, mengakui kelemahannya dan ingin beriman dgn Tuhan nabi Musa. Diketika ini Firaun kembali kpd fitrah manusia ie berserah kpd Allah.

Allah ujikan manusia dgn kepayahan, kesakitan kemiskinan utk menguji keimanan hambanya.


Bila deadline utk bertaubat?
Hingga tiba masanya matahari terbit dr barat. Jika dibandingkan tempoh masa umur kita, kita tiada kepastian esok kita akan terus hidup. Suntuk dah, oleh itu perbanyakkan istighfar, kerana waktu yg dijanjikan oleh Allah kpd kita adalah sekarang.

Allah menjadikan jasad firaun yg tenggelam dlm laut, ditemui oleh umat nabi Muhammad, oleh Prof Maurice. Beliau membuat kajian kenapa jasad firaun tidak reput walau telah tenggelam dlm laut ribuan tahun yg lalu. Itulah janji Allah dlm Al-Quran bhw di jasad firaun itu ada imrah (pengajaran) tentang manusia yg sangat ingkar dan takabbur.


Surah Yunus Ayat 10:92

A092

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".


Ayat 79:27 (klik sini utk paparan ayat)

 

(أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا)  

(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

Dlm ayat 27 ini Allah tanyakan akal manusia, hebat manalah manusia ini berbanding langit yg diciptaNya. Apbl datang sifat2 kesempurnaan/ketakburan dlm diri manusia, manusia mula lupa dan mengingkari perintah Allah.


Ayat 79:28 (klik sini utk paparan ayat)

 

(رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا) 

Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

Ayat ini minta manusia melihat langit ciptaanNya, maka kita akan dpt melihat kehebatan Allah dlm menciptakan suatu yg hebat.


Nota:
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat: