Saturday, October 8, 2016

Hidup sederhana

- us Shahrir kuliah Maghrib Sabtu 8-Okt-2016

Hadis:

Dari Ali bin Abi Thalib Ra.; "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair Ra .. dan tidak ada dibadannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata karana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kabah?. Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami di waktu itu lebih baik dari pada keadaan kami di hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat saja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki". Lalu Nabi saw bersabda, "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu". (HR. Tirdmizi)

- Mus'ab ketika sebelum memeluk Islam adalah dlm keluarga yg mewah. Namun setelah m dia memeluk Islam, maka dia dibuang oleh keluarganya.

- Dlm hadis ini, Rasulullah menerangkan bhw umatnya akan mendpt kemewahan dlm kehidupannya., pakaian bersilih ganti, makanan bertukar hidangan. Dlm keadaan itu menunjukkan kemewahan yg berlimpah-ruah. Dlm keadaan itu sepatutnya mudah utk melakukan ibadah kpd Allah. Walaubagaimanapun,  Rasulullah mengatakan keadaan kekurangan adalah lebih baik dr berada dlm keadaan kemewahan.

- Kemewahan selalunya menyibukkan kita utk mengumpulkan harta dan kekayaan. Hinggalah dia mati. (manusia lalai hinggalah apbl dia telah mati baru dia sedar dia sudah tiada peluang utk bertaubat).

- Rajinlah bersedekah utk mengutip hasilnya selepas kematiannya.

- Setiap harta yg dikumpul akan di tanya oleh Allah, dr mana dtgnya dan utk apa ia digunakan.

- 3 golongan yg akan disambar oleh api neraka:
(i) Meninggalkan solat
(ii) Membuat berhala
(iii) Menyembah barhala

- Hadis Rasulullah, Org yg berada dlm alam berzah, maka pemikirannya akan dikembalikan spt semasa hidupnya (ie adalah sama spt sewaktu hidupnya).

No comments:

Post a Comment