Sunday, December 25, 2016

Tayammum

- kuliah Maghrib Ahad 25-Dis-2016

Kitab Riyadus Solihin - Hal Tayammum

- perkara-perkara wajib tayammum:
  1. Menepuk debu atau memindahkan debu ke tapak tangan
  2. Berniat
  3. Menyapu muka (sepenuhnya)
  4. Menyapu dua (2) tangan hingga ke siku
  5. Tertib.

- perkara-perkara sunat tayammum
- segala yg disunat berwuduk maka disunatkan utk bertayammum spt:
  • Membaca basmallah
  • Mengadap qiblat
Kecuali
  1. mengulang 3 kali (utk sapuan muka dan tangan)
  2. Menyelat janggut

Tambahan 5 perkara sunat ketika bertayammum:
  1. Merenggangkan jari ketika menepuk debu (memindahkan debu)
  2. Meringankan debu (tidak terlalu tebal debu itu)
  3. Tidak diangkat tangan hingga sempurna sapuan.
  4. Mencabut cincin jari.
  5. Membiarkan debu di anggota tayammum hingga selesai solat.

- sekiranya jari tidak direnggangkan ketika menepuk debu, maka menyejat-nyelat di antara jari adalah wajib hukumnya.

- tayammum utk solat fardu sah utk 1 solat fardu dan solat-solat sunat.
  • contoh: utk solat Zohor, tayammum itu sah utk menunaikan solat fardu Zohor dan solat-solat sunatnya. Apabila masuk waktu utk solat Asar, tayammum yg dilakukan utk solat Zohor tadi terbatal (kerana telah luput) dan perlu lakukan tayammun yg lain utk menunaikan solat fardu Asar.

Tayammum bagi pesakit
- hukum solat bagi org yg mempunyai balutan (spt simen, bandage, handiplast) pd anggota tayammum (ie muka atau kedua tangan), maka solat itu wajib di qadak. [sila rujuk kesimpulan yg dibuat oleh Imam Nawawi]

(a) kaedah berwuduk org yg ini adalah dahulukan tayammum, kemudian diikuti dgn wuduk menggunakan air, dgn meratakan air ke atas bhgn anggota wuduk yg tidak mempunyai balutan/bandage/simen.
  • sekiranya balutan berada pd anggota wuduk namun bukan pd mana-mana dua (2) anggota tayammum, (ie muka dan tangan) maka solat yg ditunaikan tidak perlu diqadak.

  • namum Imam Nawawi menyimpulkan bhw solat yg dilakukan dlm waktunya walaupun anggota tayammum itu mempunyai balutan, maka tidak perlu solat itu diqadak. Adapun solat yg dilakukan diluar waktunya, maka ia mestilah diqadak.

Tiga (3) perkara yg membatalkan tayammum:
1) apa2 juga perkara yg membatalkan wuduk
  • (a) jika tayammum itu adalah utk berhadas besar, maka selepas dr tayammum itu berlaku perkara2 yg membatalkan wuduk, maka tayammum utk hadas besar itu tidak batal.
  • (b) jika tayammum itu adalah utk berhadas kecil (ie berwuduk)

2) org yg melakukan riddah (ie murtad).

3) sangkaan wujudnya air (ie bagi yg bertayammum utk berhadas kecil / wuduk)
  • (a) jika dia bersangka itu sebelum melakukan takbiratul ihram, maka batal tayammum nya.
  • (b) jika dia belum bersolat, namun ada penghalang (spt binatang buas/berbisa/perompak), maka tidak tertabal tayammum.
  • (c) jika setelah masuk solat, dan berandaian air telah ada (spt dengar bunyi deruan air paip), maka tayammum nya tidak terbatal dan solatnya sah.

No comments:

Post a Comment