Sunday, January 8, 2017

Budaya Amar Maaruf Nahi Mungkar

- Kuliah Maghrib Ahad 8-Jan-2017
Budaya Amar Maaruf Nahi Mungkar

- Pentingnya ammar makruf dan nahi mungkar dihidupkan utk menegur dan memberi nasihat kpd kalangan ahli keluarga, jiran dan org yg berada disekeliling

Surah Ali-Imran Ayat 3:110 (klik sini utk paparan ayat

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

mungkar...

- Surah At-Taubah Ayat 9:71 (klik sini

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Dlm 2 ayat itu Allah meletakkan ammar maaruf dan nahi mungkar mendahului perkara² keimanan.

- ulamak bersetuju bhw tugas mengajak manusia kpd kebaikan dan meninggalkan kemungkaran yg ditugaskan kpd para nabi dan rasul itu adalah ammar maaruf dan nahi mungkar.

- sifat org² yg beriman
  1. Org yg tunduk hormat kpd Allah
  2. Org yg menuju kpd Allah
  3. Org yg rukuk kpd Allah
  4. Org yg sujud kpd Allah
  5. Org yg ammar maaruf dan nahi mungkar

- sifat org yg munafik yg lelaki dan yg perempuan adalah saling kukuh-mengukuh yg melarang perkara maaruf dan menggalak perkara yg mungkar.

- sifat org soleh ie mereka beriman kpd Allah dan beriman kpd hari akhirat, mereka menyuruh kpd ammar maaruf dan nahi mungkar dan mereka bersegera melakukan kebaikan. Mereka itulah org yg soleh.

- sensitiviti kpd yg maaruf dan yg mungkar itulah yg dititik-beratkan. Ubahlah dgn tangan (kuasa), xxx , selemah-lemah iman adalah dgn membenci kemungkaran yg dilihat itu.

- umat yg terbaik adalah:
  1. Ammar maaruf nahi mungkar, dan
  2. Beriman kpd Allah

- umat terbaik pd masa lampau pernah diberikan kpd Bani Israel, antaranya
  • (i) dikurniakan para Nabi dan Rasul yg ramai dikalangan mereka
  • (ii) kerajaan yg paling baik dan unggul.

- apa punca kerajaan / bangsa yg pernah diberikan kemajuan akhirnya dilaknat, adalah kerana:

a) mereka tidak mengamalkan ammar maaruf dan nahi mungkar. Cegah-mencegah kemungkaran dikalangan mereka (ie Bani Israel).

- Bila dikukuhkan kekuasaan mereka di muka bumi, Allah perintahkan
a) mendirikan solat
b) mengeluarkan zakat
c) menggalakkan yg maaruf dan
d) meninggalkan yg mungkar

- pahala yg begitu besar diberikan kpd mereka yg melakukan ammar maaruf dan nahi mungkar:
a) menyuruh manusia kpd yg maaruf dan nahi mungkar
b) menyuruh manusia kpd menderma
c) mendamaikan di antara manusia

- Allah tidak ampunkan org yg syirik, tetapi dlm sesetengah perkara yg lain Allah ampunkan dosa seseorg apbl:
a) berpuasa
b) menunaikan solat
c) mengeluarkan sedekah dan
d) melakukan ammar maaruf dan nahi mungkar.
  • Kezaliman yg dilakukan oleh seseorg, maka takutlah fitnah yg dijanjikan akan diturunkan bencana kpd org itu dan mereka disekelilingnya.

- Kisah Bani Israel, mereka tidak dibenarkan oleh Allah utk menangkap ikan pd hari Sabtu.
Ada 3 golongan manusia pd kisah ini:
  • (i) yg menangkap ikan dan melakukan kesalahan dgn memasang pukat pd hari Jumaat dan mengambil hasil/ikan pd hari Ahad.
  • (ii) yg tidak menangkap ikan, tetapi menegur kemaksiatan (ie melanggar perintah Allah supaya tidak menangkap ikan pd hari Sabtu).
  • (iii) yg tidak menangkap ikan, tetapi tidak menegur mereka yg melakukan kemaksiatan.

Akibatnya Allah selamatkan mereka yg dlm golongan ke-2.

- Apbl kemaksiatan berleluasa dlm masyarakat, walau ada org yg soleh dikalangan mereka, maka mereka (ie masyarakat itu) akan dihancurkan.
  • kalau ditakdirkan ada seorg lelaki yg berpuasa pd waktu siang, dan solat pd waktu malamnya, tetapi tidak melakukan ammar maaruf dan nahi mungkar; wajahnya tidak berubah walau kemaksiatan dilakukan dihadapannya, maka dia berada sangat jauh dgn Allah.

- Hati yg hidup adalah seseorg itu tidak berdiam diri apbl melihat kemungkaran dilakukan di hadapannya.
  • Apbl berlaku satu kemungkaran, maka perlu ada yg mencegahnya. Ini menjadikan ammar maaruf dan nahi mungkar itu suatu yg fardu kifayah. Namun sekiranya tidak ada org yg melakukan perkara pencegahan itu, maka menjadi fardu ain kpd diri kita utk mengambil tindakan itu.

- kewajipan melakukan ammar maaruf dan nahi mungkar boleh jadi menaik hingga kpd tanggungjawab pemerintah utk melaksanakannya. Boleh jadi juga kewajipan itu terletak ke atas diri kita sekiranya pemerintah dan org² di bawahnya tidak melakukannya.
  • pengistiharan jihad, melaksanakan hudud masih diletakkan di bawah tanggungjawab pemerintah. Rakyat tidak boleh mengambil tindakan sendiri mengisyitiharkan jihad atau mengamalkan hudud kerana pihak pemerintahan tidak melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment