Sunday, February 5, 2017

Dosa Besar ke-23 Mencuri

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 5-Feb-2017

- utk menjadi org yg dicintai oleh Allah dan penduduk langit, maka kita mesti mengetahui perkara2 yg tidak disukai oleh Allah, yg berdosa jika dilakukan.

- kalau seseorg itu meremeh dosa2 (kecil) maka dia telah melakukan perkara besar.

- barangsiapa yg hendak menjaga hati maka dia mesti mata (ie pandangan mata).

Dosa Besar ke-23 Mencuri

- mencuri itu maksudnya mengambil hak/harta org lain.

- org yg dicuri hartanya, maka dia adalah teraniaya. Org yg teraniaya itu tiada hijab di antara dia dgn Allah utk doanya.

- Rasulullah mengajarkan utk org yg ditimpa musibah:
(i) ucapkan Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
(ii) berdoa kpd Allah supaya dikurniakan perkara yg lebih baik dr yg telah dicuri/hilang.

- org yg mencuri yg telah diadili dgn adil, maka dia perlu dipotong tangannya.
(a) dlm keadaan di mana mencuri itu disebabkan kesesakan/kesempitan hidup, sedangkan masih ada lagi org yg mencuri secara terancang (spt mencuri harta kerajaan), maka si pencuri ini tidak boleh dikenakan hukum potong tanngan (mengikut hukum hudud), sebaliknya dikenakan hukuman denda kerana melakukan perbuatan mencuri.

(b) hukum hudud itu adil, bukannya terus menghukum pesalah tanpa diselidik dan  dibicara dgn adil.

Perkara2 yg perlu diambil kira:
(i) nilaian harta yg dicuri hingga membolehkan dikenakan potong tangan adalah satu per empat (1/4) dinar emas.

(ii) perlu dikaji sama ada harta itu dijaga atau tidak.
- jika harta yg dicuri itu tidak dijaga atau disimpan dgn cara yg baik oleh tuan punya, maka tidak boleh dijatuhkan hukum potong tangan.

(iii) perlu dilihat kpd keadaan si pencuri.
- adakah si pencuri dlm keadaan terdesak? Jika ia, maia tidak boleh dijatuhkan hukum potong tangan ke atasnya.

(iv) perlu dilihat/dikaji kpd saksi.
- adakah saksi itu melihat perbuatan mencuri itu? Adakah saksi itu bercakap benar?

- yg paling penting dlm menjalankan hukum hudud adalah keadilan.

Orang muflis di akhirat
- pencuri itu walaupun dia telah bertaubat di atas perbuatannya, tidak bermakna taubatnya kecuali dia memulangkan semula barang/harta yg dicuri itu. Kerana di Akhirat nanti tuan punya harta/barang itu akan menuntut semula harta/barang/haknya,

- pd hari akhirat byrn ganti rugi adalah pahala. Jika habis pahala telah diberikan kpd org lain, maka org yg mencuri itu menanggung dosa org yg dicuri. Keadaan ini dikatakan "org muflis".

No comments:

Post a Comment