Friday, February 10, 2017

Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid

-us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 10-Feb-2017
Pembahagian Harta Mengikut Hukum Faraid

Surah An Nisa Ayat 4:11

(يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- Kes #1 selepas bercerai (bekas) isteri menuntut semula harta nafkah yg diberikan kpd suami semasa tempoh perkahwinan.

(a) suami yg takutkan termakan harta yg tidak halal sumbernya, maka dia mencari jalan utk membayar jumlah harta yg dituntut oleh bekas isteri.

(b) isteri yg baik adalah yg redho dan tidak mengungkit perkara2 juga sumbangan dan bantuan harta kpd suami dengan maksud membantu suami menyara keluarga (mungkin juga isteri mempunyai pendapatan yg lebih besar dr pendapatan suami).

- tanggungjawab suami adalah menyediakan tempat tinggal (rumah), dan menyara keluarga. Manakala isteri menjaga keadaan rumah, menghidangkan/memasak makanan, mengemas rumah, menyebabkan keeratan dan kasih-sayang.

(a) isteri yg pandai masak menyebabkan suami lebih byk masa berada di rumah. Manakala isteri yg byk bergantung kpd makanan yg dibeli di luar/restoran, maka pujian suami beralih kpd kepandaian tukang masak restoran, mungkin akan menyebabkan isteri terasa hati. Oleh itu isteri perlu melengkapkan kemahiran diri utk berusaha memikat suami dgn memasak sendiri.

- Hibah
(a) hibah yg diberikan kpd anak, boleh dibatalkan oleh si ayah (semasa si ayah masih hidup)
(b) hibah yg diberikan kpd seseorg yg bukan dr salah seorg anak, maka ianya tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan (selepas dr kematian si ayah).

No comments:

Post a Comment