Saturday, March 4, 2017

Kawan kita orang fasik?

- us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 4-Mac-2017

Surah Al-Hujrat Ayat 49:6

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

- dimaksudkan org yg fasik ini adalah org yg sangat suka membawa cerita palsu.

- tahap org yg sebegini (fasik) adalah yg paling ringan. Apatah lagi berita yg dibawa, disampaikan, disyarahkan oleh org yg zalim. Lebih-lebih lagilah berita, maklumat yg dibawa, diucapkan oleh org kafir.

- Allah ajarkan bhw serapat-rapat org yg membawa berita adalah dikalangan kawan/kenalan.

- Jika kita berkawan rapat dgn org yg fasik, maka kita mungkin:

(1) terikut2 dgn apa yg dilakukan, dibawakan oleh kaawan/kenalan yg fasik
(2) merelaka apa yg dilakukan oleh mereka ie kenalan yg fasik
(3) membuka ruang utk oita melakukan kemaksiatan kpd Allah, kerana percaya bhw kenalan kita itu melakukan, menyampaikan perkara yg benar.

- Allah suruh kita pastikan kawan, jiran, ketua kita, pemimpin kita, adakah mereka itu org yg fasik (atau zalim atau kafir). Jangan terima bulat-bulat apa yg dibawa, yg disampaikan, sebaliknya selidik dahulu sebelum menerima berita tsbt. Begitu juga utk disampaikan/forward kpd org lain(sama ada secara lisan, mahupun elektronik).

No comments:

Post a Comment