Friday, March 10, 2017

Tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa

- us Dato'Zaidi Kuliah Maghrib Jumaat 10-Mac-2017

- dlm undang2 syariah, perderhakaan anak terhadap ibu bapa adalah suatu kesalahan yg berat. Namun tiada satu peruntukan utk disabitkan kesalahan anak yg menderhaka kpd ibu bapa.

- Apa yg ada hari ini adalah anak boleh mendakwa ibu bapa kerana tidak menunaikan (mengabaikan) tanggungjawab sebagai ibu bapa, spt tidak diberikan nafkah kpd anak utk menuntut ilmu.

- 4 perkara yg perlu dijaga bagi seorg anak terhadap ibu bapa:
(1) tempat tinggal ibu bapa
- di mana ibu bapa menetap? adakah rumah itu selesa, bersih dan selamat didiami
(2) makanan
- cukupkah makan dan minum ibu bapa
(3) pakaian
- cukupkah pakaian ibu bapa, adakah sesuai pakaian mereka dgn umur.
(4) kenderaan
- bagaimana keadaan kenderaan ibu bapa? Bolehkah kenderaan itu membawa mereka utk bergerak ke sesuatu tempat.

- tanggungjawab anak selepas ibu bapa meninggal adalah sentiasa mendoakan ibu bapanya (spt diampunkan dosa mereka, ditempatkan roh mereka dikalangan org beriman).

- jika kita mengharapkan anak2 utk menghormati kita, maka kita pastikan bhw kita menjaga ibu bapa. Balasan utk seorg anak berlaku baik kpd kedua ibu bapa, adalah anak2nya nanti akan berlaku baik terhadapnya nanti.

No comments:

Post a Comment