- Kuliah Suboh Sabtu 13-Mei-2017
Surah Al-Baqarah Ayat 2:275
(الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat 2:276
(يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Ayat 2:277
(إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
- perjanjian pinjaman modal mudah menjadi riba, spt:
(i) seorg meminjam rm50 ribu dan menjanjikan bhw jumlah yg dipinjam akan dipulangkan beserta dgn keuntungan (walaupun tidak dinyatakan jumlah yg akan diberi)
- transaksi ini menjadi riba kerana peminjam menjamin bhw jumlah modal akan dipulangkan semula, ie membuat jaminan dengan menjamin risiko yg dia akan hidup keesokan hari, juga risiko yg dia akan mendpt keuntungan dr jumlah yg akan dilaburkan/diniagakan/diuruskan.
- kaedah yg selamat adalah dgn pembahagian keuntungan kpd pemodal dan pengusaha.
Bhgn Pertama - Hutang (Currency)
- objek: Emas dan perak
- transaksi riba spt: tukaran 10g emas dgn 11g emas baru secara on-sport
- jual neli emas dgn benda selain emas pd tempoh tertunggak.
- pembelian emas mesti wujud objek emas tersbt, bukannya setakat rekod transaksi tanpa melibatkan objek emas. Bermaksud beli emas 10g dan direkod dlm buku akaun transaksi tsbt, namun objek emas disimpan di peti besi (cth bank penjual emas).
- harga yg dipersetujui semasa transaksi boleh dilunaskan dlmasa max 3 hari.
Bhgn ke2 - Commodity
- gandum, beras, jagung yg menjadi makanan asasi.
- transaksi menjadi riba bila:
(i) beli 10 tan gandum, tetapi byr balik 12tan gandum.
- Islam menggalakkan batter trade, barang ditukar dgn barang dgn jenis dan kuantiti yg sama.
- dinar dan dirham tlh diguna sebelum zan Rasulullah. Pd zaman Saidina Umar, ukuran dinar dan dirham diwujudkan.
Bhn ke3 Transaksi:
- apa shj pelaburan dlm Islam tidak boleh dijamin oleh peminjam. Wujudnya hibah bila adanya elemen ini:
(a) Fixed profit (spt monthly hibah) DAN
(b) modal terjamin (jumlah yg dipinjam dijamin akan dibyr balik pd jumlah yg sama).
-
Beza antara islamic financing dgn pinjaman (loan)
- tawaruk: bank beli komoditi
- bank islamik beli rumah dr pembeli dgn tempoh byrn tertentu.(bai inah).
- (musyarakah mutanakisah) harga rumah rm500 ribu, pembeli beli dan byr 10%, sementara bank byr 90%. Pembeli kemudiannya membayar kpd bank (seperti sewa) dlm jumlah yg ditetapkan d suatu tempoh tertentu. Dlm kes ini jumlah pegangan bank terhadap rumah itu berkurangan sementara pegangan pembeli meningkat. Hingga pegangan bank menjadi sifar.
No comments:
Post a Comment