Monday, May 1, 2017

Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 8:36 hingga 40

- us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 2-Mei-2017


Surah Al-Anfal Ayat 8:36 (klik sini utk paparan ayat)


(إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ)

Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.


a) bila kaum musyrik kalah dlm peperangan Badar,  beberapa org yg kalah, yg cedera adalah Abu Sufian. Kata Abu Sufian, sambil mengeluh kesal kerana Nabi Muhammad menyebabkan ramai ahli keluarga dan harta mereka musnah. Abu Sufian berkata kpd lain2 kaum kafir Quraisy utk memberikan harta (infaq) mereka utk membina kekuatan utk membalas dendam.

b) orang2 kafir berazam utk mengumpulkan (membelanjakan) harta, utk menghalang org ramai utk melawan/menentang Islam.

c) mereka (ie org kafir) akan terus berusaha melawan Rasulullah, dan Islam.

d) Sumbangan harta (spt infaq) mereka pd jalan yg salah. Pd mana2 zaman, org2 kafir akan bersatu mengumpulkan harta utk melawan Islam, membangunkan persenjataan utk melawan Islam.

e) Janji Allah, setiap peperangan tentera kafir terhadap Islam, mereka tidak menang, sebaliknya ditimpa penyesalan.


Ayat 8:37 (klik sini utk paparan ayat)


(لِيَمِيزَ اللَّهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىٰ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ)

Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.


a) Allah nak bagi sesuatu pengajaran yg jelas bhw dgn kekalahan tentera kafir Quraisy itu, manusia menilai bhw yg benar itu akan beroleh kemenangan.

b) Allah jadikan kumpulan yg kalah itu berselisihan antara satu sama lain.

c) Namun apbl utk menentang Islam, maka mereka itu (yahudi, dan nasrani) bersedia utk bersatu, utk menentang Islam.


Ayat 8:38 (klik sini utk paparan ayat)


(قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ وَإِنْ يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ الْأَوَّلِينَ)

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.


a) Sunnatullah umat2 terdahulu, tidak ada satu tentera kafir yg menang menentang Nabi dan Allah.


Ayat 8:39 (klik sini utk paparan ayat)


(وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ)

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.


a) perintah memerangai org kafir adalah utk membebaskan org Islam.


Ayat 8:40 (klik sini utk paparan ayat)

 

(وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَاكُمْ ۚ نِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ)

Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).


Kesimpulan:

a) pertembungan antara ugama Allah dgn  penentang ugama Allah masih berlaku, walau pun kini tiada lagi Nabi.

b) Dulu infaq harta bagi org kafir adalah utk bina kekuatan tentera. Kini musuh2 Islam membina teknologi utk melalaikan umat Islam utk leka dan jauh dari mengingati Allah.

No comments:

Post a Comment