Saturday, June 17, 2017

Tanda malam lailatulqadar

- tazkirah Ramadhan Sabtu 17-Jun-2017

1) takutkan Allah
-  kerana ada rasa dlm hati kita bhw amalan ibadah yg kita lakukan itu masih bersifat kurang

2) mengharapkan Allah Taala
- oleh kerana wujudnya rasa kekurangan dlm amalan, maka kita rasa amat2 mengharapkan belas kasihan Allah utk menerima amalan ibadah yg dilakukan.

Perintah utk menunaikan puasa adalah pd thn ke2 hijrah. Ayat suruhan menunaikan puasa itu diturunkan pd bln Syaaban.

Surah Al-Baqarah Ayat 2:185

(شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

- beriktikaf di masjid ie memberi tumpuan terhdp amalan di masjid, dlm 10 mlm terakhir Ramadhan. Amalan ini yg paling berat kerana meninggalkan keselesaan di rumah, dan beriktikaf dgn tidur seketika di masjid, bangkit dan menunaikan amalan ibadah.

-tanda kedatangan lailatulqadar:
a) org yg dekat dgn Allah, apbl dtg lailatulqadar, maka badan mereka bergetar
b) org lembut jiwanya hasil dr puasa di bln Ramadhan, maka mengalir air matanya pd mlm lailatulqadar.

- 3 tanda lailatulqadar:
a) tiada salakan anjing (di tempat kediaman yg byk anjing, akan lebih mudah utk cam tanda ini)
b) suasanya nyaman, tenang
c) pd keesokan harinya, matahari bercahaya dgn terang, tetapi tidak terasa panas bila kena kulit badan.

- apbl dtg lailatulqadar, maka bykkan amalan ibadah utk mengejar kehidupan akhirat, dan kurangkan amalan dunia.

- ada kemungkinan, sekiranya 1 Ramadhan jatuh pd hari Sabtu maka lailatulqadar itu jatuh pd mlm ke-23 Ramadhan.

No comments:

Post a Comment