Sunday, November 5, 2017

Muflis

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Ahad 5-Nov-2017

(a) melakukan kezaliman kpd org lain
- membuli org yg lemah, mengambil hak/harta org lain, menganiaya org lain.
- di Akhirat nanti, org yg dianiaya itu akan dtg menuntut gantirugi (atau harta) dr org ygenganiayanya di dunia dulu. Di Akhirat transaksi dakukan dgn balasan kebaikan ie pahala. Maka sedikit demi sedikit pahala ditolak dan diberikan kpd org yg tlh dianiaya. Barangsiapa yg pahalanya tlh habis maka dia dikatakan seorg yg muflis. Apbl tlh tiada pahala yg tinggal sedangkan masih ada lagi tuntutan hak dr org dianiaya, maka dia akan mengambil dosa2 dr org yg dianiaya. Akhirnya dia di masukkan ke dlm neraka.

- sewaktu meniti Titian Sirat, ada suara yg menyeru bhw org yg zalim tidak akan dpt melepasi Titian Sirat itu, dan tidak dpt masuk syurga.

(b) hadis, ada 5 golongan manusia yg Allah sangat murka ke atas mereka didunia ini dan akan dicampakkan ke dlm neraka.

1) iaitu pemimpin suatu kaum yg mengambil hak kaumnya,
- pemimpin dibayar gaji oleh rakyat, sebaliknya rakyat dicukai, ditindas, dizalim hingga rakyat rasa tertindas dan teraniaya.

2) ketua sesuatu kaum yg ditaati sepenuhnya, namun dia hanya memberi perhatian dan tumpuan kpd golongan tertentu shj.

3) Lelaki yg tidak menyuruh isteri dan anaknya mentaati perintah Allah, dan tidak mengajarkan mereka dgn ilmu ugama.

4) Lelaki yg mengupah org bekerja namun tidak dibayar upahnya.

5) Seorg lelaki yg mengahwini seorg wanita  dan menipu mas kawinnya.

No comments:

Post a Comment