- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Maghrib Ahad 19-Nov-2017
Sirah sahabat - Talhah bin Ubaidillah
Hadis Nabi, Nabi menghimpunkan 10 org sahabat yg dijanjikan syurga oleh Allah (walau mereka ketika itu masih lagi hidup), Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Abdul Rahman bin Auf,
1. Talhah adalah org Mekah berketurunan Quraisy yg antara org yg mula2 memeluk Islam. Ada kaitan dgn Abu Bakar dan juga Rasulullah secara keturunan, ie pada Taib ie moyang kpd Rasulullah.
2. kabilah Taib terkenal dgn tabiat suka bersedekah dan menolong org. Abu Bakar as-siddiq juga berketurunan bani Taib.
3. Talhah lahir 28 thn sebelum peristiwa hijrah. 25 thn lewat (muda) dr Rasulullah.
4. Tiada kisah Talhah ketika kecil mahupun remajanya.
5. Talhah berada di kawasan bernama Busra ketika kenabian Rasulullah. Ketika di Bursa rahib bertanya siapakah yg berasal dr Mekah, lalu Talhah bertemu rahib tsbt. Kata rahib itu dia bertanya adakah tlh muncul seorg Nabi di Mekah, Talhah tidak pernah mendgr dan mengetahui hal itu. Pesan rahib tsbt jika tlh muncul Nabi akhir zaman, jangan ikut ajaran yg di bawanya.
6. Apbl Talhah kembali dr berniaga di Busra dia mencari maklumat sama ada Nabi akhir zaman spt yg diceritakan oleh rahib itu. Hinggalah dia bertemu dgn Abu Bakar yg merupakan seorg ahli perniagaan yg hebat. Akhirnya Abu Bakar mengumpulkan 5 org termasuk Talhah utk bertemu Rasulullah dan mereka memeluk Islam.
7. Talhah berhijrah ke Madinah dgn meninggalkan segala harta perniagaannya. Dia berhijrah dgn membantu hijrah keluarga Abu Bakar as-siddiq, hinggalah mereka semua selamat tiba di Madinah.
8. Kehidupan Talhah di Madinah dipersaudarakan oleh Rasulullah dgn Abu Ayub al-ansari.
9. Semasa peperangan Badar, Talhah tidak mengikuti rombongan perang. Namun pd peperangan lain Talhah turut serta. Namun Talhah dan seorg lg ditugaskan oleh Rasulullah utk mengintip rombongan Abu Sufian yg akan pulang ke Mekah. Namun apbl dia kembali ke Madinah dia mendapati perang Badar tlh selesai. Rasulullah mengiktiraf sumbangan Talhah dlm peperangan Badar dgn diberikan rampasan harta perang. Apbl dia menerima harta rampasan dia bertanya kpd Rasulullah bagaimana dgn pahalanya, jawab baginda Talhah juga menerima pahala perang Badar.
10. Semasa Perang Uhud (thn ke 3 Hijrah), pd awalnya Rasulullah berhasrat utk berperang di dlm shj, namun baginda menerima cadangan para sahabat yg muda utk berperang di luar. Apbl tlh memakai pakaian besi baginda didatangi oleh golongan muda yg mencadangkan utkn berperang di luar. Mereka mohon maaf kpd Rasulullah kerana menyebabkan Rasulullah menukar strategi berperang dr di dlm ke luar.
(a) dr 1,000 tentera, Rasulullah meletakkan 300 org pemanah di bukit Uhud.
(b) Mus'ab dgn susuk tubuh spt Rasulullah tlh gugur syahid. Mus'ab ditugaskan membawa panji Islam.
(c) 11 org yg tinggal mengawal Rasulullah termasuk Talhah. Hinggalah Talhah org terakhir yg tinggal mengawal Rasulullah. Talhah dlm menangkis serangan tentera kafir, dia terkena tikaman tombak hingga jarinya hancur. Dia berjaya membawa Nabi ke atas satu batu yg besar utk berlindung hinggalah tiba sahabat yg lain memberi bantuan perlindungan kpd Rasulullah.
(d) 24 kesan luka yg besar akibat dr peperangan Uhud. Ada riwayat menatakan 73 kesan kecedaraan, pd badan Talhah.
11. Semasa saidina Umar hendak memilih penggantinya, Talhah adalah salah seorg yg dipanggil utk berbincang yg akhirnya saidina Umar melantik saidina Usman sebagai khalifah selepasnya.
12. Talhah, Zubair dan anak Talhah (ie At Sujjah) meninggal dlm peperangan Jamal (pd usia 64 thn) ketika peperangan di antara 2 pasukan Islam di antara pihak Siti Aisyah dan saidina Ali.
(a) Peperangan ini dihasut oleh golongan kafir musyrikin yg masuk ke dlm kedua-dua pihak ie puak Siti Aisyah dan juga Ali.
No comments:
Post a Comment