- us Azam kuliah Maghrib Ahad 21-Jan-2018
Zubair Al-Awwam
- Zubair Al-Awwam bin Khuwailid. Ibunya bernama Shafiyyah binti Abdul Mutalib. Ibunya adalah ibu saudara kpd Rasulullah (adik beradik kpd bapa Rasulullah ie Abdullah bin Abdul Mutalib).
Memeluk Islam ketika usia remaja sekitar 25 atau 16 thn, antara 7 org pertama yg memeluk Islam.
Merupakan salah seorg dr 10 org yg dijanjikan masuk syurga oleh Rasulullah.
Di awal dakwah Rasulullah, byk ancaman dan dr kafir Quraisy, hingga pd suatu ketika dihebohkan bhw Rasulullah terbunuh akibat dipukul/diseksa. Az-Zubair dlm usia yg muda ketika itu adalah remaja yg bangkit menghunus pedang utk mempertahankan Rasulullah. Menggambarkan betapa kasihnya kpd Rasulullah dan keimanannya.
Menyertai byk peperangan hingga dilantik menjadi panglima perang. Merupakan antara 3 org yg digelar komando Islam, selain dr saidina Hamzah dan saidina Ali.
Perwatakan, sifat jasadnya yg elok. Dlm peperangan Badar dia berserban kuning. Diriwayatkan malaikat Jibrail ketika membantu tentera Islam dlm peperangan Badar itu, turun dgn menyerupai jasad Az-Zubair, dan berserban kuning.
Dlm peperangan, dia merupakan org pertama yg akan menerobos masuk ke pihak musuh. Menjadi tabiatnya melibas tentera musuh dan kembali kpd pasukan tentera Islam, kemudian baharulah disertai oleh pasukan tentera yg lain.
Dlm peperangan Yarmuk, ada sahabat lain yg ingin menyertai Az-Zubair utk memulakan peperangan, namun mereka berpatah balik. Sementara Az-Zubair meneruskan kudanya menerobos pasukan pihak musuh.
Anak² Az-Zubair menceritakan bhw semasa kecil mereka boleh memasukkan jari pd kesan² peperangan pd badan Az-Zubair.
Az-Zubair menamakan anak²nya dgn nama panglima² yg syahid.
Panduan menamakan anak:
(i) nama yg bagus maksudnya
(ii) tayammun ie menamakan nama anak kita kpd org yg kita ingin dia bersifat dgn org itu.
- byk buku mencadangkan nama² anak, namun nama² itu direka. Adalah lebih afdal kita mengambil dan mengamalkan kaedah ke (ii) di atas.
- belajarlah sirah utk mengenal tokoh² Islam dan pejuang² hebat utk mempertahankan Islam.
Dlm peperangan Uhud, terlihat seorg Quraisy yg kelihatannya sgt gagah. Baginda Rasulullah mengarahkan Az-Zubair utk mencari dan membunuh panglima Quraisy tsbt. Az-Zubair kemudian menunggang kudanya dan merempuh masuk pasukan Quraisy, dia kemudiannya melompat dan menerpa ke panglima Quraisy tsbt hingga berjaya memancung kepala panglima Quraisy itu.
Rasulullah mengatakan, sesungguhnya bagi setiap Rasul² terdahulu terdapat "hawarii", ie tingkatan utk dikalangan sahabat, dan hawarii itu tingkatan yg tinggi. Kata baginda hawarii aku adalah Az-Zubair.
Az-Zubair seorg yg berharta, namun dia juga seorg yg byk menginfakkan hartanya kpd Islam. Di akhir hayatnya dia ada meninggalkan hutang. Selepas kematian Az-Zubair, anaknya ie Abdullah bersegera berdoa utk dlpermudahkan urusan hutang ayahnya, bila mana ada yg dtg menuntut hutang.
Az-Zubair mati syahid semasa peperangan Jamal. Semasa dlm perjalanan (balik dr Mekah) selepas bertemu Ali Abi Talib. As-Zubair dan Talhah tlh diserang hendap ketika pulang bertemu saidina Ali itu.
Semasa di bukit Uhud, disertai Saidina Abu Bakar, Umar, Az-Zubair dan beberapa sahabat lain. Bergegar Bukit Uhud itu, kemudian baginda menghentakkan kakinya menyuruh Bukit Uhud diam seketika kerana pd masa itu ada ahli syahid (merujuk kpd As-Zubair).
No comments:
Post a Comment