Friday, January 11, 2019

Angin Ahmar (Stroke)

- Dr Nujaimin Udin, Pakar Bedah Saraf, kuliah Maghrib, Jumaat 11-Jan-2019

- Angin Ahmar / stroke

Istilah:
(a) Angin merujuk kpd "penyakit" dlm konteks Melayu, eg "angin pasang".
(b) Ahmar merujuk kpd darah dlm bahasa arab.
Angin ahmar = Penyakit yg melibatkan darah. Dlm konteks perubahan ianya merujuk kpd ketiadaan bekalan oksigen mencukupi utk kegunaan otak,yg disebabkan sama ada saluran darah/arteri tersumbat  atau saluran darah yg pecah dlm kepala.

- 3 jenis urat ie halus, sedang dan kasar.
(i) Urat halus ie saraf (nerve)
(ii) Urat sedang ie salur darah (arteri atau vena)
(iii) Urat kasar ie otot-otot.

- Urat yg menyebabkan angin ahmar adalah urat sedang (arteri).

3. Serangan otak
-berlaku secara tiba-tiba
- 2 jenis
(i) salur darah tersumbat
- darah yg diperlukan oleh otak tidak sampai. Otak seberat 1.2kg hingga 1.5kg (kira² 2% dr berat badan) menggunakan 20% dr darah yg dipam oleh jantung. Perlukan oksigen, glokose dan mineral yg tinggi (yg dibekalkan melalui darah).

- 3 aliran darah ke otak, ie 2 di leher (kiri dan kanan dipanggil karotik arteri) dan 1 lg dlm tulang belakang.

-3 salur darah ini kemudiannya bercantum di otak. Indahnya ciptaan Allah, yg meletakkan 3 saluran darah ke otak dari 3 saluran berasingan.

(ii) salur darah pecah

- kini 50 ribu kes di hospital adalah melibatkan stroke. Setiap 6 saat (dlm dunia) ada org yg kena stroke.

- contoh kes angin ahmar:
(a) pesakit berumur 53 thn, dibawa ke hospital, dan setelah discan didapati ada pendarahan otak (salur darah pecah).

(b) ada pesakit semuda 16 thn. Ramai yg berumur dlm lingkungan 40an, 50an.

(c) pesakit wanita yg menjalani pembedahan stroke, dan rawatan fisioterapi, berjaya pulih (walau tidak 100%), dan kembali menjadi berfungsi sebagai ibu. Walaupun dia tidak lagi dpt menjadi pensyarah universiti.

4. 2 faktor utama punca stroke ie boleh dikawal dan tidak boleh dikawal.

(1) Faktor yg tidak boleh dikawal:
1. Jantina - lelaki lebih berisiko
2. Genetik - mengikut sejarah keluarga
3. Umur - lelaki 45 ke atas, perempuan 55 ke atas.

(2) Faktor yg di bwh kawalan kita:
1. Darah tinggi - faktor utama punca stroke. Jika ambil jumlah garam yg tinggi dan berterusan boleh menyebabkan hipertensi (darah tinggi)
- Jaga siastolik tidak melebihi tahap 140mmHG
- Jaga diastolik supaya tidak rendah dr tahap di bwh 80mmHG

2. Kencing manis - kawal pengambilan gula jangan berlebihan.

3. Kadar kolesterol yg tinggi (lebih dr 6.1).

4. Rokok - perokok berisiko 4x lebih dr org yg tidak merokok.

5. Arak - peminum arak lebih berisiko tinggi mendpt stroke.

6. Kegemukan - lemak berlebihan akan menjadi simpanan lemak. Lemak berlebihan menyebabkan salur darah menjadi lemah, dan juga pecah.

5. Tanda² stroke "BEFAST"
B = balancing - secara tiba² terasa tidak dpt mengimbangkan badan, mungkin juga rasa pening hingga rebah sendiri.
E = eye - pandangan mata jd gelap, atau tidak nampak separuh (mung sementara atau kekal).
F = face - raut wajah jd senget.
A = arm - tangan hilang rasa, atau kaki hilang rasa. Ada yg jatuh kerana salah langkah.
S = speach - percakapan jd tidak betul dan mungkin tidak boleh disebut dgn lancar.
T = time - berapa cepat pesakit di bawa utk rawatan boleh mengurangkan risiko stroke kekal. Jika tidak bertindak (mendptkan rawatan) stoke boleh dtg menyerang kali ke2, ke3.

- Berapa lama masa yg kita ada utk mendptkan rawatan sebelum seseorg itu menjadi stroke kekal?
- 4 1/2 jam utk kita dptkan rawatan awal stroke apbl mendapat tanda² BEFAST.

- Dari rekod stroke, 80% adalah berpunca dr tersumbat arteri. 20% adalah akibat dari pecah salur darah.

- jika lebih dr 6 jam selepas saluran darah pecah, darah menjadi beku (dipanggil darah hitam) yg mana ia  berisiko menyebabkan kematian.

-  20% kes stroke boleh dirawat. Hanya 5% kes menjadi asbab kpd kematian.

6. Jin rihul ahmar dikatakan juga menjadi punca angin ahmar.

7. Setiap penyakit ada ubatnya. Mesti kena dgn ubatnya dan dgn izin Allah.

- 15% pesakit akan mengalami stroke yg teruk (kekal) mungkin disbbkan oleh lambat menerima rawatan.

- Digalakkan urut kpd pesakit utk melancarkan aliran darah.

No comments:

Post a Comment