Monday, May 27, 2019
Kiraan Masuk Waktu Solat Dhuha
Waktu Dhuha bermula ketika matahari berada pada kedudukan kira-kira pada ketinggian segalah dan berakhir sebelum masuk waktu Zohor. Berdasarkan takrifan ini, fuqaha merumuskan waktu Dhuha adalah:
Dhuha = Syuruk + 1/3(Syuruk - Suboh)
Contoh pengiraan #1:
Masuk waktu Suboh (Terbit Fajar): 5.39 pagi
Syuruk: 7.01 pagi
(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0539 = 82
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 27.3 (round down kepada 27)
>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.
Contoh pengiraan #2:
Masuk waktu Suboh: 5.41 pagi
Syuruk: 7.01 pagi
(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0541 = 80 minit
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 26.7 (round up kepada 27)
>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.
Waktu akhir Dhuha adalah 9 minit sebelum Zohor.
Wednesday, May 22, 2019
Fakta Sains dari Mukjizat Al-Quran
-us Mohd Fauzi Asmuni kuliah Suboh Rabu 22-Mei-2019 17-Ramadhan-1440H
Mukjizat - Perkara luar biasa tabiat manusia pada zaman itu.
Zaman Nabi Isa adalah zaman kemajuan perubatan yg tinggi, di mana org² yg berilmu boleh menyembuhkan penyakit. Namun Nabi Isa diberikan mukjizat yg lebih hebat yg boleh menghidupkan org mati. Ini perkara luar biasa pd zaman tsbt.
Zaman Nabi Musa, org² yg berilmu boleh memukau mata (silap mata). Namun mukjizat Nabi Musa adalah tongkatnya bertukar menjadi ular dan memakan bahan² sihir. Ini luar biasa pd zaman tsbt.
Zaman Nabi Muhammad saw adalah zaman ketinggian ilmu bahasa. Syair² org arab ketika itu mempesonakan org² yg mendengarnya. Mukjizat kpd Nabi Muhammad adalah Al-Quran yang tinggi ilmu bahasanya. Susunan ayat² Al-Quran mempunyai bahasa yg tinggi. Selain itu menjadi ubat dan penyembuh penyakit.
Sebahagian dari 700 fakta ilmu sains dalam Al-Quran:
1) Bumi berbentuk bulat
Hakikat yg boleh diterima ketika ini bumi berbentuk bulat. Dlm Al-Quran Allah sebutkan bumi itu terhampar yg bermaksud bumi ini amat luas. Maksud ini memadai bagi penduduk arab pada zaman itu yg amat jelas dan faham.
Dlm Ayat lain, pd zaman dahulu org mendakwa Allah cipta siang dan diikuti malam. Dlm surah Yasin, Allah berfirman, siang tidak mendahului malam, dan malam tidak mendahului siang. Ini bermaksud siang dan malam berlaku serentak, menunjukkan sifat bumi berbentuk bulat.
Surah Yasin Ayat 36:40
لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِي لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِۚ وَكُلّٞ فِي فَلَكٖ يَسۡبَحُونَ
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
2) Tiori "big bang" kejadian alam ini berasal dari satu keadaan yg sama sebelum berpisah akibat dr letupan besar.
3) Semua kehidupan berasal dari air
- Surah Al-Anbiak Ayat 21:30
أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ كَانَتَا رَتۡقٗا فَفَتَقۡنَٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَيۡءٍ حَيٍّۚ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
4) Gunung dan bukit adalah pasak bumi
Surah Luqman Ayat 31:10
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيۡرِ عَمَدٖ تَرَوۡنَهَاۖ وَأَلۡقَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ رَوَٰسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٖ كَرِيمٍ
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.
5) Bulan tidak mengeluarkan cahaya
- Surah Al-Furqan Ayat 61 (tentang matahari)
تَبَارَكَ ٱلَّذِي جَعَلَ فِي ٱلسَّمَآءِ بُرُوجٗا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَٰجٗا وَقَمَرٗا مُّنِيرٗا
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
- Surah Yunus Ayat 10:5
هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءٗ وَٱلۡقَمَرَ نُورٗا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
- "Dhiak" ie bercahaya yg sumber cahaya dari objek itu sendiri. Ini adalah sifat matahari.
dlm tafsir yg lain utk ayat ini, Allah gunakan istilah pelita merujuk kpd matahari yg mengeluarkan cahaya.
- "nur" dimaksudkan pantulan cahaya, merujuk kpd sifat bulan.
6) Bulan berputar pada orbitnya (bulan juga berputar mengelilingi bumi)
- Surah Yasin Ayat 36:39 (bentuk² bulan menunjukkan sifat bumi yg berputar).
وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
7) Oksigen berkurangan apabila ketinggian dari aras bumi meningkat
- Surah Al-Anam Ayat 6:125
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Dlm ayat ini sifat kekurangan oksigen ditunjukkan apabila mendaki ke tempat yg tinggi hingga dada merasa sesak nafas (kerana kurangnya oksigen).
Semakin tinggi kedudukan dr aras laut, maka kandungan oksigen dlm udara menjadi nipis/kurang.
8) Setiap benda hidup ada pasangannya
-Surah Az-Zariat Ayat 51:49 (cerita tentang pasangan)
وَمِن كُلِّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
- pasangan ini bukan hanya terbatas kepada manusia dan haiwan. Begitu juga dgn objek² lain spt ion +ve dan pasangannya ion -ve.
9) Kitaran hidup
Setiap benda berkait-kait, rantaian makanan.
Asal perbincangan dan perbalahan antara telur dan haiwan, yg man yg dahulu.
10) Keadaan dasar laut
Allah cerita tentang dasar laut ketika zaman Rasulullah yg berada di padang pasir.
-Surah An-Nur Ayat 24:40
أَوۡ كَظُلُمَٰتٖ فِي بَحۡرٖ لُّجِّيّٖ يَغۡشَىٰهُ مَوۡجٞ مِّن فَوۡقِهِۦ مَوۡجٞ مِّن فَوۡقِهِۦ سَحَابٞۚ ظُلُمَٰتُۢ بَعۡضُهَا فَوۡقَ بَعۡضٍ إِذَآ أَخۡرَجَ يَدَهُۥ لَمۡ يَكَدۡ يَرَىٰهَاۗ وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُۥ نُورٗا فَمَا لَهُۥ مِن نُّورٍ
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
200 meter dlm laut adalah keadaan yg lain, dgn kegelapan yg luar biasa.
11) Keadaan air laut dan sungai tidak nercampur
- Surah Al-Furqan Ayat 25:53
۞وَهُوَ ٱلَّذِي مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ هَٰذَا عَذۡبٞ فُرَاتٞ وَهَٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجٞ وَجَعَلَ بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٗا وَحِجۡرٗا مَّحۡجُورٗا
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
12) Kiraan perbezaan tahun Hijrah dan Masihi
- Surah Al-Kahfi Ayat 18:25
وَلَبِثُواْ فِي كَهۡفِهِمۡ ثَلَٰثَ مِاْئَةٖ سِنِينَ وَٱزۡدَادُواْ تِسۡعٗا
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Dlm setahun ada perbezaan antara 9 hingga 11 hari antara kiraan thn Hijrah dan masihi, maka:
a) jumlah perbezaan hari = 11 hari x 300 thn = 3,300 hari
b) bilangan tahun hijrah = 3,300 hari ÷ (354 ie 365 - 11 = 354) hari = 9.3 tahun.
c) jumlah tahun hijrah = 300 + 9 = 309 tahun.
Maksud ayat ini menunjukkan kiraannyg tepat untk thn masihi dan hijrah, 300 thn masihi bersamaan 309 thn hijrah.
13) Cara menjaga sesuatu benda utk tahan lama
Dlm surah Kahfi Ayat 18:18
وَتَحۡسَبُهُمۡ أَيۡقَاظٗا وَهُمۡ رُقُودٞۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِۖ وَكَلۡبُهُم بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡهِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارٗا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡهُمۡ رُعۡبٗا
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Utk menjadikan badan tidak rosak perlu dipusingkan badan mereka. Hal ini penting utk pesakit spt koma. Pesakit perlu dipusing-pusingkan badan mereka, supaya sel² badan tidak mati.
14) Janin hanya boleh hidup selepas 6 bln dlm kandungan (jika kurang dari itu ia tidak akan hidup)
a) Tempoh menyusu = 24 bulan
- Surah Al-Baqarah Ayat 2:233
۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
b) Tempoh mengandung dan berhenti menyusu = 30 bulan
- Surah Al-Ahqaf Ayat 46:15
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ إِحۡسَٰنًاۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ كُرۡهٗا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهٗاۖ وَحَمۡلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهۡرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
- Maka, tempoh hamil (minimum) adalah 6 bulan dan tempoh menyusu adalah 24 bulan.
Mukjizat Al-Quran ini adalah satu-satunya kitab yg tidak berubah walau 1 huruf. Jika cuba diubah, akan ada yg perasan dan dibetulkan kesilapan itu.
Sunday, May 19, 2019
Kurniaan Allah yang Kita Lupa
- kuliah Subuh Ahad 19-Mei-2019
Mengingati Kurniaan Allah
- Manusia jarang mengingatkan apa yg dimiliki, sebaliknya mengeluh kerana kekurangan berbanding dgn org lain.
-Nabi Ayub as memohon supaya dipelihara 2 perkara sewaktu diuji dgn penyakit. Baginda meminta kpd Allah supaya tidak diuji dgn dicabut 2 perkara padanya ie akal fikiran dan lidah.
"Hanya aku berharap agar jangan sampai Engkau mencabut dua perkara (nikmat) Mu, iaitu akal fikiran dan lidahku, kerana aku memerlukan akal dan fikiran itu, guna mengingatiMu dan aku memerlukan lidah itu, agar dapat menyebut nama dan memujiMu"
1) Nikmat kejadian manusia
- surah Al-Mursalat Ayat 77:20 -23
أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
-فَجَعَلۡنَٰهُ فِي قَرَارٖ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
إِلَىٰ قَدَرٖ مَّعۡلُومٖ
Hingga ke suatu masa yang termaklum?
فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَٰدِرُونَ
Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
- Allah jadikan kita berasal dr benih yg tidak dipandang (tiada nilai) pd mata manusia, dimasukkan pula melalui anggota yg keluar padanya benda2 kotor spt air kencing ie zakar dan faraj.
Dari tempat yg kotor ini ditempatkan pula dlm tempat yg paling selamat ie rahim ibu, sehinggalah waktu kelahiran.
2) Nikmat kejadian dan pergerakan bumi
2.1) peredaran masa siang dan malam
2.2) Nikmat pergerakan awan, dr rasa sejuk angin hingga kpd nikmat air hujan.
2.3) Nikmat ekosistem rantaian makan. Anai² adalah haiwan pengkumuh terakhir sebelum dikembalikan bahan buangan kpd bumi.
Surah Luqman Ayat 31:20
أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُۥ ظَٰهِرَةٗ وَبَاطِنَةٗۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَٰدِلُ فِي ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٖ وَلَا هُدٗى وَلَا كِتَٰبٖ مُّنِيرٖ
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
- Surah At-Jasiah Ayat 12-13
۞ٱللَّهُ ٱلَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ ٱلۡبَحۡرَ لِتَجۡرِيَ ٱلۡفُلۡكُ فِيهِ بِأَمۡرِهِۦ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
-وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مِّنۡهُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ
Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
- Pakar Geografi Islam pertama ie Al-Masudi mencatatkan bhw semua lautan ini adalah bersambung.
Al-Masudi belayar hingga ke India dan kembali membuat peta.
Al-Batutah juga tokoh Islam yg belayar dan mendalami ilmu pelayaran.
Mereka adalah tokoh awal ilmu pelayaran sebelum Marco Polo mencipta nama.
Amru Al-As adalah tokoh Islam yg menguruskan pelabuhan Iskandariah (pd zaman pemerintahan Saidina Usman bin Affan)
Dgn diberikan kurniaan Tuhan ini, semoga manusia bersyukur. Kemudian dgn kejadian langit dan bumi, Allah katakan semuanya dari Allah.
Sesunggunhnya semua itu adalah nikmat utk manusia memikirkan kebesaran dan nikmat yg dikuniakan supaya kita bersyukur, dan mentaati perintah Allah.
Selagi hidup ini banyakkan bersedekah.