Masuk waktu Dhuha adalah sepertiga (1/3) dari waktu Suboh selepas Syuruk.
Waktu Dhuha bermula ketika
matahari berada pada kedudukan kira-kira pada ketinggian segalah dan
berakhir sebelum masuk waktu Zohor. Berdasarkan takrifan ini, fuqaha
merumuskan waktu Dhuha adalah:
Dhuha = Syuruk + 1/3(Syuruk - Suboh)
Contoh pengiraan #1:
Masuk waktu Suboh (Terbit Fajar): 5.39 pagi
Syuruk: 7.01 pagi
(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0539 = 82
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 27.3 (round down kepada 27)
>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.
Contoh pengiraan #2:
Masuk waktu Suboh: 5.41 pagi
Syuruk: 7.01 pagi
(a) Dapatkan waktu Suboh dalam minit: 0701-0541 = 80 minit
(b) 1/3 dari waktu Suboh dalam minit = 26.7 (round up kepada 27)
>> Waktu Dhuha = 7.01 + 0.27 = 7.28 pagi.
Waktu akhir Dhuha adalah 9 minit sebelum Zohor.
No comments:
Post a Comment