Dosa Besar ke28: Memakan benda yg haram dalam apa bentuk sekalipun
- Surah Al-Baqarah Ayat 2:188 (klik sini utk paparan ayat)
وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا۟ بِهَآ إِلَى ٱلْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا۟ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ بِٱلْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Mengambil sesuatu harta dgn cara yg zalim spt merampas, menipu, berjudi, hujumnya tetap haram.
Hadis: sabda Rasulullah saw, "Kehidupan dunia ini penuh dgn kehijauan kemanisan. Barangsiapa yg berusaha utk mengambinya dan dijadikan dgn cara yg halal kemudian dia menunaikan haknya, Allah akan membalasnya dgn pahala dan mewariskan syurga kpdnya".
- Barangsiapa mengambil harta dgn cara yg tidak halal, dan kemudian dia belanjakan hartanya yg bukan kearah yg halal (tidak menunaikan haknya), maka Allah akan campakkanya ke tempat yg hina. Berapa ramai orang yg tidak menghiraukan semua itu tetapi tetap mengambil harta dgn cara yg haram, orang ini akan dimasukkan dlm neraka.
Hadis yg lain, "memakan tanah adalah lebih mulia dari memakan hasil dari penipuan (spt rasuah)."
- Yusof bin Isbab menceritakan kisah seorg yg kuat beribadat dan kata ketua syaitan kpd syaitan² yg lain. (kata syaitan,) kamu tengok dari mana sumber makanannya. Jika sumbernya haram maka kamu biarkanlah dia. Kerana segala usahanya tadi (solat, puasa, haji, etc.) tidak membawa sebarang kebaikan kpdnya".
Diceritakan satu hadis dari Anas bin Malik ra, Nabi berpesan kpd Anas, "Perbaikilah amalan kamu, nescaya doa kamu akan dimakbulkan. Kerana sesungguhnya apbl seorg lelaki mengangkat tangannya dan menyuap makanan yg haram (atau haram sumbernya) ke mulutnya maka tidak diterima amalannya selama 40 hari".
- Barangsiapa yg memakan benda yg haram, maka Allah tidak terima amalannya (sama ada amalan yg sunat atau yg fardu), selama 40 hari.
- Kata Imam Malik, "Seandainya aku dapat menolak satu dirham dari mana sumbernya, maka itu adalah lebih baik daripada sedekahku sebanyak 1,000 dirham.".
Amalan haji:
Sabda Rasulullah, "Orang yg menunaikan haji dari sumber yg haram, dan bila sampai di Kaabah dan menyebutkan labbaikallah... maka Allah balas kpd dia adalah menolak amalannya dan tiada haji baginya."
- tunaikan segala hutang-piutang sebelum berangkat menunaikan haji atau umrah.
- pastikan sumber simpanan utk menunaikan haji dan umrah adalah dari sumber yg halal.
Amalan2 lain:
Imam Ahmad, Barangsiapa yg membeli kain dgn 10 dirham, namum ada pd duit 10 dirham itu ada 1 dirham yg haram sumbernya. Selagi mana dia memakai pakaian itu utk beribadat kpd Allah, maka tidak diterima amalannya.
Nabi Adam as mengadu kpd Allah akan gangguan iblis dan syaitan:
Wahai Adam setiap anak yg dilahirkan, maka dijadikan 1 malaikat utk menjaganya dari gangguan syaitan.
Nabi Adam mengadu lagi bhw dlm Syurga yg penuh dgn malaikat, iblis masih boleh menggodanya hingga dia dicampakkan ke bumi. Nabi Adam memohon kebaikan dan perlindungan utk anak-cucunya.
Kata Allah, Wahai Adam, setiap kebaikan yg dilakukan oleh anak² kamu Aku gandakan 10 kebaikan. 1 keburukan yg dilakukan tidak digandakan.
Kata Allah lagi, Selagi ada hayat anak² Adam, dia berpeluang utk memohon keampunan kpd Allah.
Kata Imam Nawawi, maka banyakkan bersedekah utk menghapuskan dosa² yg dilakukan.
- Perbelanjaan harta yg haram ke atas perkara² yg baik, tidak dapat membersihkan dosa memperoleh harta yg haram. Umpama, membasuh kain yg bersih dgn menggunakan air yg kotor, maka kain itu tidak akan bersih.
Kisah Abu Bakar ra, Abu Bakar mempunyai seorg hamba. Hamba ini akan keluar bekerja dan memberikan duit kpd saidina Abu Bakar bagi tujuan menebus dirinya.
Pd suatu hari saidina Abu Bakar berpuasa, apbl hamba itu pulang membawa tamar. Oleh kerana terlalu lapar Abu Bakar tidak sempat menanya dari mana sumbernya.
Setelah berbuka, Abu Bakar ra, teringat bhw dia belum bertanya kpd hambanya dr sumber mana tamar itu diperolehi.
Jawab hambanya, dia ke bandar dan inginkan tamar sebagai habuan, maka dia pun melakukan telekan.
Abu Bakar ra, amat marah kerana 2 perkara yg dilakukan oleh hambanya:
(i) melakukan telekan (perbuatan yg haram)
(ii) menipu orang ramai, kerana hambanya bukanlah orang yg pandai dlm bidangnya.
Abu Bakar memarahi hambanya, adakah hambanya ingin merosakkan tuannya.
Abu Bakar menjolok tekaknya dgn jari utk mengeluarkan semula tamar yg dimakannya, namun tidak berjaya kerana telah agak lama dimakan. Kata hambanya minumlah air yg banyak utk memudahkan keluar tamar yg dimakan. Kata org, hanya sedikit tamar yg dimakan, tidak menjadi suatu keburukan.
Jawab Abu Bakar, dia akan keluarkan juga tamar itu walaupun hingga mengakibatkan dia sendiri mati.
Mohon kpd Allah supaya dibersihkan diri dan harta² yg kita himpunkan adalah dari sumber yg halal.
No comments:
Post a Comment