- makruh bagi org yg berniat utk melakukan ibadah qurban utk memotong rambut, bulu atau kuku bermula dari 1hb Zulhijjah sehinggalah haiwan qurbannya disembelih. Hukum ini tidak terlibat kpd org2 yg tidak berniat utk melakukan ibadah qurban.
Surah Al-Fajar Ayat 89:2
وَلَيَالٍ عَشۡرٖ
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
- 10 malam yg ada kelebihan yg disebutkan ditafsirkan sebagai:
(i) 10 mlm terakhir Ramadhan,
(ii) 10 mlm (termasuk juga siangnya) pertama Zulhijjah.
Amalan yg dituntut dlm 10 hari pertama Zulhijjah:
- Disunatkan berpuasa pd 1 hingga 9 Zulhijjah (jika mampu). Jika tidak mampu, lakukan puasa sunat Isnin dan Khamis, atau sekurang-kurangnya 1 hari.- Perbanyakkan masa dgn Al-Quran. Jika sehari baca 1 muka surat, gandakan.- Perbanyakkan sedekah.
Surah Al-Baqarah Ayat 2:149
وَمِنۡ حَيۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۖ وَإِنَّهُۥ لَلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Baqarah Ayat 2:150
وَمِنۡ حَيۡثُ خَرَجۡتَ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيۡكُمۡ حُجَّةٌ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِي وَلِأُتِمَّ نِعۡمَتِي عَلَيۡكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).
- Ayat 149 dan 150 ada 2 arahan berturut-turut. arahan Allah kpd Nabi adalah terguna pakai utk seluruh umat baginda, ie apbl hendak bersolat maka mengadaplah (menghala) ke arah Kaabah.
- Dlm keadaan darurat (tiada panduan, tiada gadjet, tiada org nak ditanya, tiada tanda2 arah qiblat) kita dibenarkan gunakan ijtihad utk menetapkan arah kiblat. Sekiranya setelah selesai solat, kita dimaklumkan bhw arah kiblat adalah arah yg berbeza dari ijtihad kita tu, maka wajib ke atas kita melakukan solat itu sekali lagi, jika masih ada waktu solat.
- kenapa 2 kali diulang arahan ini (dlm 2 ayat)? Ini menunjukkan arahan ini adalah arahan yg penting.
Benda yg penting kena pengulangan. Begitu juga dgn doa, diulang2 apbl berdoa (contoh: mohon dihindarkan dari dimasukkan dlm neraka, mohon dimasukkan dlm syurga).
- sesuatu perkara yg kita lakukan sekiranya tidak mengikuti syariat yg ditetapkan oleh Allah, maka ianya tidak diterima (tiada pahala). Tempat pertama Allah menilai amalan kita adalah hati kita.
- kisah amalan 3 jenis org:
i) seorg yg byk harta dan suka menderma. Namun apbl dia bertemu Allah, Allah perintahkan malaikat utk menyeretnya dan dicampakkan ke dlm neraka. Ini kerana dlm amalannya dia menunjuk-nunjuk dan mengharapkan sanjungan dari manusia.
ii) seorg yg berilmu dan apbl bertemu Allah, dia diperintahkan kpd malaikat utk diseret dan dicampakkan org ini ke dalam neraka, kerana dgn ilmu yg ada padanya dia mengharapkan sanjungan dari orang ramai, sebagai seorg yg cerdik.
iii) seorg yg berjuang di medan peperangan dan syahid. Namun dia juga diperintahkan oleh Allah utk diseret dan dicampakkan dlm neraka, kerana niatnya berjuang adalah supaya disanjung oleh manusia sebagai pejuang.
Setiap amal yg baik yg ingin dilakukan tidak perlu menunggu rasa ikhlas. Amalan yg dilakukan berulang akan dimasukkan rasa ikhlas dan rasa rugi sekiranya tidak dilakukan.
Dlm ayat 150, ada satu perkara yg Allah jelaskan kpd Nabi ie apbl setiap kali dilakukan oleh Rasulullah akan ada org yg menentang, kerana sikap org2 spt itu yg suka menentang apbl berhadapan dgn arahan2 Allah.
Pesan Allah kpd Nabi adalah jangan berasa takut kpd manusia/org sebegini. Takut hanyalah kpd Allah shj.
10 hari pertama Zulhijjah ini tingkatkan amalan.
No comments:
Post a Comment