Friday, October 16, 2020

Sujud Tilawah

Sujud Tilawah
(Kitab Pelajaran Tajwid, us Azhari Ibrahim, muka surat 64-65)


Terdapat di dalam riwayat hadis Bukhari bahawa Nabi Muhammad saw apabila baginda membaca surah yang terdapt ayat sujud, maka baginda sujud bersama-sama sahabat.


Daripada Abdullah bin Umar ra bahawa beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأ عَلَيْنَا السُورَةَ فِيهَا السَجْدَةُ فَيَسْجُدَ وَنَسْجُد

Maksudnya: Pada satu ketika, Rasulullah saw membacakan kepada kami satu surah yang mempunyai ayat Sajadah, maka Baginda saw pun sujud lalu kami pun ikut sujud juga.(Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 2:556)


Hukum sujud tilawah:
(i) Disisi Imam Hanafi -- ianya adalah wajib
(ii) Disisi imam-imam yang lain -- ianya adalah sunat

Syarat-syarat sujud tilawah:
Syarat-syaratnya adalah sama seperti sujud semasa menunaikan solat:
1) Ada wuduk
2) Niat sujud
3) Takbiratul ihram
4) Sujud seperti dalam solat dengan sekali sujud
5) Memberi salam.

Nota:
jika dalam solat: 
  • (a) sekiranya imam membaca ayat sujud tilawah, maka makmum perlu ikut perlakuan imam untuk sujud tilawah iaitu setelah selesai bacaan ayat tilawah tersebut.
  • (b) tidak perlu berniat sujud tilawah
  • (c) takbiratul ihram sewaktu bergerak untuk sujud, dan takbiratul ihram untuk bangun setelah selesai sujud. 
  • (d) tidak perlu memberi salam 

Bilangan ayat sujud tilawah:
14 ayat di dalam Al-Quran 

No. Surah Ayat Muka surat
1. Al-Araf 7:206 176
2. Ar-Rad 13:15 251
3. An-Nahl 16:49 272
4. Al-Isra' 17:107 293
5. Maryam 19:58 309
6. Al-Hajj 22:18 334
7. Al-Hajj 22:77 341
8. Al-Furqan 25:60 365
9. An-Naml 27:25 379
10. As-Sajdah 32:15 416
11. Fusilat 41:37 480
12. An-Najm 53:62 528
13. Al-Insyiqaq 84:21 589
14. Al-Alaq 96:19 597

(Klik pada ayat untuk membaca)


Lafaz doa sujud tilawah:

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Maksudnya: Ya Allah! bagi Engkau aku sujud, dengan Engkau aku beriman, bagi Engkau aku berserah, Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, sujudnya mukaku bagi yang mencipta-Nya, yang sangat mendengar dan melihat-Nya, maha berkatlah Allah yang paling elok selaku pencipta.

 

1. Surah Al-Araf Ayat 7:206

A206
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

2. Surah Ar-Rad Ayat 13:15

A015
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

3) Surah an-Nahl Ayat 16:49

A049
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).

4) Surah al-Isra': ayat 17:107

A107
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

5) Surah Maryam Ayat 19:58

A058
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

6) Surah al-Hajj Ayat 22:18

A018
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

7) Surah al-Hajj 
Ayat 22:77

A077
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

8) Surah al-Furqan Ayat 25:60

A060
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

9) Surah an-Naml Ayat 27:25

A025
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

10) Surah al-Sajdah Ayat 32:15

A015
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

11) Surah Fusilat Ayat 41:37

A037
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

12) Surah al-Najm Ayat 53:62

A062
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

13) Surah al-Insyiqaq Ayat 84:21

A021
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

14) Surah al-'Alaq Ayat 96:19

A019
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!



No comments:

Post a Comment