Friday, November 6, 2020

Sambutan Maulidur Rasul

- Kuliah Maghrib 18-Jan-2014

- Nabi Muhammad saw bukan diutus utk sesuatu kaum, melainkan dakwahnya utk seluruh alam.

-2 jenis umat nabi Muhammad saw ie :
(i) ummatul dakwah - dr golongan manusia dan jin
(ii) ummatul ijayah

Ummat Ahlul Fatrah adalah manusia yg lahir di antara zaman selepas kewafatan nabi Musa as hingga kelahiran nabi Isa as.

- Sambutan Maulidul Rasul:
1. Tiada dlm al-Quran mahun hadis supaya disambut maulidur rasul.

2. Imam Sayuti dlm salah sebuah kitabnya, sambutan maulid nabi pertama kali disambut secara berkumpulan dgn
(i) membaca Al-Quran,
(ii) berselawat,
(iii) mengadakan pengisiannya dgn ceramah atau tazkirah
(iv) dijamu para hadirinnya, dan
(v) dlm satu waktu. Dibuka peluang utk bersedekah, berkenalan dan bersalaman.

Sambutan maulid nabi ini dibuat pertama kali dipolopori oleh Sultan Al-Malikul Muzaffar pd kurun ke 7 hijrah di negeri Irdin Iraq.

-Hukum menyambut maulid nabi adalah harus.

- Dalil dr Al-Quran:
(i) Allah menceritakan hal kelahiran para ambiak, spt Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Ismail dan Nabi Isa, di dlm Al-Quran. Al-Quran adalah bukti kelahiran Rasulullah.

- Abu Lahab adalah org pertama bergembira di atas kelahiran Nabi Muhammad. Suwaiwatulaslamiah adalah hambanya yg membawa berita bhw anak saudaranya (nabi Muhammad saw), oleh kerana gembiranya mendengar berita tersbt, Abu Lahab membebaskan/memberdekakan hambanya itu.

-Saidina Abbas diriwayatkan pernah beemimpi bhw bertanya kpd saudaranya ie Abu Lahab yg telah mati pd ketika itu. Saidina Abbas bermimpi bertanyakan keadaan Abu Lahab di dlm kubur. Abu Lahab menjawab bhw azabnya diringankan oleh Allah pd setiap hari Isnin, iaitulah kebaikkannya menyukai kelahiran Nabi Muhammad, dan juga membebaskan hambanya.

Sesungguhnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata: "Tatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata: "Tidak akau dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi saw dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi saw lantas dimerdekakannya." (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari 9/43 - 48).



No comments:

Post a Comment