Tuesday, November 3, 2020

Tiga golongan yang Allah benci

- kuliah Maghrib Selasa 31-Okt-2017


3 golongan yang Allah suka, dan 3 golongan yg Allah murka.

3 golongan yang Allah suka:
  1. golongan yg suka bersedekah
  2. satu kaum yg bermusafir yg terlalu mengantuk, lalu mereka tidur. Ada seorg yg bermunajat mengingati Allah saat rakan yg lain tidur.
  3. bila berjihad, berjuanglah dgn sepenuh hati. Kemenangan hakiki adalah mati syahid.
    jihad perang pd ketika ini tiada, namun masih ada jihad utk menegakkan Islam.

Sementara 3 golongan yg Allah benci.
  1. Orang tua yg berzina
    - org tua ada kemampuan (kewangan, kuasa, pengaruh) berbanding org muda, utk menjadikan rancangannya melakukan zina.
    - seorg yg memegang jawatan tinggi, berkemampuan melakukan kemaksiatan berbanding dgn org yg tidak mempunyai apa2 (dlm masyarakat).

  2. Orang miskin yg sombong
    - iaitulah org yg miskin yg tidak berharap/berdoa memohon kpd Allah.
    - tidak menjaga solat dlm mencari rezeki.
    - rezeki tidak boleh dikejar

  3. Orang kaya yg bakhil
    - zalim dgn ahli keluarganya celik ugama.
    - zalim dgn masyarakatnya dgn tidak membantu org sekelilingnya.

Golongan yg suka bersedekah:
- konsep sedekah bertentangan dgn logik akal, kerana apbl mengeluarkan duit/harta maka kuranglah milikan kita.

- apbl bersedekah janganlah hanya bersedekah utk diri kita shj. Niatkan juga pahala sedekah itu utk arwah saudara.

- utk hilangkan rasa riak dlm melakukan sedekah, maka amalkan sedekah itu utk disedekahkan pahalanya kpd arwah.

- org yg hendak bersedekah perlu pandai cari peluang ganjaran pahala yg tinggi.

- lakukan sedekah secara diam/senyap, hinggakan sedekah tangan kanan, tangan kiri tidak tahu.

- beberapa contoh:
  • seorg menjadi kaya dengan amalannya bersedekah setiap hari sebelum mengerjakan solat suboh
  • seorg menjadi kaya dgn amalannya bersedekah dgn jumlah paling besar yg dia miliki (dlm dompetnya).
  • seorg menjadi kaya dgn amalannya bersedekah dlm banyak tabung (dlm masa yg sama)


No comments:

Post a Comment