Surah Al-Araf Ayat 89 hingga 100 (muka surat 162 - 163)
Dalam siri kuliah sebelum ini, dalam Surah Al-Araf Ayat 7:88, ms 162 (klik sini utk paparan ayat)
۞قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ يَٰشُعَيۡبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَكَ مِن قَرۡيَتِنَآ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوۡ كُنَّا كَٰرِهِينَKetua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada agama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
- Cabaran pada hari ini terhadap daie, dari ayat 88 ini:
- memerlukan tawakal yang tinggi, kerana cabarannya besar. Jika tiada tawakal, tidak akan hadir istiqamah.
- Sampaikan Islam sejelas-jelasnya, tanpa disembunyikan apa-apa. Kemudian serahkan kepada Allah utk memberikan hidayah kpd orang yang didakwah.
Nabi Syuib istiqamah berdakwah walaupun di ancam usir dari negeri Madyan.
قَدِ ٱفۡتَرَيۡنَا عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا إِنۡ عُدۡنَا فِي مِلَّتِكُم بَعۡدَ إِذۡ نَجَّىٰنَا ٱللَّهُ مِنۡهَاۚ وَمَا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّعُودَ فِيهَآ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّنَاۚ وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيۡءٍ عِلۡمًاۚ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَاۚ رَبَّنَا ٱفۡتَحۡ بَيۡنَنَا وَبَيۡنَ قَوۡمِنَا بِٱلۡحَقِّ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡفَٰتِحِينَ"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
- Nabi Syuib istiqamah dengan apa yang disampaikan. Dia bawa risalah dari Allah untuk kaummnya beriman. Namun kaumnya tidak menerima dakwah yang disampaikan.
- Dalam baris ayat terakhir, Nabi Syuib memohon doa supaya dibukakan pintu hidayah terhadap kaumnya. Begitu juga berlaku kepada Habibun Najjar, berdakwah dan berharap agar diberikan hidayah kepada kaumnya, walaupun menerima penentangan dan ancaman.
- Kisah Habibun Najjar disebutkan dalam surah Yasiin ayat 36:26 dan 27, bahawa dia terus berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada kaummnya hingga ke akhir hayatnya. Kata mufasirin, dia meninggal akibat dari dipijak oleh musuhnya, hingga keluar usus besarnya melalui dubur. Terus kata Allah, sila masuk ke dalam syurga. Dia mengharapkan kaumnya tahu apa yang dia dapat (ie balasan syurga). Kata mufasirin, Habibun Najjar berdakwah kepada kaumnya semasa hayatnya dan juga selepas dia meninggal (ketika rohnya diangkat). Hinggakan setelah dia meninggal dia berharap kaumnya diberikan hidayah oleh Allah. Sayangnya dia kepada kaumnya.
قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَٰلَيۡتَ قَوۡمِي يَعۡلَمُونَ(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -"
بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
Surah Al-Araf Ayat 7:90 (klik sini utk paparan ayat)
وَقَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَئِنِ ٱتَّبَعۡتُمۡ شُعَيۡبًا إِنَّكُمۡ إِذٗا لَّخَٰسِرُونَDan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".
- Dalam ayat ini, "wa qa lal ma la' u", juga disebutkan pada kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, dan Nabi Musa, iaitulah cabaran kepada pendakwah adalah "pembesar-pembesar". Islam berkehendakkan pemimpin itu seorang yang beriman, kerana dia berkuasa melaksanakan Islam kepada rakyatnya. Dalam kisah-kisah dakwah Nabi-nabi, cabaran mereka adalah berhadapan dengan pemimpin-pemimpin.
Surah Al-Araf Ayat 7:91 (klik sini utk paparan ayat)
فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلرَّجۡفَةُ فَأَصۡبَحُواْ فِي دَارِهِمۡ جَٰثِمِينَMaka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
- Apabila Nabi diusir dari tempatnya, maka balasan akan diturunkan kepada penduduk tempat itu. Sewaktu Nabi itu berada di tempat itu, rahmat masih diturunkan ke atas tempat itu.
- Kita memerlukan para ulamak dan orang alim, kita harapkan diberikan tempias dan rahmat ke atas mereka menaungi kawasan kita.
- Bala yang diturunkan oleh Allah tidak ada tanda-tanda awal. Dalam kisah Nabi Syuib, gempa bumi yang dikenakan ke atas rumah/tempat tinggal datang sekelip mata, tanpa sempat mereka bersiap sedia.
Surah Al-Araf Ayat 7:92 (klik sini utk paparan ayat)
ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ شُعَيۡبٗا كَأَن لَّمۡ يَغۡنَوۡاْ فِيهَاۚ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ شُعَيۡبٗا كَانُواْ هُمُ ٱلۡخَٰسِرِينَOrang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
- Dalam ayat ini, orang yang menolak dakwah Nabi Syuib, Allah binasakan mereka.
- Berkemungkinan pusat gempa bumi itu adalah di kawasan Madyan itu sendiri. Hancur, tiada apa yang tinggal, seolah-olah padang pasir yang tidak pernah didiami. Jika ditanya kepada orang Mesir di mana kawasan Madyan, mereka boleh tunjukkan kawasannya.
- Sekiranya kita ikut lain dari ajaran yang dibawa oleh Nabi/Rasulullah, kita akan disesatkan dari jalan yang benar.
Surah Al-Araf Ayat 7:93 (klik sini utk paparan ayat)
فَتَوَلَّىٰ عَنۡهُمۡ وَقَالَ يَٰقَوۡمِ لَقَدۡ أَبۡلَغۡتُكُمۡ رِسَٰلَٰتِ رَبِّي وَنَصَحۡتُ لَكُمۡۖ فَكَيۡفَ ءَاسَىٰ عَلَىٰ قَوۡمٖ كَٰفِرِينَKemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
- Ayat ini menunjukkan betapa sayangnya Nabi Syuib kepada kaumnya, hinggakan sewaktu hendak meninggalkan negeri Madyah, dia masih berdakwah.
- Ayat seterusnay adalah tengtang kaedah kemusnahan sesuatu kaum, ie kepada harta dan diri jasad (diri).
Surah Al-Araf Ayat 7:94 (klik sini utk paparan ayat)
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا فِي قَرۡيَةٖ مِّن نَّبِيٍّ إِلَّآ أَخَذۡنَآ أَهۡلَهَا بِٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمۡ يَضَّرَّعُونَDan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
- "al bak sa" maksudnya kemusnahan yang melibatkan harta benda. "dar ra'" maksudnya melibatkan tubuh badan (seperti penyakit). Tujuannya supaya mereka kembali ke jalan yang benar, menginsafi kesalahan mereka, dan beriman kepada Allah.
- azab yang ringan adalah azab/malapetaka di dunia. Sementara azah yang berat adalah balasan azab neraka.
- Allah berikan kelemahan kepada tubuh badan, seterusnya penyakit, agar datang kesedaran dan insaf kepada kita untuk beringat kepada Allah, dan mempersiapkan diri untuk mati.
Surah Al-Araf Ayat 7:95 (klik sini utk paparan ayat)
ثُمَّ بَدَّلۡنَا مَكَانَ ٱلسَّيِّئَةِ ٱلۡحَسَنَةَ حَتَّىٰ عَفَواْ وَّقَالُواْ قَدۡ مَسَّ ءَابَآءَنَا ٱلضَّرَّآءُ وَٱلسَّرَّآءُ فَأَخَذۡنَٰهُم بَغۡتَةٗ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَSetelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
- gempa bumi yang diturunkan tanpa disedari oleh penduduk Madyan.
- Allah hantarkan Nabi kepada penduduk negeri Madyan (ie Nabi Syuib), mereka menolak dakwah Nabi Syuib. Kemudian diturunkan bala dan malapetaka ke atas harta benda dan penyakit kepada mereka, mereka masih lagi ingkar. Allah berikan mereka segala kemewahan hingga mereka lalai hinggalah diturunkan bala yang memusnahkan mereka kesemuanya.
Surah Al-Araf Ayat 7:96, ms 163 (klik sini utk paparan ayat)
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَDan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
- Setelah selesai lima (5) kisah umat-umat terdahulu (kaum Nabi Nuh, Thamud, Ad, Lut dan Madyan) maka Allah pesan kepada kita,
- Beriman kepada Allah ie aqidah, seperti yang disampaikan oleh Rasulullah
- Benar-benar bertakwa kepada Allah ie syariah, melakukan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Sekiranya kaum Nabi-nabi itu ada iman (aqidah) dan takwa (syariah) kepada Allah, nescaya Allah buka pintu-pintu keberkatan kepada mereka, yang turun dari langit dan juga dari bumi.
(a) Hujun yang berkat apabila turun akan menjadi baja.
(b) Udara yang berkat apabila bertiup akan menjadi agen-agen pendebungaan, menghasilkan buah-buahan yang banyak.
Surah Al-Araf Ayat 7:97 (klik sini utk paparan ayat)
أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَPatutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
- Ayat ini bertanyakan kepada kita, adakah kita berasa aman dalam keadaan kita melakukan kemaksiatan kepada Allah?
- Allah ancam kita bahawa bala boleh diturunkan sewaktu kita berada dalam keadaan sedap tidur.
Surah Al-Araf Ayat 7:98 (klik sini utk paparan ayat)
أَوَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَAtau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
- Tsunami Acheh berlaku pada waktu dhuha, sekitar lapan pagi, waktu penduduk Acheh bersiap utk memulakan urusan harian mereka.
Surah Al-Araf Ayat 7:99 (klik sini utk paparan ayat)
أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَPatutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
- Hanya orang rugi sahaja yang berasa aman. Orang yang beriman tidak berasa aman, bahawa dia tidak akan selemat jika Allah timpakan sesuatu bala. Lantaran itu dia bermunajat, berdoa kepada Allah memohon keampunan dan belas kasihan dari Allah.
Surah Al-Araf Ayat 7:100 (klik sini utk paparan ayat)
أَوَلَمۡ يَهۡدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ أَهۡلِهَآ أَن لَّوۡ نَشَآءُ أَصَبۡنَٰهُم بِذُنُوبِهِمۡۚ وَنَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَAdakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
- Ayat ini mengajar kepada kita supaya kita mengambil pengajaran dari kisah-kisah kaum terdahulu, agar kita tidak menerima nasib yang sama, kerana berlaku ingkar/kufur kepada Allah.
- Kaum Nabi Lut, yang tinggal hanyalah Laut Mati.
- Hati orang yang telah dipateri, dia tidak akan sedar dan insaf, malah hati mereka tidak dapat mendengar nasihat dan pengajaran. Orang yang hati telah dikunci/dipateri, dia tidak dapat mendapat apa-apa pengajaran atau insaf apabila melihat sesuatu (seperi melawat mayat firaun).
Kuliah-kuliah berkaitan:
- Tafsir surah Al-Araf Ayat 7:8 - 17 (klik sini utk catatan kuliah)
- Tafsir surah Al-Araf Ayat 7:12 - 18 (klik sini utk catatan kuliah)
- Tafsir surah Al-Araf Ayat 7:46 - 47 (klik sini utk catatan kuliah)
No comments:
Post a Comment