Sunday, July 17, 2022

Ibadah Qurban: Kenapa Qurban Tidak Diterima?

-us Dr Rahimi Md Saad tazkirah Maghrib Rabu 22-Jun-2022

Ibadah Qurban

- hukum melaksanakan qurban adalah wajib apbl 
(i) nazar 
(ii) wasiat.

Baginda Rasulullah saw amat menggalakkan Ibadah qurban. Sabda baginda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا

Sesiapa yang memiliki kelapangan (kemampuan) dan tidak melakukan ibadah korban maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami. [HR Ibnu Majah]

- Dlm mazhab Hanafi ianya menjadi wajib kepada yg mampu. 
  • Mampu di ukur pd perbelanjaan hari tasyrik, jika mampu mengadakan makanan dan perbelanjaan pd hari tasyrik dan ada lebihan maka dia wajib melakukan qurban. 
  • Dlm Mazhab Hanafi, ibadah qurban dilakukan secara meluas.

- Dlm mazhab Shafie hukum qurban adalah sunat muaakad.

- Allah menjelaskan qurban dlm Surah Al-Maedah Ayat 5:27 (klik sini utk paparan ayat)

{ ۞وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱبۡنَيۡ ءَادَمَ بِٱلۡحَقِّ إِذۡ قَرَّبَا قُرۡبَانٗا فَتُقُبِّلَ مِنۡ أَحَدِهِمَا وَلَمۡ يُتَقَبَّلۡ مِنَ ٱلۡأٓخَرِ قَالَ لَأَقۡتُلَنَّكَۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

- Dlm ayat ini perlu difahami bhw sesuatu amalan yg dilakukan diterima oleh Allah swt, ada yg tidak diterima.
Kenapa Allah tak terima sesuatu amalan/ibadah itu? Berbalik kpd niat/tujuan seseorg itu dlm melakukan amalan dgn kesungguhannya.

- haiwan qurban adalah al-an'am iaitulah unta, lembu, kerbau, dan kambing. Rusa, ayam, itik tidak termasuk kategori haiwan al-an'am.

- Surah Al-Haj Ayat 22:37 (klik sini)

{ لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

- Allah terima qurban Habil, kerana usahanya mengorbankan hasil usahanya yg paling baik.

- syarat penerimaan amalan/ibadah oleh Allah adalah berdasarkan kpd ketakwaan sewaktu melaksanakan ibadah tersebut.
  • Org yg berdosa melakukan ibadah dgn kesungguhannya (takwanya) utk mendapatkan keampunan dan keredhoaan Allah swt, rasa takutnya kpd Allah, ikhlasnya dlm melakukan ibadah itu menjadikan ibadahnya di terima oleh Allah.
- Surah Al-Maedah Ayat 5:28 (klik sini)

{ لَئِنۢ بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقۡتُلَنِي مَآ أَنَا۠ بِبَاسِطٖ يَدِيَ إِلَيۡكَ لِأَقۡتُلَكَۖ إِنِّيٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

- Surah As-Soffat Ayat 37:102 (klik sini)

{ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ }

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

- kita perlu berperang dgn diri sendiri (nafsu), juga gangguan iblis dan syaitan, dalam melakukan perintah Allah swt. Iblis sentiasa membisikkan kemiskinan, rugi supaya seseorg merasa selesa utk tidak melaksanakan qurban. 
  • Nabi Ibrahim as sewaktu mengasah pisau utk digunakan utk sembelih Nabi Ismail, baginda didatangi iblis dan cuba memujuk Nabi Ibrahim supaya memikir semula hajatnya utk menyembelih anaknya sendiri. 
- apa hukumnya lakukan qurban sedangkan dia mengabaikan kebajikan keluarganya?
Allah terima sesuatu ibadah apbl dia melakukan qurban itu dgn ketakwaan. Semoga ibadah itu menjadikannya seorang yg bertanggung-jawab kpd keluarganya.





No comments:

Post a Comment