Surah At-Tawbah Ayat 9:36 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ كَآفَّةٗ كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ كَآفَّةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ }
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
- ada persoalan berkenaan kejadian langit dan bumi, yang mana dahulu diciptakan?
- Jawapan: Allah cipta bumi kemudian Allah cipta langit dan kemudian Allah sempurnakan penciptaan bumi.
- org yg berjaya adalah org yg meletakkan keutamaan (prioritized) dlm melakukan amalan.
- bulan² haram itu ada 4 bulan, 3 bulan berturutan dan 1 bulan lagi berasingan, iaitulah:
- Zulkaedah
- Zulhijjah
- Muharram
- Rajab
- bila Allah pilih sesuatu itu spt 4 bulan yg haram itu, maka sudah tentulah ada hikmahnya.
- jangan lakukan perkara kemaksiatan dlm bulan² haram itu kerana dosanya digandakan. Allah rujukkan org yg melakukan kemaksiatan itu sebagai org yg menzalimi diri sendiri.
- Jangan menzalimi org lain apatah lagi diri sendiri, terutama dlm 4 bulan yg haram.
a) hari Wukuf ramai yg berpuasa sunat kerana faham akan kelebihan dan kebesaran hikmah dan pahala bagi org yg melakukan amalan pada hari tersebut. Namun ada juga yg tidak prihatin (tidak mengambil tahu) dengan tidak berpuasa sunat pada hari Wukuf.
- apa yg perlu dibuat/dilakukan setelah mengetahui hari² tertentu yang Allah sebutkan?
a) berpuasa pada hari² tertentu.
b) perbanyakan puasa. Kita digalakkan utk perbanyakkan puasa dlm bln Muharram.
- Meraikan jemputan (spt kenduri) adalah lebih afdhal daripada puasa sunat.
d) hari ke-10 (hari Asyura) dan hari ke-9 (hari Tasu'ak) dlm bln Muharram adalah digalakkan berpuasa sunat.
Puasa hari Asyura adalah hari di mana Allah selamatkan Nabi Musa as dan pengikutnya Bani Israel, dari firaun.
Amal ibadah yg kita lakukan itu mengampunkan dosa dan menambahkan pahala.
- Allah beri kegembiraan kpd org² yg menyempurnakan amalan puasa apbl dia berbuka puasa.
- Kita boleh berniat puasa sunat hari ke-9 atau ke-10 dgn puasa sunat hari Isnin atau Khamis.
- balasan syurga bagi mereka yg melakukan 4 perkara dlm satu hari, iaitulah:
(i) berpuasa sunat
(ii) bersedekah
(iii) menguruskan jenazah
(iv) ziarah org yg sakit.
- keistimewaan puasa sunat pd hari² peristiwa (khas) spt hari Asyura, ianya boleh dilakukan secara sendirian sekiranya bukan jatuh pada hari Isnin dan Khamis.
No comments:
Post a Comment