Sunday, October 16, 2022

Kenapa Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab perlu dilupuskan?

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ahad 16-Okt-2022

Soalan kuiz: Mengapakah Al-Quran pada gambar di bawah tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)?

Cuba teka apakah jawapannya:
(A) tidak bayar permit cetakan kpd KDN.
(B) ayat² tidak bersambungan ie dipisah-pisahkan.
(C) dijual secara online ie tidak dijual di kedai² buku.
(D) mengandungi transilaterasi latin.


Jawapan kuiz: (D) mengandungi transilaterasi latin


Penjelasan:
Al-Quran dlm gambar di atas tidak mendapat kelulusan dari KDN kerana cetakan Al-Quran itu mengandungi ayat² Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran ie dlm tulisan rumi (seperti yang dicetak dgn font warna merah. rujuk cetakan di bwh tulisan Al-Quran huruf Arab).

  • Nota: Majlis Fatwa Kebangsaan dan KDN membenarkan sesebuah Al-Quran mengandungi tafsiran dlm huruf rumi.

Rujukan fatwa:
Tajuk: Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman


Justifikasi:
a) Penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf roman atau latin tidak mempunyai beberapa huruf yang ada dalam bahasa atau huruf-huruf Arab menjadikan ia tidak dapat memainkan peranan sepertiman yang dilakukan oleh huruf-huruf Arab.

b) Sekiranya Al-Quran ditulis dengan penulisan bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran atau huruf-huruf Roman atau latin itu mengikut gaya bahasa Arab, pastilah akan terjadi kekurangan dan perubahan dalam lafaznya. Seterusnya akan berlaku pertukaran dan rosak makna Al-Quran itu.

  • Bacaan Al-Quran dlm rumi tiada hukum tajwid.
  • Kehilangan huruf² Al-Quran dlm penulisan rumi/latin menjadikan sebutan/bacaan Al-Quran tidak tepat. 
  • Kesilapan dlm sebutan dlm bacaan Al-Quran menjadikan maksud ayat Al-Quran berbeza dari maksud sebenar.

Kebenaran penggunaan Al-Quran dgn transilaterasi latin hanya dibenarkan di pusat dakwah sahaja, bagi tujuan pembelajaran kpd org yg baru memeluk Islam utk belajar membaca Al-Quran. Setelah itu mereka perlu menggunakan Al-Quran tanpa transilaterasi latin.


No comments:

Post a Comment