- us Mohd Fadzly tazkirah Ahad 13-Nov-1022
Bagaimana nak memilih seorang pemimpin? Kenapa dia perlu bijak ekonomi?
Pengajaran dari kisah Nabi Musa dlm surah Al-Qasas adalah kriteria utk memilih seorg pemimpin iaitulah mempunyai dua (2) perkara berikut:
(1) kuat, dan
(2) amanah
Kuat itu ditafsirkan mempunyai kelebihan dan kekuatan dlm bidangnya, dan amanah adalah menunaikan tanggungjawab sebagai seorg pemimpin.
Surah Al-Qasas ayat 28:26 (klik sini utk paparan ayat)
{ قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا يَٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ }
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
Amanah dipersiakan bilamana amanah itu diberikan kpd org yg tidak pakar dlm bidangnya.
Apakah tashdid yg dirancangkan apabila telah dilantik?
- Seorg pemimpim perlulah mempunyai ilmu utk membawa negara ke arah kemakmuran, berlandaskan Islam. Dia perlu punya ilmu ekonomi memastikan negara tidak jatuh miskin hingga menyusahkan hidup rakyat.
- Kekuatan dlm ayat Al-Qasas ayat 28:26 di atas, dirujuk ada perancangan ekonomi ie bersedia menghadapi ancaman eknomi dari pihak luar. Juga dirujuk kepada kekuatan diri dan mental dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin, menghadapi tekanan ekonomi dari luar.
- Pemimpin yg dipilih perlulah mempunyai ilmu termasuk dlm bidang ekonomi lebih-lebih lagi menguruskan kewangan dan inflasi.
1. Pemimpin dan kerajaan yg dilantik mestilah menyusun ekonomi dgn bijak. Contoh yg ditunjukkan oleh Nabi Yusof adalah perancangan ekonomi yg perlu dicontohi. Pertanian, reserve bagi menghadapi zaman sukar.
Surah Yusof ayat 12:47 (klik sini)
{ قَالَ تَزۡرَعُونَ سَبۡعَ سِنِينَ دَأَبٗا فَمَا حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِي سُنۢبُلِهِۦٓ إِلَّا قَلِيلٗا مِّمَّا تَأۡكُلُونَ }
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Surah Yusof ayat 12:48 (klik sini)
{ ثُمَّ يَأۡتِي مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ سَبۡعٞ شِدَادٞ يَأۡكُلۡنَ مَا قَدَّمۡتُمۡ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلٗا مِّمَّا تُحۡصِنُونَ }
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
Surah Yusof ayat 12:49 (klik sini)
{ ثُمَّ يَأۡتِي مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ عَامٞ فِيهِ يُغَاثُ ٱلنَّاسُ وَفِيهِ يَعۡصِرُونَ }
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Hadis: Setiap pemimpin akan ditanya akan kepimpinan dan tanggungjawabnya, termasuk juga seorang hamba terhadap harta tuannya yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
- Abdullah bin Umar r.a. mengabarkan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kata Abdullah, agaknya Nabi saw. juga bersabda: "Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya. Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya."[Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0482]
- Untuk rakyat, memilih pemimpin perlu melihat kepada wakil yang dicalonkan dan juga kesatuan yang diwakili. Jangan pilih pemimpun yang akan menjuruskan negara kepada keadaan ekonomi yang merudum.
Kemana hilangnya telur ayam?
USA Federeal Reserve kini meningkatkan interest rate buat kali ke-4 bagi menurunkan inflasinya yg mencecah 8.2% . Kenaikan interest rate menyebabkan pelabur datang semula melabur (saving) di negara mereka. Ini akan menguatkan US dollar (ie US dollar lebih kuat berbanding Ringgit).
Impak kpd Malaysia: Utk mengimbangkan keadaan itu, kerajaan kita akan menaikkan kadar Overnight Policy Rate (OPR),.
- Pelabur akan mengurangkan pembelian stok dan pelaburan mereka dalam pasaran ekuiti . Sebaliknya melabur (di luar negara) terhadap dana berasas US dollar.
- Kenaikan OPR mengakibatkan inflasi naik, barangan import menjadi mahal. Harga makanan ayam (dedak) menjadi mahal, sedangkan harga jualan telur ayam dikawal oleh kerajaan.
- Harga barangan menjadi mahal kerana tukaran wang asing yg bersandarkan kpd US dollar.
Nota tambahan:
- US sanction terhadap Russia menyebabkan Russia menukar jualan minyak, gas dan produknya dari US dollar kepada Rubble.
- Tindakan Russia ini menyebabkan US dollar menjadi lemah, sebaliknya Rubble Russia menjadi semakin kukuh.
- Strategi tidak menjadi US ini menyebabkan pengguna Eropah terpaksa membeli minyak, gas dan barangan makanan lebih mahal, kerana sumber utama mereka adalah dari Russia.
- Utk mengukuhkan semula US dollar, Federal Reserve menaikkan interest rate, agar pelabur dunia membeli semua US dollar.
- US akan terus menaikkan interest rate, dgn tujuan mengembalikan semula kadar inflasinya kpd 2%.
- Utk 2022, kenaikan interest rate dijangka 3 kali, tetapi US Federal Reserve telah menaikkan kadar 4 kali. Kenaikan seterusnya dijangka pd bln Disember 2022, atau awal tahun 2023.
No comments:
Post a Comment