- us Fekri Abidin Bin Hassan kuliah Suboh Sabtu 4-Jan-2023
11 Bekalan Menuju Kebahagiaan Hakiki dan Abadi
Dalil: Surah Al-Kahfi 18:107 dan 108
Surah Al-Kahfi Ayat 18:107 (klik sini utk paparan ayat)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا }
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
Surah Al-Kahfi Ayat 18:108 (klik sini)
{ خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلٗا }
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
- Setiap dari kita melalukan amlan dgn mengharapkan ganjaran pahala dan kebaikan syurga dari Allah. Allah tidak mengurangkan pahala amalan hambaNya. Begitu juga perkara kemaksiatan yg dilakukan di dunia akan dinilai dan dihisap dan diberikan balasan.
Surah Al-Jathiah ayat 45:22 (klik sini)
{ وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَلِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ }
Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
{ أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُمۚ بَلِ ٱللَّهُ يُزَكِّي مَن يَشَآءُ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلًا }
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.
- Kehidupan di akhirat amat besar nikmatnya
- Hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17) [Hadis Sahih Muslim No. 2419 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2419]
#1 Lengkapkan rukun Ilsam yg 5
- Iaitulah melengkapkan diri seseorg itu dgn syahadah. Apbl telah bersyahadah, bersolat fardu 5 waktu, mengeluarkan zakat (bukan setakat zakat fitrah sahaja), berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji (bagi yg berkemampuan)
- Hadis: Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah, Mendirikan solat, Membayar zakat, Puasa Ramadhan, dan Haji. Bertanya seorang lelaki, "Bukankah haji dan puasa Ramadhan?" Jawab Ibnu 'Umar, "Tidak! Tetapi puasa Ramadhan dan Haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah saw." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0010]
#2 Melengkapkan rukun iman yg 6
Hadis:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
- Maksudnya: “Kamu hendaklah beriman kepada Allah SWT, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul utusan-Nya, hari Akhirat dan kamu hendaklah beriman dengan ketentuan takdir-Nya sama ada yang baik ataupun sebaliknya.” – [Hadis Riwayat Muslim]
#3 Beribadah - lakukan ibadah
Dalil manusia dan jin diciptakan dlm Surah Az-Zariat ayat 51:56 (klik sini)
{ وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ }
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
- Makhluk yg mukallaf ie jin dan manusia adalah yg dipertanggungjawabkan supaya beribadah kpd Allah. Setiap makhluk mukallaf yg diberikan tanggungjawab akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti.
#4 Niat yg ikhlas kerana Allah
Surah Al-Bayyinah atat 98:5 (klik sini)
{ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ }
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
- Nu'man bin Basyir r.a. bercerita, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Perkara yang halal telah jelas dan yang haram jelas pula. Antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan, yang tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barangsiapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu, bererti dia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa mengerjakan perkara yang diragukan, sama dengan gembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang, dikhuatirkan dia jatuh ke dalamnya. Ketahuilah, semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah, di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baik pulalah tubuh itu semuanya. Dan apabila daging itu rosak, maka binasa pulalah tubuh itu seluruhnya. Ketahuilah, daging itu ialah jantung!" [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0043]
- Hati terletak dlm jantung.
- Kita perlu berusaha dgn apa yg dituntut oleh Allah. Allah tidak melihat kpd paras rupa dan harta benda yg dikulpulkan di dunia.
- Hadis: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta mu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2194]
#5 Jauhi syirik
Allah Maha Pengampun dan perima taubat hambaNya. Namun tidak akan beri keampunan kpd amalan sirik.
Surah An-Nisa ayat 4:48 (klik sini)
{ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا }
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
#6 Al-Insan
Hadis: dari Umar Al-Khattab... beribadah kpd Allah seolah-oleh Allah melihat kamu...
#7 Akhlak yg mulia
Hadis: Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
- Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)]
Hadis: org yg paling dikasihi adalah yg paling baik akhlaknya.
- Mewartakan kepada kami Az-Zubair bin Bakkar; mewartakan kepada kami Anas bin 'lyadh; mewartakan kepada kami Nafi' bin 'Abdullah, dari Farwah bin Qais, dari 'Atha- bin Abu Rabah, dari Ibnu 'Umar, bahawasanya dia berkata: "Saya pernah bersama Rasulullah saw., lalu seseorang dari kaum Ansar datang kepadanya dan memberi salam kepada Nabi saw. Kemudian dia bertanya: "Ya Rasulullah! Orang mukmin mana yang paling utama?" Beliau menjawab: "Yang paling baik akhlaknya". Dia bertanya lagi: "Orang mukmin mana yang paling berakal (cerdik"?" Beliau menjawab; "Yang paling banyak ingat mati, dan yang paling baik persiapannya untuk menyongsong sesudah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdik". Dalam Az-Zawa-id; Farwah bin Qais majhul. Dan demikian juga yang meriwayatkan daripadanya. Khabarnya batil, demikian dikatakan Az-Dzahabiy dalam "Thabaqaatut-tahdziib". [Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4259]
#8 Syukur dgn nikmat Allah
Surah At-Tin ayat 95:4 (klik sini)
{ لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِيٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٖ }
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Surah An-Nahlu ayat 16:18 (klik sini)
{ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Banyak nikmat yg Allah berikan kpd kita, dan apa yg diminta oleh Allah adalh bersyukurbdgn segala pemberiannNya.
Surah Ibrahim ayat 14:7 (klik sini)
{ وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ }
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
#9 Muhasabah diri
- Cepat² mohon ampun kpd Allah.
- Dari saidina Umar Al-Khattab, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang untukmu. Sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi kamu yang melakukan muhasabah diri di dunia ini, dan bersedialah dengan pembentangan amal yang besar. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)"
Surah Yasiin ayat 36:65 (klik sini)
{ ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ }
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
#10 At-Tawazun (Seimbangkan) dunia dan akhirat
- Beramal dan bekerja di dunia sebagai tanggungjawab
Surah Al-Qasas ayat 28:77 (klik sini)
{ وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ }
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
#11 Saham selepas mati
Sediakan 3 perkara yg boleh membantu kita selepas kita mati.
- Hadis: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah jariyah. (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3) Anak yang soleh yang selalu mendoakannya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1614]
No comments:
Post a Comment