- us Dr Muhammad Najib bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 14-Jan-2023
Panggilan ke-9 Allah Ar-Rahman kpd org² yg beriman supaya mengeluarkan zakat
Panggilan ke-9 ie dlm Surah Al-Baqarah ayat 2:267 (klik sini utk paparan ayat)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ }
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
- dlm ayat ini Allah maksudkan hasil yg perlu dikeluarkan adalah zakat.
- panggilan ke-9 ini utk membersihkan harta yg telah dikurniakan oleh Allah.
- pandangan/pendapat yg salah berkenaan zakat sebagai satu cara yg Allah sediakan utk menyucikan rezeki/harta yg dilakukan secara haram (hasil dari perkara yg haram) spt pelaburan dlm sistem yg tidak halal, berjudi, menari, maka zakat itu dikatakan sebagai penyucian terhadap sumber/rezeki yg haram tadi.
- hasil/harta yg diperoleh dari sumber yg halal maka wajib dikeluarkan zakat apbl cukup nisabnya, dan haulnya.
- jangan keluarkan zakat, bilamana:
- sumber/rezeki yg diperolehi dari sumber yg tidak tidak halal,
- dari hasil yg tidak elok spt keadaan/sifat yg cacat, pelik, buruk, yg kita sendiri tidak mahu.
- hasil dari pendapatan org lain.
- urgent dan important:
- perkara urgent adalah perkara² yg selalu dtg kpd kita.
- perkara important adalah perkara² yg jarang dtg.
- Zakat adalah perkara yg important. Kita perlu beri keutaman utk mengeluarkan zakat apbl tiba masanya.
- Zakat tidak akan dtg bertanya kpd kita, adakah kita ada harta utk berzakat. Kita yg perlu berusaha memahami kadar nisab dan haul setiap harta yg kita ada.
- Kadar zakat adalah 1/40 atau 2.5% (0.025). Ada hak zakat ke atas harta kita.
- Harta/Hasil yg wajib dizakat:
- biji-bijian makanan yg menjadi makanan ruji dan boleh disimpan dlm tempoh masa yg lama, spt beras, gandum.
- Tanaman yg tidak bertahan lama, tidak perlu dikeluarkan zakat kerana bukan makanan ruji dan tidak boleh bertahan lama, spt buah betik, delima, tin, epal, limau.
- emas dan perak.
- Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya. Kadar 'uruf berbeza mengikut negeri, mengikut pentadbiran negeri masing-masing.
- Zakat emas ke atas berat sama atau melebihi 20 mithqal (20 dinar) atau 85 gram (>= 85g)
- Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian :-
- Emas Perhiasan (Pakai)
- Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
- Emas Simpan
- Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
- Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.
- Kaedah Kiraan :
- Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi 'uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.
- 'Uruf emas di negeri Selangor adalah 800g
- Contoh kiraan di Selangor: [(Berat emas – 'Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
- (900 gram – 800 gram) x RM259.86 (harga emas pada 10/Feb/2023) x 2.5% = RM649.65
- 'Uruf emas mengikut negeri bagi tahun 2021/2022:
- Johor: 850 gram
- Kedah: 170 gram
- Kelantan: Tiada 'uruf
- Kuala Lumpur dan Putrajaya: 800 gram
- Melaka: 180 gram
- Negeri Sembilan: 200 gram
- Pahang: 500 gram
- Perak: 500 gram
- Perlis: 85 gram
- Pulau Pinang: 165 gram
- Sabah: 152 gram
- Sarawak: 90 gram
- Selangor: 800 gram
- Terengganu: 850 gram
- Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
- Perak
- Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.
- Kaedah Kiraan :
- Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut
- zakat ternakan - kadarnya mengikut jenis haiwan
- unta: 5 ekor
- 5 hingga 9 ekor -- > 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih
- (+) tambahan setiap 5 ekor unta --> (+) 1 ekor kambing biri-biri 1 thn lebih
- 25 hingga 35 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 1 thn lebih
- 36 hingga 45 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
- 46 hingga 60 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 3 thn lebih
- 61 hingga 75 ekor unta --> 1 ekor unta betina berumur 4 thn lebih
- 76 hingga 90 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 2 thn lebih
- 91 hingga 120 ekor unta --> 2 ekor unta betina berumur 3 thn lebih
- lembu/kerbau: 30 ekor
- 30 hingga 39 ekor --> 1 ekor jantan berumur 1 thn lebih
- 40 hingga 59 ekor --> 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
- (+) tambahan setiap 40 ekor --> (+) 1 ekor lembu betina berumur 2 thn lebih
- (+) tambahan setiap 30 ekor --> (+) 1 ekor lembu jantan berumur 1 thn lebih
- Contoh: ada 70 ekor lembu. Zakatnya adalah seekor lembu betina berumur 2 thn lebih dan seekor lembu jantan berumur 1 thn lebih.
- kambing: 40 ekor
- 40 ekor --> 1 ekor kambing zakat
- 40 - 121 ekor --> 2 ekor kambing zakat
- (+) tambahan 100 ekor lagi --> (+) 1 ekor kambing
- Contoh: ada 201 ekor kambing. Zakatnya adalah 3 ekor kambing.
Maklumat Berkaitan:
- Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram)
- Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah
- Pelaburan emas tanpa fizikal adalah tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan.
- Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.
- Hukum
- Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
- Dari Anas r.a., katanya Abu Bakar menulis surat kepadanya perihal perintah Allah kepada Rasul-Nya Muhammad saw., sebagai berikut: "Janganlah membayar zakat dengan (haiwan) yang tua atau yang cacat, dan jangan pula dengan yang jantan untuk pembiakan, kecuali kalau yang memang menghendakinya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0750]
- Kes kambing:
- Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
- Jika bercampur kambing biasa dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing biasa atau biri-biri.
Catatan kuliah berkaitan:
- Panggilan kepada orang beriman supaya meninggalkan riba (klik sini)
No comments:
Post a Comment