Monday, September 4, 2023

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:238 dan 239

- us Mahadir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 4-Sep-2033

Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 2:238 dan 239

Ayat 2:238 (klik sini)
{ حَٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ }

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

- "ٱلصَّلَوَٰتِ" (as so la wa ti) merujuk kpd jamak ie semua solat.
- "وَٱلصَّلَوٰةِ" (was so la ti) merujuk kpd satu solat yg khusus.
- dlm ayat ini Allah mulakan dgn (ha fi zu) perintah melakukan solat yg wajib khusunya kpd wusta (Asar) dgn dijaga betul² sehabis baik. Dlm ayat yg lain Allah perintahkan "dirikan lah solat". Dlm ayat ini Allah perintahkan supaya menjaga solat.
- solat wusta dirujukkan kpd solat Suboh, dan ramai juga yg mentafsirkan/mengkaitkan solat Asar.
  • dlm peperangan Ahzab, dlm masa peperangan itu ada sahabat yg tidak dapat bersolat kerana disibukkan dgn serangan dari pihak musuh.
- para sahabat mengaitkan apa yg disebutkan oleh Rasulullah saw pd waktu Asar.  Jadi dikaitkan wusta itu sebagai solat Asar.
  • Dlm konteks waktu, waktu solat Asar adalah waktu yg sibuk. Dgn keadaan berlumba² nak berkejar utk balik, siapkan kerja, menjemput anak, etc, ramai yg tidak dpt melakukan solat Asar awal waktu, atau berjemaah. Ada juga yg tidak dpt bersolat kerana luput waktu akibat dari urusn yg disibukkan.
- As-bab turun ayat 2:238 ini adalah sewaktu bersolat, ada sahabat yg berbincang dgn org sebelahnya. Turunnya ayat ini menegur org² Islam supaya tidak bercakap² dlm solat, perintah supaya org² Islam mendirikan solat mestilah menjaga solatnya, dgn khusyuk hingga selesai solat.
  • selepas solat kita dituntut utk beristighfar kerana dgn beristighfar kita momohon ampun dari Allah. Mohon ampun kerana tidak khusyuk dlm solat ie berlaku kekurangan dlm solat, dan kita memohon keampunan kpd Allah terhadap kekurangan yg berlaku dlm solat yg didirikan.

Ayat 2:239 (klik sini)
{ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ فَرِجَالًا أَوۡ رُكۡبَانٗاۖ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمۡ تَكُونُواْ تَعۡلَمُونَ }

Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

- solat tidak boleh ditinggalkan walaupun kita dlm keadaan sakit.
- dlm bab fekah dibincangkan kaedah melakukan solat dlm keadaan yg pelbagai spt dlm perjalanan, dlm penerbangan, dlm keadaan sakit.


No comments:

Post a Comment